Menangis bagi manusia adalah perkara biasa. Lebih lebih menangisnya seorang anak kecil yang belum mampu menyuarakan keinginannya dengan kata kata. Namun situasi yang luar biasa ialah menangisnya orang orang beriman kerana takut kepada Allah. Mengapakah terjadi demikian? Salah satu alasannya adalah tidak semua orang mampu menangis kerana takut kepada Allah. Hanya orang orang tertentu saja yang mampu seperti itu.
Tentunya, orang-orang yang telah dipilih Allah sahaja, iaitu orang-orang yang sentiasa bertafakkur mengingat dosa-dosanya seraya meminta keampunanNya. Sedangkan ada golongan manusia yang bukan menjadi bukan pilihan Allah, banyak ditemui orang-orang yang beribadah, namun tidak khusyuk dan tidak ikhlas melakukannya. Selain itu juga yang paling malang didapati orang-orang yang hatinya tidak mahu mengingati Allah bahkan melakukan perbuatan perbuatan durhaka.
Menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, terutama di hari akhirat kelak. Sehingga diberikan keampunan dan pahala yang besar, serta diharamkan matanya disentuh api neraka. Bahkan menurut riwayat Rasulullah SAW sering menangis ketika mengingati Allah. Padahal beliau adalah seorang Rasul, suci dari dosa, dan sudah dijanjikan syurga.
Siapalah kita yang tersangat sukar untuk menangis dihadapan Allah....
No comments:
Post a Comment