Tapak Sekolah Agama bersebelahan Hutan Rimba Riang Berhadapan loji Indah Water
Aku sengaja post foto ini untuk tatapan bersama.Bayangkanlah Damansara Damai ini mula diduduki tahun 2000 dan hingga kini tiada Sekolah Agama dibina.Bagaimana boleh 'mereka' melaungkan Malaysia Negara Islam dan segalanya untuk kepentingan Melayu.Perkara yang begini diambil mudah sahaja.
Pihak pemaju membina beribu-ribu unit rumah dan kedai demi keuntungan bisnesnya tetapi bab pendidikan anak-anak tidak diambil peduli.Memang untung membina Lot Season Square atau pun Tok Yem Mall kerana harganya bernilai tinggi tapi aku rasa kalau MK Land bina sekolah agama lagi untung masa depannya.
Apa yang ada hingga kini cuma papan tanda sahaja dah 8 tahun.Entah bila nak bina pun tak tahu.Itupun katanya keluasan cuma 1ekar sahaja.Bayangkan keluasan itu kalau buat bangunan sekolah dapat berapa bilik kelas ya? Tahukah anda pelajar SK Damansara Damai sekarang mencecah 3000 orang? Tahukah anda pelajar KAFA Al-Muhtadin sekarang sekitar 300 orang? Berapa peratuskah anak-anak kita sekarang yang mendapat pendidikan agama Islam? Bagaimana agaknya 15 thn lagi generasi ini? Bagaimana 30 thn lagi mereka memimpin negara? Apa akan jadi dengan negaraku Malaysia?
No comments:
Post a Comment