Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, May 11, 2008

KRISIS PENGURUSAN MASJID

Krisis Pengurusan Masjid ..... Persoalan Belum Berakhir

"Masjid perlu digunakan mengikut fungsi dan ia mestilah mendekatkan umat Islam selain berfungsi sebagai tempat yang ulung mengeratkan hubungan masyarakat"... PM Pak Lah

Ternyata institusi masjid amat penting bukan sahaja dari aspek ibadah tetapi ia juga merupakan pusat kebudayaan dan kemajuan umat Islam seluruhnya.Di Malaysia jumlah masjid kian bertambah disebabkan keperluan dan pertambahan jumlah penduduk dan penempatan baru.

Namun begitu aspek terpenting yang terus menjadi persoalan ialah pentadbiran dan pengurusan masjid.Disana sini kedengaran hampir seluruh masjid menghadapi masalah yang sama iaitu kelemahan pentadbiran.Persoalannya ialah adakah pentadbirannya lemah atau pentadbirannya sengaja dilemahkan.Sebagai individu Islam yang cintakan institusi masjid seharusnya kita melihat secara menyeluruh segala masalah yang sering timbul sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki kelemahan dan menyelamatkan institusi masjid.

Krisis Pengurusan dan Pentadbiran

Krisis yang amat membimbangkan ialah dari aspek pentadbiran dan pengurusan masjid. Kebanyakan masjid terutamanya di Selangor menghadapi krisis pengurusan yang tidak mantap. Ini jelas dilihat dari sudut AJK yang telah dilantik atau dipilih.Kelihatan seolah-olah kebanyakan masjid hanya diterajui oleh seseorang atau kelompok kecil yang benar-benar ingin berkhidmat sedangkan AJK yang telah dipilih atau yang dilantik itu tidak berfungsi dengan sewajarnya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya;

1. Nazir dan AJK yang dilantik/dipilih tidak memahami serta menguasai ilmu pentadbiran pengurusan organisasi. Ada dikalangan mereka 'diletakkan' untuk melemahkan fungsi masjid agar tertumpu hal ibadat sahaja.
2. Tidak mempunyai carta tugasan atau bidang tugasan mengikut biro atau jawatakuasa yang ditetapkan.
3. Pengurusan masjid dilakukan secara sambil lewa umpama 'melepaskan batuk ditangga' sahaja.Sebenarnya ini tidak patut berlaku kerana pihak berkenaan seperti JAKIM telah mengeluarkan banyak panduan-panduan yang patut diikuti . Sebagai contoh Di Negeri Selangor wujudnya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 "Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah 1995,Pindaan 2001" yang lengkap dan teratur tetapi tidak digunapakai atas kepentingan golongan tertentu.Berdasarkan penelitian saya banyak maklumat dan panduan di dalam enakmen tersebut antaranya;
-Peranan MAIS dan JAIS
-Etika dan peranan AJK masjid
-Kaedah perlantikan
-Fungsi masjid dulu dan sekarang
-Kepimpinan dan organisasi masjid
-Pengurusan kegiatan dan pengimarahan
-Hubungan pihak luar dan masyarakat setempat.
-Tatacara dan Pengurusan kewangan

Krisis Pengurusan Kewangan

Antara krisis pengurusan kewangan yang wujud ialah;
1. Ada masjid yang mengalami masalah kewangan yang tidak kukuh namun begitu perlunya kepimpinan yang bijak mencari sumber kewangan kerana pihak seperti JAIS,Lembaga Zakat dan lain-lain boleh menberikan bantuan tertentu.
2. Masjid mempunyai wang yang banyak hasil sumbangan tetapi AJK lebih suka menyimpan sahaja dan tidak dimanfaatkan untuk jemaah.AJK berbangga dengan jumlah simpanan yang banyak di bank tetapi masjid terus layu tanpa program untuk masyarakat.
3. Masjid mempunyai kewangan yang kukuh tetapi tidak cekap mengurus tatacara kewangan malah lebih sadis lagi berlaku penyelewengan kewangan.
4. Masjid hanya bergantung pihak tertentu sahaja sumber kewangannya tanpa ada usaha untuk menambahkan dengan cara yang lebih baik dan konsisten.

Memang telah diketahui umum bahawa kebanyakan masjid bergantung dengan sumber kutipan jumaat dan seumpamanya namun jika kita boleh melihat beberapa masjid di Selangor yang mempunyai lot-lot kedai untuk disewa.Inilah yang dikatakan pentadbir yang bijak mengurus masjid dan mencari sumber kewangan.Masjid Bandar Baru Sungai Buloh saya lihat mempunyai Klinik Wakaf untuk rawatan jemaah dengan kadar yang murah malah saya perhatikan Masjid Al-Ghufran Bukit Lanjan mempunyai dewan-dewan dan bilik hotel untuk musafir.

Oleh yang demikian institusi masjid mestilah mencari sumber terbaik untuk membiayai aktiviti masjid dan bukan menunggu sahaja derma dan sumbangan.Menara yang tinggi dimasjid bukankah amat berguna??

Krisis Imam dan Pegawai Masjid

Isu ini juga sering kedengaran antaranya ialah dari segi kuantiti dan kualiti pegawai yang berkhidmat.Jumlah pegawai yang berwibawa tidak seiring dengan jumlah penambahan masjid.Jumlah mereka yang berpendidikan formal di institusi pengajian tinggi agama samada dalam dan luar negara adalah semakin merosot.Seharusnya pemerintah memberikan insentif khas kepada anak-anak yang mahu mendalami bidang ini agar tidak menjadi krisis yang lebih besar dimasa akan datang.
Krisis khatib Jumaat akan lebih jelas kelihatan dimasa sekarang dimana khatib ialah 'membaca khudbah dan bukannya memberi khudbah'.Maka masjid akan mengimport khatid dari luar dan khudbah yang disampaikan tidak memenuhi citarasa tempatan.Khatib yang bijak ialah memberi nasihat berdasarkan isu tempatan.
Krisis Remaja Dipinggirkan

Golongan remaja adalah golongan paling penting pembentukan negara.Kerajaan dan pemimpin sibuk mencanangkan modal insan tetapi dimana anak remaja kita? Berapa ramai remaja ke masjid? Apa usaha AJK dan pegawai masjid mendekati mereka? Aktiviti dimasjid pada masa sekarang adakah mendapat sambutan dari mereka?Cubalah kita sama-sama fikirkan dan buan terus menuding jari remaja itu inilah beginilah dan berbagai-bagai lagi.Bagaimana program Rakan Muda Masjid dulu dan masihkah ada lagi?Bagaimana harus kita bertindak sekarang...

Krisis Penglibatan Jemaah dan anak kariah

Dari sudut penglibatan telah memjadi bualan dari dulu lagi iaitu bilangan jemaah semakin berkurang.AJK dan pegawai terus menuding jari jemaah kurang kesedaran agama dan macam-macam lagi.Jemaah ramai ke masjid kerana program besar seperti Solat Eidul Fitri,Maulidur Rasul dan seumpamanya.Sedangkan semasa solat 5 waktu jumlahya sangat kecil.Dimana salahnya? Adakah kerana AJK dan pegawai hanya membuat program yang besar2 sahaja? Bagaimana dengan kuliah harian? Kuliah Suboh? Bagaimana dengan muslimatnya? Adakalanya dicuba dengan menarik jemaah dengan penceramah yang hebat-hebat namun usaha tersebut hanya berkesan seketika namun selepas itu kembali kosong juga masjid akhirnya... Dimana silapnya? Pendapat saya memang agak sukar kerana ini berkait dengan sistem negara kita yang telah berpuloh tahun begitu caranya.Jadi bagaimana?

Oleh yang demikian krisis kehadiran jemaah ke masjid perlu diselesaikan namun ia bukanlah suatu yang mudah dan mengambil masa yang singkat.Paling penting tindakan kita sebagai umat Islam marilah bersama kita membangunkan sistem pengurusan,pendidikan dan tarbiah yang berterusan di masjid.Janganlah kekangan politik kita jadikan sempadan yang menjadi halangan untuk mentadbir.

Pegawai dan AJK perlulah membuka seluasnya kerjasama anak kariah memberi pandangan dan kritikan demi kemajuan masjid dan Agama Islam dan bersamalah kita muhasabah diri apakah untungnya meneruskan budaya dan kekangan politik kerana bagi umat Islam masjid adalah tunjang kekuatan iman dan perpaduan kita yang sebenarnya.

No comments: