“Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan mengangkat seseorang memegang suatu jawatan kerana ia memintanya atau rakus terhadapnya” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sabda Nabi Muhammad s.a.w tersebut sering tidak dipedulikan oleh kebanyakan orang muslim di zaman ini. Pastinya kebanyakan orang memintanya dengan berbagai cara, meskipun kemampuannya jauh dari cukup untuk memegang jawatan tersebut. Mengapa demikian sikap melampau sebahagian kita melanggar suatu larangan Rasulullah SAW itu?
Umumnya difahami bahawa jawatan adalah “kenderaan” untuk mencari berbagai kemewahan dunia bagi diri sendiri dan kelompoknya. Antara lain, untuk mencari kemewahan harta benda, kebanggaan, dan lain-lain. Dengan kata lain, ketika hasrat untuk mencari kemewahan dunia sudah begitu meluap-luap, kita menjadi lupa diri. Kita lupa bahwa diri kita adalah seorang muslim yang memiliki batas-batas dalam bertindak, seperti larangan meminta jawatan.
Berbeza dengan kisah Nabi Yusuf di zamannya, beliau meminta jawatan di Mesir pada waktu itu kerana ingin menyelamatkan orang ramai dan negaranya. Beliau juga pandai melaksanakan amanah dan memiliki keahlian yang tinggi di bidang itu. Terbukti sesudah itu, Mesir mampu mengatasi krisis bahan makanan selama bertahun-tahun.
Sebaliknya di negeri kita lain pula keadaannya, pemegang jawatan adalah sebahagian dari penyebab berlakunya masaalah dan krisis. Terbukti kebanyakan mereka adalah yang menjadi "serigala" yang amat ganas dengan menganggap jawatan adalah peluang untuk mengayakan diri sendiri dan orang disekeliling. Maka berlakulah penyeleweng, rasuah, pilih kasih, penindasan dan sebagainya.Bekerjalah dengan seikhlasnya tanpa meminta jawatan wahai saudaraku!!
No comments:
Post a Comment