Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Friday, May 23, 2008

NEGARAKU MALAYSIA

Nipisnya iman kenegaraan kita!

dipetik dari www.msomelayu.blogspot.com

MUNGKIN tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.
Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Putih atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South
Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).
Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu. Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.
Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa. Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.
Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?
Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga. Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu.

Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.
Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku ahri ini.

Tajuk khutbah di hari ini ialah “Cinta Terlarang” menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda. Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.
Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang? Apa salahnya kalau masjid mengajurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?

Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih. Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.
Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hektar buminya!

Thursday, May 22, 2008

Wanita Dan Auratnya

Memahami erti sebenar menutup aurat
WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.

Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.

Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan gerak serta lagak yang menarik ketika berada di luar rumah, sedangkan tidak demikian apabila berada di rumah.Untuk mendapat perhatian orang ramai itulah mereka menghiasi diri dengan pakaian fesyen baru yang mengikut aliran semasa, indah serta mahal, diserikan dengan barang kemas mewah bergemerlapan, manakala wajah disolek bahan mekap berwarna-warni.Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada pandangan lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu." (Surah al Ahzab, ayat 33).

Selain terbabit amalan tabarruj, tradisi berpakaian dan bersolek kalangan wanita moden sekarang membuktikan umat manusia akhir zaman terutama wanitanya, sudah jauh berundur ke belakang untuk kembali ke zaman kuno dan mewarisi cara hidup kolot manusia primitif zaman batu, atau setidak-tidaknya mengamalkan cara hidup zaman jahiliah.Hal ini jelas sekali kerana bukankah amalan menghiasi muka dengan tempelan bahan mekap pelbagai warna yang dilakukan wanita moden sekarang sama dengan amalan menconteng muka yang dilakukan manusia primitif zaman kuno dulu?Bukankah amalan mendedahkan aurat depan khalayak ramai yang dilakukan wanita moden ini adalah amalan wanita zaman jahiliah. Tidakkah ini satu kesinambungan antara tradisi zaman jahiliah dan tradisi zaman pasca moden ini?

Memang berlaku perubahan positif dalam hal berpakaian untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara kita dalam dekad mutakhir ini. Tetapi malangnya, perubahan itu tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tetap dengan tradisi berpakaian mereka.Jika ada yang memenuhi kewajipan menutup aurat, tidak memenuhi tuntutan mengikut kehendak hukum syarak. Contohnya, memang sudah ramai wanita memakai tudung tetapi pada masa sama, memakai baju dan kain atau seluar ketat yang jelas memperlihatkan bahagian tertentu badan mereka.Berpakaian seperti itu sudah tentu tidak diterima sebagai menutup aurat, kerana menutup aurat dalam Islam bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi melindungi rupa bentuk kulit semua bahagian anggota badan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."

Maksud ayat itu sangat jelas, namun seolah-olah belum dapat difahami wanita. Buktinya mereka tidak mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya. Malah, ramai yang langsung tidak menghiraukannya.Mereka sebenarnya mempersendakan hukum Allah apabila menutup kepala dan rambut sepenuhnya tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti kedua belah betis apabila memakai seluar, skirt atau sarung sempit yang berbelah di bawah.Masih ramai lagi wanita yang enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut.

Ia juga adalah perbuatan yang boleh dianggap sebagai mempersendakan hukum Allah.Demikian juga dengan amalan memakai tudung kepala pelbagai bentuk dan fesyen. Walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.Semua fenomena mendedahkan aurat itu adalah ciri amalan tabarruj, amalan kaum zaman jahiliah. Selain tradisi berpakaian, tradisi bersolek yang termasuk dalam amalan tabarruj kurang diberi perhatian. Seolah-olah larangan dalam hal ini tidak diketahui.Keadaan wanita yang tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.
Golongan terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang keluar rumah dengan berpakaian tidak sopan atau berpakaian ala Barat, mendedahkan banyak bahagian aurat atau berpakaian sopan tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya atau berpakaian moden, ketat, singkat dan berbelah.Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat atau perlakuan tabarruj itu. Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat mereka.
Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Air PERCUMA : Meter Individu

Meter Individu : Apa Kata MKLand??

Penukaran meter individu di kediaman bertingkat di Selangor perlu pembabitan banyak pihak termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail berkata, pemasangan meter individu itu perlu kebenaran daripada Perbadanan Pengurusan "Kalau ikut kita, semua kita nak bagi meter individu tapi ia dibawah penyeliaan Perbadanan Pengurusan yang juga mengambil kira penggunaan air seperti kolam renang," katanya. Beliau diminta mengulas gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya pemilik rumah bertingkat menukar meter pukal kepada meter individu sekiranya mahu menikmati pemberian percuma 20 meter padu pertama air mulai 1 Jun ini.
Pemberian air percuma oleh kerajaan Selangor bulan depan sebagai satu daripada janji manifesto kerajaan Pakatan Rakyat (PKR-PAS) dalam pilihan raya lalu. Rozali berkata, selain itu ianya harus mendapat kerjasama pihak pengurusan kediaman bertingkat, penduduk dan perbadanan pengurusan bagi mendapat persetujuan tersebut. "Kementerian kena campur tangan sebab kalau tidak memang tidak boleh pasang meter individu. Sehingga hari ini hanya 11 skim kediaman bertingkat yang mendapat kelulusan untuk menggunakan meter individu dan ada beratus lagi yang masih menanti," katanya.
Dalam pada itu katanya, tidak ada sebarang kos percuma bagi setiap liter atau meter padu air yang yang dihasilkan oleh Syabas dalam perjanjian konsesi yang telah dibuat dengan kerajaan Selangor. Beliau berkata pelbagai aspek perlu diteliti terutamanya membabitkan operasi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.
Ulasan : Belum ada sebarang ulasan dari pihak pemaju seperti MKLand dan lain-lain.Bagi penduduk Damansara Damai masih belum jelas ada atau tidak usaha rundingan dijalankan dan siapa yang patut diamanahkan untuk berunding.Situasi ini jelas akan merumitkan kerana pada masa ini persatuan penduduk semuanya huru-hara,JMB yang ditubuhkan mengikut apartmen dipertikaikan kerana diuruskan oleh kontraktor IM Global dan tiada wakil dari pemaju dan lebih membimbangkan JKKK atau JDM masih belum ditubuhkan.

Wednesday, May 21, 2008

Kerajaan Negeri Selangor

Titah Tuanku : ADUN Jangan Boros macam BN

Sultan Selangor menegur amalan kerajaan negeri bawah pentadbiran Barisan Nasional kerana tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah."Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini."Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber."
Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku.Butiran lengkap perbelanjaan itu kini beredar di internet, antaranya di blog wakil DAP Kampung Tunku, Lau Weng San.
Baginda bertitah sedemikian ketika menyentuh keperluan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan sebagai faktor utama bagi menjamin pendapatan maksima negeri.“Usaha meningkatkan hasil tidak akan memberi makna sekiranya permbaziran dan perbelanjaan yang tidak berhemah sering berlaku,”Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang kini ketua pembangkang di DUN itu, berkata beliau harus melihat data-data tersebut terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut.Bagaimanapun, katanya, perbelanjaan seseorang ahli DUN bergantung kepada wakil rakyat itu sendiri."Selagi mengikut peraturan tiada masalah," katanya kepada Malaysiakini sewaktu diminta mengulas teguran Sultan Selangor.
Menurut Dr Mohamad Khir, sebahagian besar perbelanjaan wakil rakyat dibuat pada awal tahun dan sambutan Hari Raya.Di waktu itu, kata wakil Sungai Panjang, banyak bantuan dimohon oleh rakyat, antaranya untuk menyelesaikan masalah yuran dan lain-lain.Beliau berkata, adalah normal perbelanjan seseorang ahli DUN lebih besar pada awal tahun.Banyak bantuan daripada wakil rakyat disalurkan kepada sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan, tambahnya.
Ulasan : Sememangnya terbukti perkara ini biasa berlaku dan ia ditegur Sultan Selangor. Bagi pemuda yang membuat laporan polis kerana Pakatan Rakyat tidak tunai manifesto, perlu salahkan pemerintah sebelum ini yang ternyata boros !

Pesan Buat Suami


Aurat Isteri Tanggungjawab Suami

RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6).

Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami wajib menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggungjawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.Buat suami, sedarlah tanggungjawab kita besar selaku ketua rumahtangga. Aurat isteri dan anak-anak pastikan dipelihara. Kalau tidak kelak, kita bakal menanggung akibatnya di hari pembalasan!

MSJ : Disiplin SMK Damansara Damai

Geng Labah-labah Damansara Damai

Bila saja saya membelek SINAR Harian semalam maka terpampanglah berita ini bersebelahan dengan kisah MSJ.Serbuan dan tangkapan ini adalah kerjasama antara MSJ dan Polis Damansara Damai.Pihak sekolah janganlah melenting menyalahkan penduduk dan MSJ tetapi cerminkan diri apa tindakan yang dibuat kerana dah banyak kali tersiar.
Sekadar renungan bersama;
1. Disiplin pelajar SMKDD sudah banyak kali disiarkan di media cetak antaranya Harian METRO dan juga SINAR.
2. Masalah semakin serius kerana sikap ibubapa yang terlalu ikut cakap anak dan tidak ambil tahu persekolahan anak-anak.
3. Hubungan antara sekolah dan ibubapa kurang akrab menjadikan kerjasama untuk menangani masalah ini amat kurang.
4. Pendirian SMKDD yang menyatakan masalah diluar sekolah adalah tugas Polis dan masyarakat.
5. Tidaklah perlu kita menuding jari tetapi sebaiknya semua pimpinan Damansara Damai yang mahu jawatan tetapi tidak berbuat apa-apa eloklah letak sahaja jawatan dan berilah kepada orang lain yang boleh berbuat sesuatu.
Saya berpendapat masalah seperti ini dapat dikurangkan jika;
1. SMKDD merubah beberapa dasarnya terutama melibatkan hubungan dengan ibubapa dan masyarakat.
2. Pimpinan masyarakat menganjurkan program untuk remaja secara berterusan dengan kerjasama SMKDD dan penduduk sekitarnya.
3. Masjid Al-Muhtadin dan surau-surau juga boleh berperanan sebenarnya.

MSJ : Rakyat dan PDRM

Majlis Sifar Jenayah Damansara Damai

Bagi penduduk Damansara Damai yang prihatin pasti pernah mendengar NGO ini.MSJ bukanlah suatu yang baru di Damansara Damai.Zaman pemerintahan kerajaan BN dulu NGO ini pernah cuba untuk ditubuhkan namun tiada sambutan dan kurang mendapat sokongan pihak yang berkenaan.Ini mungkin kerana pada masa itu pihak ADUN dan kerajaan negeri lebih menumpukan kepada Kelab Sukan Komuniti (KSK).Setelah perubahan pada PRU-12 jelas kelihatan KSK seperti telah berkubur kerana tidak ada yang menyebutnya langsung.Puak-puak tersebut terus membisu.
MSJ terus digerakkan secara perlahan dan apabila perubahan berlaku selepas PRU-12 usaha tersebut terus digiatkan lagi.
Bagaimana MSJ tiba-tiba menonjol?
JK yang terbabit dalam MSJ telah meminta kerjasama PKR Damansara Damai dan beberapa orang pimpinan telah bersama bergabung untuk mengukuhkan MSJ.Saya mendapatkan ulasan dari orang kuat PKR katanya "kita kena join dan dapat pantau halatuju agar segala aktiviti dapat membantu PR secara halus kerana ramai orang UMNO selepas PRU-12 join MSJ,dengan cara ini diharapkan kita dapat menjelaskan konsep PR mentadbir negeri"
Pandangan peribadi saya ialah;
1. MSJ memang baik untuk mengurangkan jenayah dan hubungan rakyat dengan PDRM
2. PR melalui PKR perlu segera mengukuhkan JDM agar MSJ dapat dipantau secara sistematik kerana ramai pimpinan UMNO mencari peluang disini.
3. Menyusun program MSJ khususnya berkaitan jenayah dengan mengambil pendekatan musyawarah dan bukannya kekerasan,mendidik anak-anak dan bukannya menghukum.
Syabas buat MSJ.Teruskan usaha anda ke arah suatu kerajaan yang lebih baik.Waspada dengan bahaya menyimpan gunting dalam lipatan terutamanya individu yang ditolak oleh masyarakat sekitarnya tetapi diangkat dalam MSJ sebagai pimpinan

Tuesday, May 20, 2008

KEM MOTIVASI KAFA AL-MUHTADIN

KEM MOTIVASI EXCEL 2008 "TAUTAN KASIH SEMAIAN BUDI"
Tarikh : 17 - 19 Mei 2008
Hari : Sabtu hingga Isnin
Tempat : Kem Bina Insan (INMINDS) Bestari Jaya
Peserta : 82 orang pelajar Tahun 5 dan Tahun 6
Anjuran Bersama;
1. Lembaga Pengelola KAFA Integrasi Al-Muhtadin
2. Guru-guru KAFA Integrasi Al-Muhtadin
3. Darul Quran Kuala Kubu Baharu (Fasilitator)

Dalam usaha memantapkan sikap dan kecintaan kepada ilmu pengetahuan disamping mengukuhkan ukhwah Islamiah dikalangan pelajar-pelajar KAFA Integrasi Al-Muhtadin khususnya pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini.
Lembaga Pengelola dan Guru-guru KAFA Integrasi Al-Muhtadin telah merangka satu program motivasi untuk memenuhi wadah tersebut.Adalah diharapkan program ini dapat memenuhi keperluan pelajar dalam menyemai nilai-nilai murni disamping memantapkan sahsiah dan potensi diri untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Objektif Program
-Memberi panduan kepada pelajar tentang teknik-teknik pembelajaran yang betul dan berkesan dalam usaha mencapai kecemerlangan.
-Memperkenalkan kaedah dan sistem pembelajaran yang sistematik.
-Memberi galakan dan semangat kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan.
-menanam sikap sintakan ilmu pengetahuan disamping mencungkil potensi diri pelajar yang sebenar.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim dan rasa tanggungjawab serta kasih sayang sesama muslim.

Tentatif Program
17 Mei 2008-Sabtu
8.00 -12.30 tengahari
-Pendaftaran di Kem Bestari Jaya
-Pembahagian kumpulan dan Taklimat urusetia
-Khidmat diri
-Latihan Dalam Kumpulan 1
-Rehat
2.00 -6.30 petang
-Praktikal solat dan tayammum
-Latihan Dalam Kumpulan 2
-Solat Asar



-Riadah
-Khidmat Diri dan Makan Malam
7.30-11.00 malam
-Solat Maghrib
-Suci Diri >Istinjak dan Mandi
-Bersama fasilitator
-Program esok hari
-Rehat

18 Mei 2008 Ahad
4.30pagi - 12.30tengahari
-Persediaan Qiamullail
-Qiamullail
-Solat Suboh
-Kuliah Suboh
-Halaqah Al-Quran
-Riadah dan Khidmat Diri
-Jungle Tracking
-Makan Tengahari
2.00-6.30 petang
- Motivasi oleh Ustaz Saedal Attas Pensyarah UNISEL
-Latihan Dalam Kumpulan 3
-Khidmat Diri
8.00-12.00 malam
-Lakaran Kejayaan
-Muhasabah Diri
-Tentatif Program esok

19 Mei 2008 Isnin
5.00 -10.00pagi
-Persediaan Solat Suboh
-Kuliah Suboh
-Halaqah Al-Quran
-Khidmat Diri
-Majlis Perasmian Penutup oleh En.Aziz bin Idrus Timbalan Pengelola KAFA Integrasi Al-Muhtadin
-Bersurai / bertolak balik ke Damansara Damai.

Alhamdullillah segala berjalan seperti yang dirancangkan.Sesungguhnya kerjasama,galakan dan bantuan dari semua pihak yang terlibat amat kami hargai.Besarlah harapan kami agar para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya Kem Motivasi ini dalam usaha untuk menjana kejayaan yang cemerlang.Buat semua AJK Pengelola dan Guru-guru ribuan terima kasih kerana terus Istiqamah dalam perjuangan mendidik anak bangsa walaupun dengan berbagai kesusahan dan perit jerih usaha kita hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu mengerti dan sesungguhnya hanya DIA yang mampu membalasnya.Semoga kita dapat meneruskan program ini dikesempatan yang akan datang..Insyaallah.

Friday, May 16, 2008

Masalah Rakyat: Damansara Sutera Mula Di Jual

Tindakan Lambat Penduduk atau Pemimpin?
Sejurus PR memerintah Negeriku Selangor telah beberapa kali aku menyuarakan pandangan bahawa Pimpinan Negeri dan Tempatan perlu membuat beberapa tindakan segera.Ini kerana walaupun BN telah tewas tetapi seluruh jentera Kerajaan Negeri masih mereka kuasai.Aku katakan "segerakan bina dan kukuhkan pimpinan Damansara Damai".Sarananku tidak bersambut malah mereka katakan "tunggu arahan" dari pimpinan.

Projek Damansara Sutera satu contoh lewatnya tindakan kita membuatkan sekarang projek itu terus berjalan lancar.Kenapa aku kata begitu?
1. Berita telah tersiar di SINAR harian Bulan Oktober 2007 bahawa statusnya diragui.
2. ADUN BN pada masa itu juga mengakui bahawa ini projek 'haram'
3. Semakan dibeberapa agensi kerajaan mengesahkan semua itu tetapi terus berjalan kerana 'tangan ghaib' dan kroni2nya.
4. Ini juga salah satu isu yang menumbangkan BN di Damansara Damai

Apabila BN tewas 'tangan ghaib' dibantu dengan kroni dalam jentera kerajaan negeri menyegerakan segala proses yang sepatutnya dan dalam masa yang sama kita masih lagi menanti 'arahan pimpinan' tanpa memperdulikan isu-isu yang timbul. Sehingga hari ini setelah lebih dari 60 hari PRU-12 tamat kita masih lagi menunggu 'arahan pimpinan' dan inilah yang kita dapat sebenarnya...'hadiah pilihanraya'.Dari projek yang boleh dipertikaikan akhirnya sekarang kita hanya boleh melihat sahaja mereka meneruskan projek tanpa halangan.Selepas ini sudah pasti bila kita bertindak alasan ini pasti dikeluarkan;

1. Ini projek PNSB anak syarikat kerajaan negeri
2. Projek ini mendapatkan kelulusan PBT
3. EIA Jabatan Alam Sekitar tiada masalah
4. Dah diluluskan oleh kerajaan dulu...

Persoalannya;
1. Peraturan Kem.Perumahan dan Kerajaan Tempatan tentang pembinaan Jejantas/Jalan Susur jelas tidak dipatuhi dan sudah pasti jalan Damansara Damai juga digunakan.
2. Pernahkah Perancang Bandar PBT menilai tentang lalulintas Damansara Damai yang kalut dan berserabut?
3. Kalau benar Sungai Hampar sudah tiada apa akan jadi dengan Damansara Damai?

Sejarah: Kunci Ka'abah berusia 800 tahun


Lelong Anak Kunci Ka'abah

Sebatang anak kunci Ka'abah berusia 800 tahun telah dijual untuk 9.2 juta paun (kira-kira RM58 juta) dalam satu lelongan April 2008 lepas yang dikendalikan oleh Sotheby's di London.
Anak kunci kurun ke-12, iaitu pada zaman Khalifah Abbasiah (Baghdad, Iraq), diperbuat daripada besi dan berukuran panjang 37 cm. Anak kunci itu dibeli oleh pembida yang dirahsiakan pada harga 18 kali lebih tinggi daripada anggaran sebelum jualan (lelongan).
Anak kunci itu dipercayai digunakan semasa pemerintahan Imam Al Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas.
Menurut Sotheby's anak kunci yang dipercayai wujud antara sekitar 1179-1180 itu pada asalnya berada dalam simpanan persendirian di Lubnan. Selain daripada yang dilelong itu, terdapat beberapa lagi anak kunci Ka'aba yang disimpan di Muzium Istana Topkapi (Istanbul), dalam simpanan Nuhad Es-Said, di Louvre, Paris dan di Muzium Kesenian Islam, Kaherah.

Thursday, May 15, 2008

Tinjau Damansara Damai

Tapak KAFA Al-Muhtadin yang kami harapkan

Berdasarkan tinjauan dari udara;
-Tapak yang dipasang papan tanda SRA oleh MKLand ialah dihadapan Loji Indah Water.
-Dalam plan pembangunan (blue print) Damansara Damai TIADA.
-Dimaklumkan bahawa keluasannya 1 ekar sahaja.
-Belum ada pengesahan bertulis tentang gazet tersebut.

Kami mengharapkan;
-Tapak baru yang sesuai dikaki bukit Masjid Al-Muhtadin
-Dalam plan pembangunan Damansara Damai ialah komplek sekolah Bestari
-Dimaklumkan bahawa keluasannya 15 ekar.
-Telah gazet dan milik Kem.Pelajaran Malaysia.

Adalah diharapkan bersama kita berusaha untuk mendapatkannya...
Insyaallah demi Islam dan anak generasi masa depan.

Kenangan Pilu : Orang Asli Bukit Lanjan

Petikan : Sebuah kisah duka masyarakat Orang Asli yang dipermainkan oleh golongan yang rakus..

Tuan-tuan... Kes Bukit Lanjan ini sangat menarik. ramai masyarakat Orang Asli Cerdik kat sana sebab itu lah jadi seperti itu. Mereka tu memang nak macam tu (nak cepat kaya, dapat Banglow, rumah pangsa, rumah teres dan rumah kedai sekali) kalau mereka tak buat macam tu, macam mana la nak dapat. keluar saja muka depa kat akhbar...Jangan salahkan mereka sebab ada 5 pihak yang terlibat;
1. JHEOA-ceti @ broker tanah orang Asli yg tunjuk tanah OA yg menguntungkan pegawai JHEOA
2. Kerajaan Negeri Selangor/Pejabat Tanah/Pejabat Daerah-yang kerjanya tukar status tanah OA kepada tanah kerajaan-OA tak ada tanah
3. Pemaju - Rakus, tamak dan haloba mengikis segala harta benda OA
4. Tok Batin OA (penyokong UMNO & dilantik oleh JHEOA supaya ikut telunjuk JHEOA dan kerabat OA yang nak cepat kaya penyokong Tok Batin
5. Orang Asli yang tak nak kampung mereka di gadai ( hanya 18 orang dari beratus-ratus penduduk OA Bukit Lanjan) bawa kes ni ke mahkamah- kalah la mereka kerana kerakusan manusia yang hanya nampak DUITTTTTTTTTTTTTT.

Natijahnya kecundanglah perjuangan mereka lenyaplah Kg Orang Asli Bukit Lanjan dan Wujudlah Damansara Damai dan Damansara Perdana.

Titipan Senja

Firman Allah SWT ;-

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maa`ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Surah Ali-`Imraan:110)

Menyuruh yang maaruf dan mencegah sesuatu yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT adalah tiga ciri kesempurnaan umat Islam yang selayaknya dia itu lebih baik dari umat yang lain. Kerana serampang dua mata itu menyebabkan Islam itu sangat istimewa dan berbeza dengan agama yang lain.
Demikianlah suatu perjuangan dalam wadah yang dipanggil parti politik dan sebagainya. Jika sekiranya ianya melengkapi ciri-ciri tersebut, makanya mesti itulah yang menjadi wadah pilihan. Dalam Kontaks kita di Malaysia, Parti Islam Malaysia (PAS) adalah wadah yang terbaik yang dimaksudkan dengan tuntutan ayat di atas.

Masalah Rakyat: Hulurkan Bantuan

Mohd Amru perlukan kerusi roda

Seorang kanak-kanak istimewa di sini memerlukan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung, terutama sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya. Zainal Abdullah, 46, berkata anak ketiganya, Mohd Amru, 10, yang terencat akal dan mengalami kecacatan di beberapa anggota badan sejak mengalami demam panas ketika berusia lapan bulan memerlukan penjagaan rapi bagi menjalani kehidupan sehariannya.
Untuk makluman semua En.Zainal Abdullah adalah salah seorang anak Kariah Surau Khalifah Umar Abdul Aziz,Apt Idaman Damansara Damai.Pernah menjadi AJK surau dan aktif bersama persatuan penduduk.Namun begitu kerana desakan hidup dan tuntutan tempat kerja maka beliau terpaksa bekerja di Melaka dan sekarang hanya hujung minggu sahaja berada di Damansara Damai. Beliau seorang ayah yang gigih dan sabar dalam menghadapi dugaan dan kepayahan.Sejak beliau tinggal di Damansara Damai telah berulang kali memohon kepada Lembaga Zakat Selangor.
Ini adalah salah satu contoh anak kariah yang perlukan bantuan dan saya memang mengharapkan pihak ADUN dapatlah segera menyusun pimpinan PR Damansara Damai.Kelewatan kita bertindak menyebabkan bermacam-macam lagi berita disiarkan dimedia.

KAFA Al-Muhtadin : Dah 8 Tahun Terpacak..


Tapak Sekolah Agama bersebelahan Hutan Rimba Riang Berhadapan loji Indah Water

Aku sengaja post foto ini untuk tatapan bersama.Bayangkanlah Damansara Damai ini mula diduduki tahun 2000 dan hingga kini tiada Sekolah Agama dibina.Bagaimana boleh 'mereka' melaungkan Malaysia Negara Islam dan segalanya untuk kepentingan Melayu.Perkara yang begini diambil mudah sahaja.


Pihak pemaju membina beribu-ribu unit rumah dan kedai demi keuntungan bisnesnya tetapi bab pendidikan anak-anak tidak diambil peduli.Memang untung membina Lot Season Square atau pun Tok Yem Mall kerana harganya bernilai tinggi tapi aku rasa kalau MK Land bina sekolah agama lagi untung masa depannya.


Apa yang ada hingga kini cuma papan tanda sahaja dah 8 tahun.Entah bila nak bina pun tak tahu.Itupun katanya keluasan cuma 1ekar sahaja.Bayangkan keluasan itu kalau buat bangunan sekolah dapat berapa bilik kelas ya? Tahukah anda pelajar SK Damansara Damai sekarang mencecah 3000 orang? Tahukah anda pelajar KAFA Al-Muhtadin sekarang sekitar 300 orang? Berapa peratuskah anak-anak kita sekarang yang mendapat pendidikan agama Islam? Bagaimana agaknya 15 thn lagi generasi ini? Bagaimana 30 thn lagi mereka memimpin negara? Apa akan jadi dengan negaraku Malaysia?

Wednesday, May 14, 2008

Masalah Rakyat: Air Percuma Selangor

Bagaimana Dengan Penduduk Damansara Damai?

SHAH ALAM, Rabu 13 Mei : Pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama mulai 1 Jun ini hanya kepada kediaman yang mempunyai meter individu sahaja. Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pemilik atau penghuni pangsapuri segera menukar sistem meter air pukal kepada meter individu bagi menikmati kemudahan itu.

“Kita tetap melaksanakan janji pada 1 Jun ini. Ianya tiada masalah kecuali kepada penghuni pangsapuri yang belum ada meter berasingan. Mereka mestilah meminta pengurusan bangunan masing-masing menukar meter tersebut,” katanya. Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak pengurusan bangunan boleh berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi tujuan penukaran meter tersebut.Beliau berkata, ada kira-kira 300,000 unit pangsapuri dan kondominium menggunakan meter pukal di seluruh negeri ini. Menjawab soalan, beliau berkata, kos penukaran meter perlu ditanggung oleh pemilik rumah.

Katanya, terpulang kepada pihak pengurusan bangunan pangsapuri atau kondominium untuk menukar meter dan penghuni hanya memperolehi air percuma selepas penukaran tersebut. “Kita mula bulan depan (Jun) dan bil keluar hujung bulan. Jika cepat mereka menukar meter, lebih cepat mereka menikmati kemudahan itu,” katanya.
Ulasan;
Dari awal kemenangan PR lagi saya sering bertanya dan menyarankan kepada pimpinan tempatan bahawa perlu segera melakukan penyelarasan berkaitan pimpinan PR Damansara Damai.Ramai yang berkata "Tunggu dulu belum ada arahan dari pimpinan" jangan mendahului pimpinan dan sebagainya.
Damansara Damai tidaklah terlalu besar kawasannya tetapi harus diingat bahawa penduduknya menjangkau 60,000 orang.Memang jumlah pengundi hanya sekitar 1500 orang sahaja namun ramai menjadi pengundi ditempat lain. Kalau PR boleh menawan Selangor bermakna mereka juga mengundi PR ditempat lain dan mereka juga seperti saya layak menerima apa juga kemudahan seperti orang lain.Soalnya sekarang apa tindakan Pimpinan Damasara Damai? Masihkah mereka terus mahu menunggu sedangkan banyak isu terpendam yang menunggu masa untuk meledak!! Siapa harus menerima aduan dan siapa pula akan menjadi penghubung kepada pimpinan PR Negeri?
Isu Air Percuma akan menunggu masa untuk riuh dan hingar di Damansara Damai.Sedar atau tidak bahawa Damansara Damai majoritinya adalah rumah bertaraf apartmen dan sebahagiannya menggunakan meter pukal pemaju.Persoalannya;
-Adakah pihak yang berunding dengan pemaju tentang isu ini?
-Jika ada apa perkembangannya?
-Berapa kos yang penduduk harus keluarkan ?
Untuk semakan saya senaraikan nama-nama apartmen yang terletak di dalam Damansara Damai dan sekitarnya;
-Apartmen Idaman 14 blok jumlah unit 1264
-Apartmen Harmoni 16 blok jumlah unit +/- 1400
-Apartmen Lestari
-Apartmen Permai
-Apartmen Bayu
-Apartmen Impian
-Apartmen Saujana
-Apartmen Indah
-Apartmen Selasih
-Condo Armanee
-Apartmen/Shop lot Suria
-Apartmen/Shop lot Vista
-Perumahan Desa Riang
-Berjiran dgn Damansara Damai ialah Prima Damansara dan Saujana Damansara
Dari senarai di atas,berapa banyak apartmen yang menggunakan meter pukal pemaju?
Siapa yang akan mereka rujuk selepas ini sedangkan Bulan Jun hampir tiba?
Bukankah kesan negatif akan menghentam kerajaan PR jika mereka bersuara di Media?
Fikir-fikirkan....

Tuesday, May 13, 2008

KAFA Al-Muhtadin : Tanda Tanya Berterusan Juga..

Berita KAFA Al-Muhtadin

Balik sahaja dari PAID PJ aku dapat pulak call dan info berkaitan dengan KAFA AL-Muhtadin. Nampak gayanya urusan ini semakin sukar.Tanah kaki bukit Al-Muhtadin dikhabarkan seluas 15 ekar dan ada beberapa kemusykilan antaranya;
1. Perlu mendapat kelulusan PTG kerajaan pusat
2. Telah digazetkan tapak sekolah dan berkait pula dgn KPM/JPN
3. Ada permohonan yang sama dari pihak lain
4. Cadangan menyediakan 50-100 lot paking kereta kegunaan masjid sedang diuruskan oleh pihak tertentu.
Semakin poning laaa...Bila nak dapat sekolah agama ni???

Al-Muhtadin : Tanda Tanya Berterusan

Masjid sekarang telah diberikan pengurusan kepada jenis manusia yang tidak sesuai dengan ayat Al Quran:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.(Surah At-Taubah:018 )

Pertemuan Dengan PAID Petaling

Aku menarik nafas panjang-panjang bukan kerana lega dan lapang tetapi Subhanallah.... Apa lagi ujiannya selepas ini.Berikut ringkasan dari perbincangan dan info yang diberi;


1. Watikah AJK akan tamat Mei 2009
2. Mesyuarat Agong tak perlu diadakan cuma Mesyuarat Khas perlu dilakukan sekiranya AJK masih ada dan bincang berdaarkan keperluan.
3. Perlantikan AJK yang telah letak jawatan dan kekosongan sahaja.
4. Sekiranya AJK yang ada bersedia letak jawatan dialu-alukan tetapi jika tidak tengok saja la!!



Kesimpulan;
1. Kena cuci lebih lagi pemikiran mereka ni...
2. Sesak nafas aku petang ni..
3. Kita tunggu reaksi Exco Agama dan Kerajaan Negeri sehingga Julai 2008...

Monday, May 12, 2008

Apa Khabar PAID Petaling?

JAIS Telah Meneliti Memo JAKA
Alhamdulillah...
Pihak Bahagian Pengurusan Masjid JAIS telah meneliti memorandum yang JAKA hantar tempohari.Satu surat telah dikeluarkan kepada PAID Petaling untuk berbincang dengan pihak JAKA Damansara Damai.
Insyaallah wakil JAKA akan memulakan perbincangan dengan PAID PJ dan harap doakan kami agar dipermudahkan urusan ini.Kita tunggu apa berita selanjutnya selepas ini.Adalah diharapkan pihak PAID PJ tidak berdolak dalik lagi kerana Anak Kariah Damansara Damai dah menunggu 5 tahun untuk membetulkan segala kerosakan di Al-Muhtadin.

Sunday, May 11, 2008

KRISIS PENGURUSAN MASJID

Krisis Pengurusan Masjid ..... Persoalan Belum Berakhir

"Masjid perlu digunakan mengikut fungsi dan ia mestilah mendekatkan umat Islam selain berfungsi sebagai tempat yang ulung mengeratkan hubungan masyarakat"... PM Pak Lah

Ternyata institusi masjid amat penting bukan sahaja dari aspek ibadah tetapi ia juga merupakan pusat kebudayaan dan kemajuan umat Islam seluruhnya.Di Malaysia jumlah masjid kian bertambah disebabkan keperluan dan pertambahan jumlah penduduk dan penempatan baru.

Namun begitu aspek terpenting yang terus menjadi persoalan ialah pentadbiran dan pengurusan masjid.Disana sini kedengaran hampir seluruh masjid menghadapi masalah yang sama iaitu kelemahan pentadbiran.Persoalannya ialah adakah pentadbirannya lemah atau pentadbirannya sengaja dilemahkan.Sebagai individu Islam yang cintakan institusi masjid seharusnya kita melihat secara menyeluruh segala masalah yang sering timbul sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki kelemahan dan menyelamatkan institusi masjid.

Krisis Pengurusan dan Pentadbiran

Krisis yang amat membimbangkan ialah dari aspek pentadbiran dan pengurusan masjid. Kebanyakan masjid terutamanya di Selangor menghadapi krisis pengurusan yang tidak mantap. Ini jelas dilihat dari sudut AJK yang telah dilantik atau dipilih.Kelihatan seolah-olah kebanyakan masjid hanya diterajui oleh seseorang atau kelompok kecil yang benar-benar ingin berkhidmat sedangkan AJK yang telah dipilih atau yang dilantik itu tidak berfungsi dengan sewajarnya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya;

1. Nazir dan AJK yang dilantik/dipilih tidak memahami serta menguasai ilmu pentadbiran pengurusan organisasi. Ada dikalangan mereka 'diletakkan' untuk melemahkan fungsi masjid agar tertumpu hal ibadat sahaja.
2. Tidak mempunyai carta tugasan atau bidang tugasan mengikut biro atau jawatakuasa yang ditetapkan.
3. Pengurusan masjid dilakukan secara sambil lewa umpama 'melepaskan batuk ditangga' sahaja.Sebenarnya ini tidak patut berlaku kerana pihak berkenaan seperti JAKIM telah mengeluarkan banyak panduan-panduan yang patut diikuti . Sebagai contoh Di Negeri Selangor wujudnya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 "Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah 1995,Pindaan 2001" yang lengkap dan teratur tetapi tidak digunapakai atas kepentingan golongan tertentu.Berdasarkan penelitian saya banyak maklumat dan panduan di dalam enakmen tersebut antaranya;
-Peranan MAIS dan JAIS
-Etika dan peranan AJK masjid
-Kaedah perlantikan
-Fungsi masjid dulu dan sekarang
-Kepimpinan dan organisasi masjid
-Pengurusan kegiatan dan pengimarahan
-Hubungan pihak luar dan masyarakat setempat.
-Tatacara dan Pengurusan kewangan

Krisis Pengurusan Kewangan

Antara krisis pengurusan kewangan yang wujud ialah;
1. Ada masjid yang mengalami masalah kewangan yang tidak kukuh namun begitu perlunya kepimpinan yang bijak mencari sumber kewangan kerana pihak seperti JAIS,Lembaga Zakat dan lain-lain boleh menberikan bantuan tertentu.
2. Masjid mempunyai wang yang banyak hasil sumbangan tetapi AJK lebih suka menyimpan sahaja dan tidak dimanfaatkan untuk jemaah.AJK berbangga dengan jumlah simpanan yang banyak di bank tetapi masjid terus layu tanpa program untuk masyarakat.
3. Masjid mempunyai kewangan yang kukuh tetapi tidak cekap mengurus tatacara kewangan malah lebih sadis lagi berlaku penyelewengan kewangan.
4. Masjid hanya bergantung pihak tertentu sahaja sumber kewangannya tanpa ada usaha untuk menambahkan dengan cara yang lebih baik dan konsisten.

Memang telah diketahui umum bahawa kebanyakan masjid bergantung dengan sumber kutipan jumaat dan seumpamanya namun jika kita boleh melihat beberapa masjid di Selangor yang mempunyai lot-lot kedai untuk disewa.Inilah yang dikatakan pentadbir yang bijak mengurus masjid dan mencari sumber kewangan.Masjid Bandar Baru Sungai Buloh saya lihat mempunyai Klinik Wakaf untuk rawatan jemaah dengan kadar yang murah malah saya perhatikan Masjid Al-Ghufran Bukit Lanjan mempunyai dewan-dewan dan bilik hotel untuk musafir.

Oleh yang demikian institusi masjid mestilah mencari sumber terbaik untuk membiayai aktiviti masjid dan bukan menunggu sahaja derma dan sumbangan.Menara yang tinggi dimasjid bukankah amat berguna??

Krisis Imam dan Pegawai Masjid

Isu ini juga sering kedengaran antaranya ialah dari segi kuantiti dan kualiti pegawai yang berkhidmat.Jumlah pegawai yang berwibawa tidak seiring dengan jumlah penambahan masjid.Jumlah mereka yang berpendidikan formal di institusi pengajian tinggi agama samada dalam dan luar negara adalah semakin merosot.Seharusnya pemerintah memberikan insentif khas kepada anak-anak yang mahu mendalami bidang ini agar tidak menjadi krisis yang lebih besar dimasa akan datang.
Krisis khatib Jumaat akan lebih jelas kelihatan dimasa sekarang dimana khatib ialah 'membaca khudbah dan bukannya memberi khudbah'.Maka masjid akan mengimport khatid dari luar dan khudbah yang disampaikan tidak memenuhi citarasa tempatan.Khatib yang bijak ialah memberi nasihat berdasarkan isu tempatan.
Krisis Remaja Dipinggirkan

Golongan remaja adalah golongan paling penting pembentukan negara.Kerajaan dan pemimpin sibuk mencanangkan modal insan tetapi dimana anak remaja kita? Berapa ramai remaja ke masjid? Apa usaha AJK dan pegawai masjid mendekati mereka? Aktiviti dimasjid pada masa sekarang adakah mendapat sambutan dari mereka?Cubalah kita sama-sama fikirkan dan buan terus menuding jari remaja itu inilah beginilah dan berbagai-bagai lagi.Bagaimana program Rakan Muda Masjid dulu dan masihkah ada lagi?Bagaimana harus kita bertindak sekarang...

Krisis Penglibatan Jemaah dan anak kariah

Dari sudut penglibatan telah memjadi bualan dari dulu lagi iaitu bilangan jemaah semakin berkurang.AJK dan pegawai terus menuding jari jemaah kurang kesedaran agama dan macam-macam lagi.Jemaah ramai ke masjid kerana program besar seperti Solat Eidul Fitri,Maulidur Rasul dan seumpamanya.Sedangkan semasa solat 5 waktu jumlahya sangat kecil.Dimana salahnya? Adakah kerana AJK dan pegawai hanya membuat program yang besar2 sahaja? Bagaimana dengan kuliah harian? Kuliah Suboh? Bagaimana dengan muslimatnya? Adakalanya dicuba dengan menarik jemaah dengan penceramah yang hebat-hebat namun usaha tersebut hanya berkesan seketika namun selepas itu kembali kosong juga masjid akhirnya... Dimana silapnya? Pendapat saya memang agak sukar kerana ini berkait dengan sistem negara kita yang telah berpuloh tahun begitu caranya.Jadi bagaimana?

Oleh yang demikian krisis kehadiran jemaah ke masjid perlu diselesaikan namun ia bukanlah suatu yang mudah dan mengambil masa yang singkat.Paling penting tindakan kita sebagai umat Islam marilah bersama kita membangunkan sistem pengurusan,pendidikan dan tarbiah yang berterusan di masjid.Janganlah kekangan politik kita jadikan sempadan yang menjadi halangan untuk mentadbir.

Pegawai dan AJK perlulah membuka seluasnya kerjasama anak kariah memberi pandangan dan kritikan demi kemajuan masjid dan Agama Islam dan bersamalah kita muhasabah diri apakah untungnya meneruskan budaya dan kekangan politik kerana bagi umat Islam masjid adalah tunjang kekuatan iman dan perpaduan kita yang sebenarnya.

Thursday, May 8, 2008

Sejarah Nusantara : Wali Songo

Wali Songo ( Sembilan Wali )
Walisongo atau Walisanga dikenali sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. "Wali songo" bererti sembilan orang wali.

Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan Islam. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan ulama yang lain.

Nama-nama Walisongo
Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peranan unik dalam penyebaran Islam. Nama Walisongo adalah;
Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua di antara Walisongo.
Sunan Ampel atau Raden Rahmat pula adalah anak daripada Maulana Malik Ibrahim.
Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim adalah anak daripada Sunan Ampel.
Sunan Drajat atau Raden Qasim adalah anak daripada Sunan Ampel.
Sunan Kalijaga atau Raden Said merupakan sahabat dan murid Sunan Bonang.
Sunan Kudus atau Jaffar Shadiq adalah anak murid Sunan Kalijaga.
Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim dan sepupu Sunan Ampel.
Sunan Muria atau Raden Umar Said adalah anak Sunan Kalijaga.
Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim dahulu meninggal dahulu.
Mereka adalah para intelektual yang menjadi pencetus perubahan masyarakat. Mereka memperkenalkan berbagai bentuk peradaban baru, mulai dari kesihatan, bercocok tanam, niaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.

Pengajian
Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, dan Sunan Kudus adalah kreator karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati handai taulan.

Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai "paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat difahami masyarakat Jawa, yakni nuansa Hindu dan Buddha.
Masjid Agung Demak dan Wali Songo
Masjid Agung Demak adalah salah satu masjid tertua di Indonesia, terletak di pusat pekan Demak, Jawa Tengah, Indonesia. Masjid ini dipercayai dibinakan oleh Wali Songo (sembilan ketua keagamaan) sewaktu pemerintah pertama Kesultanan Demak, Raden Patah sewaktu abad ke-16.
Masjid adalah bukti kemegahan dicapai oleh kemaharajaan Demak Bintoro sebagai kemaharajaan Islam pertama di pulau Jawa.



Ciri-ciri Masjid
Tempat masuk utama Masjid Agung Demak terdiri dari dua pintu diukir dengan motif tumbuhan, pasu, mahkota, dan kepala haiwan dengan mulut berbuka dan gigi besar. Mereka berkata bahawa gambar tersebut menjelaskan jelasan guruh ditangkap oleh Ki Ageng Selo, dan kerana itulah pintu pintu tersebut digelar “Lawang Bledheg” (pintu guruh).

Ukiran dan peninggalan Bersejarah Masjid Agung Demak
Ukiran di Lawang Bledheg juga diterjemahkan menurut kronogram berasaskan pengiraan bulan sebagai “Naga mulat salira wani” yang bermakna Tahun Saka 1388 atau 1466 M sebagai tahun yang mana Masjid Agung Demak muncul.
Masjid Agung Demak telah menpunyai banyak ketinggalan bersejarah dan benda-benda unik, seperti Saka Tatal; Maksurah; Dhampar Kencana/pulpit; Saka Majapahit; dsb. Selain itu dalam persekitaran Masjid Agung Demak ada juga kubur-kubur Raja dan Sultan Demak dan sebuah muzium.

Masalah Rakyat: Damansara Sutera.. ???

Dua Versi Yang Berbeza

Versi 1 (Kerajaan Sekarang):
"(Bukit Lanjan) Elizabeth Wong" <bukitlanjan2008@gmail.com> wrote:
Dear *** dan ******,
Sutera Damansara - Project ini diluluskan dahulunya. Ini bermaksud, EIA berada dengan pihak pemaju dan JAS Selangor. Kalau dalam Masterplan D Damai terdapat kawasan perkuburan Islam sudah tentu tanah yang disimpan untuk tujuan ini tidak boleh diusik atau dijual oleh MK Land ataupun MBPJ.


Pendapat Aku: Tolong Datang Tengok Sendiri keadaan yang sebenar. Tolong semak ada atau tidak jalan baru akan dibina.Penduduk Damansara Damai sekarang dianggarkan 65 ribu dan jalan utama hanya satu.

Versi 2 (Kerajaan Dulu):
Minggu lepas "beliau" berada di tapak Projek Damansara Sutera...
1. Katanya datang bersama melihat projek ialah pegawai dari JAS, ADO Tanah Petaling dan Badan Pencegah Rasuah.
2. Katanya juga projek itu telah menceroboh/terbabas ke Parlimen Segambut
3. Katanya juga telah beberapa kali menghubungi YB Elizaberth

Pendapat Aku : Dulu tak tahu sekarang banyaknya dia tahu!! Apa motif "beliau" ini?

Yang Pasti sekarang banner/bunting Promosi Jualan Damansara Sutera telah mula digantung!!!

Hadith Hari Ini : Dari Kerana Mata

“Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah” (Hadith Riwayat Ath Thabrani).

Menangis bagi manusia adalah perkara biasa. Lebih lebih menangisnya seorang anak kecil yang belum mampu menyuarakan keinginannya dengan kata kata. Namun situasi yang luar biasa ialah menangisnya orang orang beriman kerana takut kepada Allah. Mengapakah terjadi demikian? Salah satu alasannya adalah tidak semua orang mampu menangis kerana takut kepada Allah. Hanya orang orang tertentu saja yang mampu seperti itu.
Tentunya, orang-orang yang telah dipilih Allah sahaja, iaitu orang-orang yang sentiasa bertafakkur mengingat dosa-dosanya seraya meminta keampunanNya. Sedangkan ada golongan manusia yang bukan menjadi bukan pilihan Allah, banyak ditemui orang-orang yang beribadah, namun tidak khusyuk dan tidak ikhlas melakukannya. Selain itu juga yang paling malang didapati orang-orang yang hatinya tidak mahu mengingati Allah bahkan melakukan perbuatan perbuatan durhaka.

Menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, terutama di hari akhirat kelak. Sehingga diberikan keampunan dan pahala yang besar, serta diharamkan matanya disentuh api neraka. Bahkan menurut riwayat Rasulullah SAW sering menangis ketika mengingati Allah. Padahal beliau adalah seorang Rasul, suci dari dosa, dan sudah dijanjikan syurga.

Siapalah kita yang tersangat sukar untuk menangis dihadapan Allah....

Berita Negeri Selangor

Lembaga Zakat Selangor

Oleh: Zamlan Arabi

Lembaga Zakat Selangor akan mengalami satu rombakan besar-besaran dalam masa yang terdekat ini. Pengurus Bahagian Agihan LZS, Zulkefli Abdul Hamid diberitakan kasualti paling utama dalam rombakan kali ini. Beliau yang pernah ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah baru-baru ini di diberitakan meletakkan jawatan secara terhormat dalam rombakan ini.Sehubungan ini, Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir yang juga telah dipanggil memberi keterangan dalam siasatan BPR masih dikekalkan sebagai Pengurus Besar LZS buat masa sekarang.

Rombakan ini melibatkan bahagian pengurusan pertengahan, bawahan dan pengurusan tertinggi Lembaga Zakat Selangor. Ia melibatkan hampir 30 orang kakitangan LZS. Menurut sumber terdekat, rombakan kali ini melibatkan pertukaran kakitangan LZS ke wilayah-wilayah lain di Negeri Selangor.Beberapa kakitangan LZS yang dihubungi mengesahkan akan rombakan ini. Sebahagiannya berpendapat rombakan ini adalah langkkah pro-aktif yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memulihkan semula imej LZS yang agak menurun sejak kebelakangan ini.

Lembaga Zakat diberitakan adalah antara penyumbang sejumlah wang yang besar kepada Balkis yang kontroversi sekarang in.

Wednesday, May 7, 2008

Perjuangan Suci

Marilah kita merenung kepada tawaran Allah SWt dalam Surah Ash-Shaaf dibawah, mudah-mudahan memberi suatu suntikan baru untuk kita sama-sama bekerjasama 'Hijrah' Al-Muhtadin:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf: 10-13 )
Ya Allah berilah taufik dan hidayah Mu kepada mereka yang masih enggan bersama kami dalam perjuangan suci ini.

Berita Baik Untuk Semua


Masih Ada SINAR di Al-Muhtadin


Alhamdulillah....
Dalam laporan SINAR hari ini Datok Dr.Hassan Ali sudah mula mengeluarkan kenyataan tentang pengurusan masjid di Selangor.Terima kasih juga kerana mungkin beliau telah meneliti memorandum JAKA dan diharapkan agar semuanya berjalan lancar.
JAKA akan memastikan anak kariah memberikan kerjasama dalam proses EGM dan seterusnya mengembalikan institusi masjid ke arah pembangunan ummah.Kepada AJK dan pegawai yang masih ada marilah kita bekerjasama dan sekiranya anda rasa tidak boleh bersama-sama dengan JAKA untuk mengurus masjid dengan baik segeralah angkat kaki.Kepada semua anak kariah marilah bersama-sama kita mengimarahkan kembali Al-Muhtadin.
Takbir!!!

Tuesday, May 6, 2008

Hadith Hari Ini : Percepatkan Urusannya...

“Hai Ali, ada tiga perkara yang jangan kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu sholat apabila sudah tiba waktunya, jenazah bila sudah siap urusan segera penguburannya, dan wanita bila sudah ada laki-laki sepadan yang meminangnya” (Hadith Riwayat Imam Ahmad).
Demikianlah pesan ringkas Rasulullah SAW kepada Saidina Ali. Tentunya, pesan itu kini berlaku untuk kita semua kerana kita selalu berhadapan dengan ketiga perkara tersebut. Menundanya boleh menimbulkan berbagai kesan yang tidak baik. Contohnya menunda sholat dengan alasan yang tidak diperbolehkan, akan menjadikan pelakunya sebagai orang-orang yang meringan-ringankan sholat.Padahal sholat adalah ibadah pokok yang pertama sekali diperiksa di Hari Akhirat kelak. Sholat juga merupakan tiangnya bagi bangunan ibadah-ibadah lain. Agar bangunan kuat tentunya memerlukan sokongan tiang-tiang yang kuat.
Selanjutnya, menunda penguburan mayat, menurut para ulama, akan menimbulkan kesengsaraan bagi si mayat. Sebab itu, apa yang paling diperlukan oleh setiap jasad yang sudah ditinggalkan nyawa adalah segerakan pengkebumiannya. Namun umumnya dalam masyarakat kita lebih mementingkan bermacam-macam hal yang remeh tanpa memikirkan nasib mayat.
Demikian juga dengan menunda pelaksanaan perkahwinan wanita, berkemungkinan menimbulkan bermacam fitnah dalam masyarakat. Apalagi bagi mereka yang tidak mampu menjaga diri. Kerana itu pernikahan adalah wajib bagi yang sudah cukup umur . Khusus bagi seorang wanita , pernikahan akan menghindarkan perkara-perkara maksiat yang lazim berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Masalah Rakyat: Persimpangan Kalut!

















Persimpangan Jalan Merbahaya
Jika anda masuk ke Damansara Damai pasti melalui simpang ini iaitu dihadapan lot perniagaan Vista.Situasi dipersimpangan ini ialah;
-Jalan utama Damansara Damai yang sentiasa sibuk
-Terdapat simpang masuk ke Apt.Lestari jaraknya 15meter sahaja.
-Simpang ini boleh U-turn
-Simpang ini juga jalan keluar bagi Apt.Lestari
-Simpang ini jalan masuk utama Lot perniagaan Vista

Kesesakan /kesibukan akan berlaku sepanjang masa dan kesesakan teruk akan berlaku pada waktu pagi kerana penduduk keluar bekerja dan semasa petang membawa ke malam.Setiap hari berlaku kemalangan kecil.Adakah perlu untuk menunggu kemalangan yang dasyat? Harap ada kajian dan tindakan dari PBT.

Sunday, May 4, 2008

Terjah : Batu oh Batu















Kuari tinggal a.k.a Batu timbun..
-Apa kisah kuari tinggal ni?
-Dulu katanya nak pindahkan kerana nak buat bangunan tambahan sekolah?
-Signboard PBT ni sekadar hiasan ke?
-Agak2nya ada aktiviti lain ke?
-Tinjau2 la...