Rumah Sampah a.k.a Woksyop Kereta
Surau Khalifah Umar Abdul Aziz Apartmen Idaman pernah suatu masa dulu memohon agar rumah sampah berhampiran surau dijadikan stor dan Bilik Pengurusan Jenazah kerana keadaan surau yang sempit.Namun berbagai alasan diberi dan akhirnya tak dibenarkan.Semua jemaah akur dengan pengurusan penyelenggaraan pada masa itu Melur Unggul Sdn.Bhd....itu dulu 2001!!
2008 ni penyelenggaraan diambil alih oleh IM Global dan hasil pemerhatian penduduk sekitar Apt.Idaman beberapa rumah sampah telah bertukar fungsi antaranya;
- Menjadi woksyop kereta
- Menjadi tempat rehat/persalinan pekerja pembersihan warga India/Bangladesh
- Menjadi stor bahan lusuh/kotak/plastik oleh warga Indonesia
Cuba tengok bagaimana di apartmen lain.Persoalan;
-Kebenaran siapa?
-IM Global nampak ke tidak?
-Apa jadi dengan JMB?
No comments:
Post a Comment