Penukaran meter individu di kediaman bertingkat di Selangor perlu pembabitan banyak pihak termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail berkata, pemasangan meter individu itu perlu kebenaran daripada Perbadanan Pengurusan "Kalau ikut kita, semua kita nak bagi meter individu tapi ia dibawah penyeliaan Perbadanan Pengurusan yang juga mengambil kira penggunaan air seperti kolam renang," katanya. Beliau diminta mengulas gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya pemilik rumah bertingkat menukar meter pukal kepada meter individu sekiranya mahu menikmati pemberian percuma 20 meter padu pertama air mulai 1 Jun ini.
Pemberian air percuma oleh kerajaan Selangor bulan depan sebagai satu daripada janji manifesto kerajaan Pakatan Rakyat (PKR-PAS) dalam pilihan raya lalu. Rozali berkata, selain itu ianya harus mendapat kerjasama pihak pengurusan kediaman bertingkat, penduduk dan perbadanan pengurusan bagi mendapat persetujuan tersebut. "Kementerian kena campur tangan sebab kalau tidak memang tidak boleh pasang meter individu. Sehingga hari ini hanya 11 skim kediaman bertingkat yang mendapat kelulusan untuk menggunakan meter individu dan ada beratus lagi yang masih menanti," katanya.
Dalam pada itu katanya, tidak ada sebarang kos percuma bagi setiap liter atau meter padu air yang yang dihasilkan oleh Syabas dalam perjanjian konsesi yang telah dibuat dengan kerajaan Selangor. Beliau berkata pelbagai aspek perlu diteliti terutamanya membabitkan operasi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.
Ulasan : Belum ada sebarang ulasan dari pihak pemaju seperti MKLand dan lain-lain.Bagi penduduk Damansara Damai masih belum jelas ada atau tidak usaha rundingan dijalankan dan siapa yang patut diamanahkan untuk berunding.Situasi ini jelas akan merumitkan kerana pada masa ini persatuan penduduk semuanya huru-hara,JMB yang ditubuhkan mengikut apartmen dipertikaikan kerana diuruskan oleh kontraktor IM Global dan tiada wakil dari pemaju dan lebih membimbangkan JKKK atau JDM masih belum ditubuhkan.
No comments:
Post a Comment