Bila saja saya membelek SINAR Harian semalam maka terpampanglah berita ini bersebelahan dengan kisah MSJ.Serbuan dan tangkapan ini adalah kerjasama antara MSJ dan Polis Damansara Damai.Pihak sekolah janganlah melenting menyalahkan penduduk dan MSJ tetapi cerminkan diri apa tindakan yang dibuat kerana dah banyak kali tersiar.
Sekadar renungan bersama;
1. Disiplin pelajar SMKDD sudah banyak kali disiarkan di media cetak antaranya Harian METRO dan juga SINAR.
2. Masalah semakin serius kerana sikap ibubapa yang terlalu ikut cakap anak dan tidak ambil tahu persekolahan anak-anak.
3. Hubungan antara sekolah dan ibubapa kurang akrab menjadikan kerjasama untuk menangani masalah ini amat kurang.
4. Pendirian SMKDD yang menyatakan masalah diluar sekolah adalah tugas Polis dan masyarakat.
5. Tidaklah perlu kita menuding jari tetapi sebaiknya semua pimpinan Damansara Damai yang mahu jawatan tetapi tidak berbuat apa-apa eloklah letak sahaja jawatan dan berilah kepada orang lain yang boleh berbuat sesuatu.
Saya berpendapat masalah seperti ini dapat dikurangkan jika;
1. SMKDD merubah beberapa dasarnya terutama melibatkan hubungan dengan ibubapa dan masyarakat.
2. Pimpinan masyarakat menganjurkan program untuk remaja secara berterusan dengan kerjasama SMKDD dan penduduk sekitarnya.
3. Masjid Al-Muhtadin dan surau-surau juga boleh berperanan sebenarnya.
No comments:
Post a Comment