Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Thursday, July 31, 2008

Diari Program Masjid

Bulan Syaaban 1429/Ogos 2008

Versi telah diedit pada 05/08/2008
Ramadhan semakin hampir,disaat pihak JK Kariah baru dibentuk cabaran memerlukan kegigihan untuk mengurus Al-Muhtadin.Berikut antara program yang sedang dirancang dan akan dijalankan dengan segera.Kepada anak kariah marilah bersama membantu dan melicinkan perjalanan program berkenaan.
Ini adalah program yang telah dipastikan akan berlangsung;

1. 3 Ogos 2008 >> Kuliah Muslimah "Selamat Datang Ramadhan"
2. 4 Ogos 2008 >> Mesyuarat AJK/Pegawai masjid kali ke-2
3. 11 Ogos 2008 >> Mesyuarat AJK/Pegawai masjid kali ke-3
4. 16 Ogos 2008 >> Klinik Solat - Khas Untuk Muslimat
5. 17 Ogos 2008 >> Kem Bina Insan Negeri Selangor ( UPSR&PSRA )
6. 21 Ogos 2008 >> Ceramah Khas Ramadhan bersama Datuk Hassan Din Al-Hafiz
7. 23 Ogos 2008 >> Gotong Royong Perdana Masjid Al-Muhtadin
8. 24 Ogos 2008 >> Seminar "Riba Dalam Muamalat Moden" kerjasama GAGASAN
9. 24 Ogos 2008 >> Program Aqiqah & Kesyukuran Penduduk Apt. Idaman
10. 29 Ogos 2008 >> Qiamullail pelajar & Ibubapa PSRA,UPSR,PMR dan SPM 2008
11. Tarikh belum pasti >> Bancian Fakir Miskin,Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim tanpa mengira agama dan kaum.

Maklumat lanjut akan diberikan setelah segala perancangan diuruskan dengan teratur.

Sinar Jumaat

Carilah Ketenangan di Masjid dan Surau
Ustaz Zainudin Hashim

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna. Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkan rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." Ayat itu jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?
Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

KAFA Al-Muhtadin : Motivasi PSRA

Foto Program Motivasi

Tiada ulasan panjang lebar untuk program ini.Sekadar beberapa foto menunjukkan suasana Program Motivasi PSRA KAFA Integrasi Al-Muhtadin yang disampaikan oleh pakar motivasi Dr.Hj Hussain Salleh dan Ustaz Maskor Jemeni.Majlis Penutupan oleh Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin Al-Fathil Ustaz Mohd Karim bin Ibrahim.

Suasana sedih penuh linangan air mata pelajar bersama ibubapa diakhir program yang penuh keinsafan.Semoga mereka menjadi anak-anak yang berguna dan inilah bakal pimpinan negara.Paling saya sebak ialah melihat anak2 tercari2 dimana ibubapa mereka....kesian kpd anak2 yg ibubapanya sentiasa sibuk dan tiada masa terluang untuk hadir...lebih sedih lagi ibubapa hadir tapi duduk bersembang sahaja diparking kereta...borak tak habis2!!

Impian Penduduk Idaman

Dewan Komuniti Terbuka

Penduduk Apt.Idaman tak perlukan jalan di Belakang Blok H dan J yang kami perlukan ialah Dewan Komuniti yang boleh digunakan pelbagai guna.Lihatlah foto kawasan lapang ini yang memang biasa kami gunakan untuk pelbagai majlis.Di padang ini 24 Ogos 2008 akan berlangsung Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Bulan Ramadhan anjuran blok H dengan kerjasama Surau Khalifah Umar Abdul Aziz.Jemputlah hadir beramai-ramai lepas solat zuhor...Ada tazkirah oleh Ustaz jemputan

Lihatlah foto dewan terbuka dan pusat komuniti di Sabak Bernam ini...kalaulah pihak berkenaan dapat wujudkan disini alangkah baiknya.Penduduk akan terus berusaha untuk mendapatkannya dengan bantuan pelbagai pihak.Semoga harapan ini tercapai insyaaallah...

Saturday, July 26, 2008

Semalam Yang Padat

Program Khidmat Masyarakat

versi telah di edit;
Semalam seperti hari yang sebelumnya juga.Beberapa lawatan dilakukan sekitar Damansara Damai.Saya bersama-sama Abang Saad ( Imam Surau Khalifah Umar Abdul Aziz ) mengiringi pembantu khas YB Elizabeth dan Mr.Chan Ahli Majlis MBPJ melawat ;
1. Adik Amru yang cacat di Blok P Apt.Idaman
2. Melawat Sungai Hampar yang semakin cetek dan sebu!!
3. Melawat zon pemampan belakang blok H Apt.Idaman
4. Melawat tapak cadangan sekolah agama

Inilah keadaan Sg Hampar yg semakin sebu dan cetek!! Bila pihak yang berkaitan nak bertindak??

Hasil perbincangan insyaallah memberi khabar yang gembira untuk anak kariah namun kita tunggu bila dah pasti segala yang dipinta berhasil baru diwar-warkan.Selepas itu terus ke Masjid Al-Muhtadin untuk melihat persediaan Motivasi pelajar PSRA di KAFA Al Muhtadin.... segala berjalan lancar insyaallah.Petang ini dah bermula dan malam nanti penutupan majlis disempurnakan oleh Ustaz Mohd Karim bin Ibrahim ( Timbalan Nazir ).

Belek2 SINAR hari ni....ada lagi kes longkang besar/sungai bersebelahan Saujana Damansara!!!! Apa ni??? Apa kerja yg mereka buat?? Sinar dah 2 kali keluar...YB Elizabeth pun dah datang tapi apa yang Talam Corp. dan JPS buat??? Tendang Bola ke??

Friday, July 25, 2008

Petikan dr Harakahdaily

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam
Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat


Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.
Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.
Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:
1.�Unsur Gharar
Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.
Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).
2.�Riba
Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.
Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih. Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.
3.�Judi
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.
Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.Beberapa jawapan kepada kekeliruan mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:
a. Sumbangan atas alasan hibah
Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah. Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."
Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan. Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.
Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."
b. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal.
Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram. Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."
Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.
c. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.
Penutup dan kesimpulan
Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram. Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.Justeru itu, umat Islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.-

Thursday, July 24, 2008

Pesan : Jangan Mengumpat!!

Jauhkan Dirimu Dari Ghibah

“Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya” (Al-Quran Surah Al-Hujurat:12).

Berbincang dan berbual-bual dengan kawan2 sambil makan daging tentunya amat menyenangkan terutama bagi orang sihat dan tidak berpenyakit. Namun alangkah menjijikkan bila makan daging manusia, lebih-lebih lagi yang sudah meninggal dunia.
Namun itulah yang biasa dilakukan sebahagian dari masyarakat kita ketika berbincang dengan kawan-kawannya. Sebagaimana dikatakan dalam ayat di atas, melakukan ghibah atau mengumpat orang lain sama dengan memakan daging sesama manusia.

Bahkan Rasulullah SAW pernah menjelaskan lagi persoalan ini ketika menjawab pertanyaan tentang itu. Rasulullah mengatakan, “Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Ditanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada pada orang yang diceritakan itu?” Rasulullah menjawab, “Kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah menfitnahnya (mengada-adakan cerita)” (Hadith Riwayat Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Imam Ahmad).
Perincian Rasulullah SAW itu mengajak kita untuk sangat berhati-hati, agar kita tidak terjebak dalam memakan daging manusia ketika berkata-kata bahkan lebih dahsyat lagi umpama kita memakan daging saudara kita sendiri. Apatah lagi ghibah telah terbukti menghancurkan silaturrahim, kasih sayang, atau ukhuwah. Lebih-lebih lagi, pernah diingatkan Rasulullah SAW bahawa kebanyakan manusia masuk neraka kerana lisannya yakni percakapannya.

Jejak Sahabat

Mencari Sahabat Lama


Saya cuba mencari sahabat2 lama ketika bersama-sama mengimarahkan Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.Ramai telah berpindah dan telah terputus hubungan bila handphone hilang suatu masa dulu.Ramai yang semakin sukses dan selesa sekarang di tempat baru.Semoga mereka terus dipermudahkan segala urusan dan dapat kita berjumpa suatu hari nanti.


Ustaz Dr.Hussain Othman
( Nazir Pertama Masjid Al-Muhtadin )
Sekarang bertugas di;
Dr. Hussain bin. Hj. Othman
PENGETUA
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat ,Johor
No. Tel : 07-453 7186
No. Fax : 07-453 7219Emel :
hussain@uthm.edu.my
http://web.uthm.edu.my/pd/tsi/


Ustaz Mohd Shahril bin Abdul Mutalib
Mantan Imam 1 Masjid Al-Mukarramah Sri Damansara
C/taker Pengurusan Sementara Masjid Damansara Damai
Sekarang bertugas di;

Ust. Mohd. Shahrir b. Hj. Abd. Muttalib
Pusat Islam,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim
019-7763913


En. Azahari bin Sairin
Mantan Pengerusi Surau Khalifah Umar Abdul Aziz
Ahli Jawatankuasa Sementara Masjid Damansara Damai
sekarang bertugas di;

En Azahari Bin Sairin
Setiausaha
Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor
http://www.mdks.gov.my/v2
azahari@mdks.gov.my
Tel :03-32891439 ext. 103

Sahabat yang lain akan di update dilain masa...belum jumpa pun ramai!!
En Husin Bavutty @Haniffa
Mantan Timbalan Nazir .... kadang2 terserempak di Sg Buloh tapi tak sempat sembang

En. Al Razi Kamarudin
Mantan Setiausaha masih belum berjumpa

Ustaz Helmi Ahmad
Mantan Bendahari khabarnya tinggal di Sri Damansara kerana tinggal di Apt.Impian dah beberapa kali rumahnya kena rompak.Masih bertugas di Lembaga Zakat Selangor.

Ustaz Mohd Karim bin Ibrahim
Masih tinggal di Apt.Permai Damansara Damai dan sekarang kembali bersama kita mengambil tanggungjawab sebagai Timbalan Nazir.

En Zainal Abidin Hashim
Masih tinggal di Apt.Saujana Damansara Damai dan masih hadir ke Masjid Al-Muhtadin jemaah bersama.

En Abd Latiff Daud
Selepas PRU 12 yg lalu khabarnya bertugas di Kementerian Perdagangan kerana sebelumnya menjadi jentera pilihanraya Datuk Shahril Samad.

Tn.Hj Rahim
Telah berpindah dan saya sering berjumpa di pasar malam sekitar sg buloh

En Aziz Idrus
Masih tinggal di Apt.Indah dan terus bersama kita dalam menggerakkan KAFA Integrasi Al-Muhtadin

Ustaz Zulkhairi Bidin
Kini tinggal di Apt.Lestari dan masih bersama mengimarahkan masjid.Beliau banyak bersama dengan jemaah dan menjadi Imam di Surau Apt.Lestari dan sekarang telah bertugas sebagai guru J-Qaf KPM di salah sebuah sekolah di KL.

Ustaz Zakri
Sekarang bertugas sebagai Bilal 2 Masjid Amaniah Kepong ( Depan balai Polis Kepong)

wassalam...

Wednesday, July 23, 2008

Update : Foto Mesyuarat Agong Al-Muhtadin

Ada ke wajah tuan/puan??
Cubalah belek2 kalau ada!!
Sungguh Cantik Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.Pemandangan dilihat dari atas bukit dihadapan masjid.


Anak kariah yang hadir mendaftar kehadiran mesyuarat.Tulis nama betul2 ya!!!

Agar majlis mendapat keberkatan,mula mulakan dengan Al-Fatihah dan bacaan doa.Al-fathil Ustaz Mustaffa Kamal bin Abu Bakar mengetuai bacaan doa.

Ucapan aluan dari Tuan Nazir Masjid Al-Muhtadin Al-Fathil Ustaz Dr.Zahazan bin Mohammad semoga bersama-sama kita mengimarahkan masjid ini.Ilmu dan bimbingan dari Tuan Nazir amat diharapkan oleh anak2 kariah.

Perasmian mesyuarat agong oleh Yang Berhormat Dr.Shafie bin Abu Bakar, Pembantu Khas Exco Agama Kerajaan negeri Selangor.Terima kasih atas keprihatinan YB.
Majlis penerangan situasi Pengurusan Masjid dari 2004 hingga 2008 disampaikan secara terperinci oleh Tn.Hj Ashraf Iqbal.Alhamdulillah semua anak kariah menerima penjelasan dengan penuh kesedaran dan menerima keadaan Al-Muhtadin sekarang.Semoga banyak perubahan positif selepas ini. Satu majlis yang berlangsung dengan aman dan teratur dimana anak kariah bermesyuarat dengan kusyuk dalam membincangkan sesuatu perkara.


Kehadiran anak kariah dianggarkan antara 150-200 orang.Adalah diharapkan ini sebagai permulaan dan pada masa akan datang ia bertambah lagi.

Inilah saf kepimpinan Masjid Al-Muhtadin yang baru bagi penggal 2008.Semoga dapat memikul amanah yang diberikan dan seterusnya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Foto 4 dari kanan ialah Al-Fathil Ustaz Dr.Zahazan Mohammad sebagai Nazir dan foto 3 dari kanan ialah Al-Fathil Ustaz Abdul Karim Ibrahim sebagai Timbalan Nazir yang baru.

Update kemudian : saya akan cuba dapatkan biodata semua saf kepimpinan.

Sinar Baru Al-Muhtadin

Sekitar Mesyuarat Agung Kali Pertama 2008

Serba sedikit saya laporkan bentang mesyuarat agung yang telah dijalankan.Setelah hampir 5 tahun anak kariah menunggu perubahan akhirnya Masjid Al-Muhtadin kembali ditadbir oleh AJK yang mendapat mandat sepenuhnya dari anak kariah tanpa ada gangguan atau percaturan politik.Sekiranya ada yang terlibat itu adalah secara kebetulan kerana mereka yang terpilih telah melalui proses pemilihan di peringkat surau2.
Pada majlis yang amat bersejarah itu 20 Julai 2008, rata-rata anak kariah menunjuk rasa gembira dan cukup brpuashati akan sinar baru insyaallah di masjid ini.Mesyuarat Agong Kali Pertama yang telah dirasmikan Oleh Yang Berhormat Dr.Shafie Abu Bakar merangkap Pembantu Khas kepada Exco Agama Negeri Selangor.
Beliau memaklumkan bahawa inilah masjid yang pertama melakukan mesyuarat agung selepas dari perubahan kerajaan negeri.Beliau juga berharap dengn adanya Al-Fathil Ustaz Dr.Zahazan bin Mohammad dapat membantu untuk menjadi Masjid Al-Muhtadin sebuah masjid yang gemilang dengan program2 ilmu yang bermanfaat.
Ternyata majlis ini telah merungkai semua kekusutan anak kariah berkaitan soal agama dan juga hubungan masyarakat dan diharapkan menjadi pengajaran kepada UMNO bahawa campurtangan mereka telah menyebabkan banyak masaalah berlaku sebelum ini sehinggakan keadaan masjid tidak terurus, laporan kewangan selama 4 tahun tiada dalam simpanan AJK Masjid dan bertambah parah lagi bil TNB yang tertunggak mencecah RM 12K. Diharapkan Semua masjid di Malaysia kan kembali di tadbir oleh orang yang kasih pada masjid.
Wassalam

Tuesday, July 22, 2008

Sutera Damansara lagi.. Dialog Projek JPH

Pemaju setuju tidak teruskan pembinaan jalan

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1766713.asp
DAMANSARA DAMAI - Kebimbangan penduduk Blok J dan H Apartment Idaman di sini, bakal berakhir apabila pemaju bersetuju untuk tidak meneruskan projek jalan raya tersebut. Dalam sesi dialog dan penerangan mengenai projek pembinaan kuarters dan bangunan milik Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu, baru-baru ini, pihak pemaju, Puncak Wangi Sdn Bhd akan memikirkan alternatif laluan lain tanpa mengganggu kawasan penampan. Pengurus kanan projek, Yunus Badawi berkata, pihaknya tidak akan meneruskan pembinaan jalan itu berikutan bantahan daripada penduduk. “Kita akan cuba memikirkan kaedah laluan lain yang dirasakan sesuai dan tidak akan membabitkan kawasan berhampiran penduduk, Sebelum ini, Jawatankuasa Bertindak Apartment Idaman Damansara membantah pembinaan jalan kerana akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan.
Apakah ini boleh dipercayai selepas beberapa siri bantahan dan rundingan dicabuli??
Kami akan terus memantau dan menentang kerja2 jahat mereka!!
Ini adalah sebahagian dari perbincangan dialog tersebut;
MINIT MAJLIS PEMAJU PROJEK JPH BERSAMA PENDUDUK

TARIKH : 19 Julai 2008
HARI : Sabtu
MASA : 4.00 Petang
TEMPAT : Dewan Blok L Apartmen Idaman,Damansara Damai

KEHADIRAN :
Anggaran 100 orang tanpa kehadiran wakil atau yang berkenaan dari ADUN Bukit Lanjan, Ahli Majlis MBPJ, Perancang Bandar MBPJ dan pihak UPEN Selangor.

PENGERUSI MAJLIS : En. Wan Ammarul
1. Kata Aluan Pengerusi Majlis

1.1 Wan Ammarul mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang hadir.
1.2 Menjemput Pengerusi Surau Khalifah Umar Abdul Aziz Apt. Idaman En.Mohd Saad bin Abd Razak membaca doa agar majlis diberkati.
1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa adanya cadangan pembinaan pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
1.4 Wan Ammarul menjemput En.Yunus bin Badawi dari Puncak Wangi Sendirian Berhad menyampaikan ucapan dan menerangkan keseluruhan projek Jabatan Perkhidmatan Haiwan
2. Ucapan En.Yunus bin Badawi dari Puncak Wangi Sdn Bhd

2.1 En.Yunus menjelaskan bahawa projek JPH ini berkonsepkan penswastaan dengan perjanjian bersama kerajaan negeri.Tujuan ialah menggantikan bangunan JPH Daerah Petaling di belakang Hotel Hilton yang semakin daif.
2.2 Keluasan projek dianggarkan 4 ekar mengandungi 14 unit rumah kakitangan JPH,2 tingkat pejabat JPH,klinik haiwan kesayangan, kandang/reban,sebuah surau, padang sepak takraw dan yang berkaitan.
2.3 Masalah yang dihadapi ialah tiadanya jalan untuk masuk ke tapak projek tersebut dan berharap agar tiada bantahan dari penduduk untuk membina jalan melalui zon penampan di belakang blok J dan Blok H Apartmen Idaman.
2.4 Memerlukan lebar kawasan di zon penampan 40 kaki meliputi jalan selebar 24 kaki dan kaki lima jalan serta pagar penghadang.
2.5 Jalan yang di bina hanya untuk kegunaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan pelawat yang berkunjung ke pejabat itu sahaja.
3 .Ucapan Pn Hajjah Sofina Hashim ( Pengurus Besar PWSB )

3.1 Pn.Sofina mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
3.2 Beliau menjelaskan bahawa projek JPH ini telah diluluskan pada tahun 2005 dan telah tertangguh hampir 3 tahun.
3.3 Beliau menjelaskan bahawa pejabat JPH sedia ada sangat uzur dan daif.Oleh itu perlu segerakan pembinaan untuk memindahkan JPH ketempat yang baru.
3.4 Hasil maklumat yang Pn Sofina terima beliau memberitahu pihak penduduk memerlukan sebuah surau untuk kegunaan ibadat harian.
3.5 Pihak Puncak Wangi Sendirian Berhad bersedia memberi sumbangan ikhlas RM 300,000.00 untuk membina sebuah surau dan mengharapkan kerjasama penduduk berbincang.
3.6 Beliau menjelaskan agar penduduk sudi menerima sumbangan tersebut kerana ini bukan kali pertama pihak PWSB memberi sumbangan seperti ini.Jika penduduk berminat dengan tawaran ini diharapkan dapat berunding bersama persatuan penduduk.
3.7 Pn.Hajjah Sofina Hashim juga menjelaskan oleh kerana adanya bantahan dan bukan 100% menyokong maka pihak Puncak Wangi Sendirian Berhad dengan ini membatalkan pembinaan jalan ke JPH tersebut.
4. Pandangan Penduduk

4.1 Wan Ammarul merasa syukur dan terkejut kerana pihak PWSB bersedia menyumbangkan dana RM300,000.00 untuk membina surau.
4.2 En Rashid bin Ahmad membantah kenyataan Pn.Sofina berkaitan keperluan surau di Apartmen Idaman.Beliau menyatakan bahawa;
- Ini adalah agenda Wan Ammarul sahaja
- Surau sedia ada pun masih elok dan tidak penuh.
- Orang berkenaan pun tidak pernah ke surau.
- AJK surau tidak pernah berhajat membina surau baru.
- Penduduk membantah sepenuhnya sebarang usaha
untuk melobi membina jalan di zon penampan.
4.3 Penduduk bangun beramai-ramai dan terdapat sedikit ketegangan membantah kenyataan dan pendapat PWSB;
- Tiada keperluan membina surau
- Sumbangan RM300,000.00 boleh diterima tetapi tiada
syarat membina jalan di zon penampan.
- Tiada kompromi dan perbincangan selepas ini.
4.4 Majlis ditangguhkan dengan tergesa-gesa kerana bantahan penduduk dan seterusnya meja utama dikerumuni oleh penduduk meminta penjelasan dan memberi kata dua bahawa tiada lagi rundingan selepas ini.
Majlis bermula pada 4.00 petang.
Majlis ditangguhkan pada 4.40 petang.

Ulasan ;

1. Majlis diadakan melalui usaha rundingan oleh PWSB dan persatuan penduduk yang cenderung menyokong projek ini.
2. Pada 9 Julai 2008 telah diadakan rundingan antara PWSB dan beberapa wakil penduduk yang berkenaan dan majoriti yang hadir membantah.Namun En.Wan Ali dari PWSB tetap ingin berjumpa penduduk seperti tarikh di atas.
3. Kemusykilan majlis ini ialah tiada penglibatan dan kehadiran ADUN Bukit Lanjan, Ahli Parlimen Subang, Perancang Bandar MBPJ, Ahli Majlis MBPJ, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan yang berkenaan. Penduduk berpendapat bahawa projek ini mendapat bantahan keras dari banyak pihak.
4. Penduduk Blok H dan Blok J tetap dengan keputusan bahawa tiada pembangunan dibenarkan di Zon Penampan Apartmen Idaman.
5. AWAS dengan usaha menggunakan sogokan wang!!!

Monday, July 21, 2008

Sutera Damansara lagi.. Jabatan Haiwan!!

Protes Diteruskan Lagi...

Penduduk Apt.Idaman meneruskan siri protes pembinaan JPH di Damansara Damai.Penduduk yg benar2 "berangin" ialah Blok H dan J yg mana jalan masuk ke JPH ialah dibelakang rumah mereka.Walaupun macam2 dah diluahkan maka mereka masih berhajat juga!!!

Kami akan LAWAN sampai ada keputusan yg muktamad.Walaupun jika ada kata n janji dibatalkan kita tidak akan percaya dengan mudah kerana "naga2 cap keris" terus kelaparan kuasa dan pitih!! Mesej dlm SINAR itu jelas dan sedialah berhadapan dengan kami untuk berdialog.

Thursday, July 17, 2008

Mesyuarat Agung Kali Pertama

Mesyuarat Agung Masjid Al-Muhtadin
Alhamdulillah....
Setelah dirasmikan 5 tahun yang lalu Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai akhirnya akan mengadakan mesyuarat agung kali pertama.Sebelum ini AJK masjid adalah 100% lantikan politik UMNO terdiri dari ketua2 cawangan dan AJK UMNO cawangan.Kalau dulu senarai sampai ke Datok Mokhtar Dahalan kalau bukan UMNO dah tentu kena tendang la!!!
Semoga selepas ini Masjid Al-Muhtadin akan imarah dan dipimpin oleh "orang2" yang ahlinya.
Berikut adalah maklumat berkaitan mesyuarat agung tersebut;
Tarikh : 20 Julai 2008
Hari : Ahad
Masa : Lepas solat Asar
Perasmian : Dr.Shafie Abu Bakar ( Pegawai Khas kpd Exco Agama )

Secara peribadi saya berpendapat sepatutnya diadakan mesyuarat masjid pada waktu malam kerana jemaah/anak kariah ramai yang hadir..
Semoga berjalan lancar dan tiada sebarang gangguan.
Wallahualam..

Sutera Damansara lagi.. Agen Puncak Wangi Melobi Penduduk!!

Memang betul2 tak reti bahasa!!!

Selepas program minggu lepas yang dibatalkan saya harap perkara dah selesai.
Semalam saya terkejut sekali lagi satu call diterima dari pejabat ADUN memaklumkan ada program pada;

Tarikh : 19 Julai 2008
Hari : Sabtu
Masa : 4 petang
Memang tak reti bahasa manusia ni!!! Nampak gayanya mereka nak melobi terus dengan penduduk walaupun wakil2 dah membantah. Hari ni saya akan gerakkan seluruh pimpinan setempat untuk memaklumkan terutamanya blok J dan H untuk hadir dan sama2 kita hentam mereka sampai terterap!!

Kami tidak dimaklumkan tentang program ini tapi TQ pejabat ADUN call.Info yang kami dapat antara yang dijemput hadir ialah YB Elizabeth, wakil ahli majlis MBPJ, Bahagian perancang MBPJ dll......
Jumpa Esok!!!

Tuesday, July 8, 2008

Sutera Damansara lagi.. Agen Puncak Wangi Melobi!!

Perjumpaan Bersama Agen Puncak Wangi

8 Julai 2008 semalam...
Sedang menikmati makan tengahari di Sungai Buloh saya terima sms "Assalamualaikum.. Perjumpaan suaikenal dan makan malam antara developer dan ketua2 blok H,J dan G serta ketua penduduk malam ini jam 9mlm bertempat di Damansara Damai.Berkumpul depan McDonald 9mlm, saya dan bos saya akan sampai selepas maghrib.Harap Maklum". Huuhh...hilang selera makan aku!!! Penduduk dah bantah masih nak bincang lagi.Saya rasa malas nak join pasal ada program lain.

9malam sejurus solat Isyak telefon asyik melalak tak putus2...Memang nak sangat jumpa la agen2 ni!!! OK la..saya join juga akhirnya di Restoran Mizi Tomyam Saujana Damansara. Antara yang hadir ialah wakil Puncak Wangi 2 orang,Blok H,J,G dan K 6 orang, sekor naga tak tau malu mengaku ketua UMNO yg dah lingkup pun ada dan saya bersama seorang rakan lain.

Bermula dari pembukaan oleh wakil Pak Ku dan Man dari Blok H bantah dan hentam!!
Selepas itu Rashid dari Blok K kasi bancuh lagi!!
Sambung oleh wakil JMB Idaman pun tarukk lagi!!
Baton disambut oleh Zainan Blok G kurang hentam tapi serahkan pada penduduk berhampiran!!
Disambut oleh naga UMNO katanya "jangan tolak pembangunan n mungkin pemaju boleh bagi sesuatu untuk penduduk antaranya surau muat 100 orang dll"

Dan ini ulasan aku sebagai pecutan akhir!!

- Kita tidak tolak pembangunan tetapi perlu kena dengan tempatnya.Apa perlunya Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Damansara Damai?
- Sejak bila "naga" sibuk dengan surau sedangkan surau yg ada boleh muat 150 orang lagi besar!! Dia pun tak pernah pergi surau!!
- Projek JPH hanya wayang utk buka jalan ke Sutera Damansara
- Projek belum lulus lagi senang batalkan terus kerana penduduk semua bantah.
- Kesesakan jalan Damansara Damai perlu diambil perhatian.
- Lantaklah nak buat apa yang penting sila buat jalan keluar masuk ditempat lain dan tidak mengganggu trafik Damnsara Damai bla..bla..bla.. banyak lagi!!!

Yang hadir semua membantah kerana tak RELEVAN.Hanya seorang sahaja yang setuju iaitu "naga UMNO" sebab hahahah....Inilah proksi Datuk Mo***** dan SiHalima**** tuu!!! Akhirnya Puncak Wangi pun bagi sepucuk surat jemput program bersama penduduk n nak buat undian..

Memang betul2 tak reti bahasa!!!
Saya pun membantah kerana tarikh tu ramai yang terlibat program di Royale Bintang kerana telah diatur oleh pihak ADUN dan MBPJ.Mereka minta tarikh dan saya malas nak layan tetapi saya rasa mereka akan buat juga tapi tak tahu bila!!!

AWAS!!! Pihak ADUN tolong bantu kami SEGERA sebelum kami bertindak sendiri. Jangan bagi peluang n kaji semula projek ini.Ini memang projek orang2 UMNO.Kalau kita dah menang PRU12 tapi segala projek masih bagi kat mereka....
Luu Fikir la sendiri!!!




Sutera Damansara lagi.. Notis 21 hari!!

Notis Kepada Tuan Tanah Bersebelahan

Seperti biasa rutin saya pada malam hari ialah bersama-sama penduduk mengadakan rondaan dan kawalan sukarela di sekitar Apt.Idaman Damansara Damai.Sambil menikmati kopi panas jam 1 pagi di pondok Bit Polis saya bersembang dengan bekas Pengerusi Persatuan Penduduk sessi yang lepas.
Beliau memaklumkan bahawa ada surat dari MBPJ berkaitan projek Jabatan Perkhidmatan Haiwan PJ.Saya terkejut dan meminta beliau mengambilnya.Beliau memaklumkan bahawa surat tersebut baru terima pada 3 Julai 2008 yang lalu.
Apabila saya semak surat ini bertarikh 20 Jun 2008 dan cop pejabat pos ialah 1 Julai 2008 ini bermakna selepas 12 hari baru surat ini diposkan.Notis ini perlu dijawab dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat.Kalau ikut tarikh ini bermakna penduduk perlu menghantar bantahan selewat-lewatnya pada 10 Julai 2008 bersamaan hari Khamis.

Sekadar cuba melihat kembali apa sebenarnya drama ini.Saya akan jelaskan sedikit apa yang saya anggap sebagai proses "bangau oh bangau".

1. Program dialog penduduk Damansara Damai bersama YB Elizabeth Wong ialah pada 14 Jun 2008.
2. Berlaku penyerahan surat bantahan beserta tandatangan penduduk ( rujuk foto di bawah ) sebanyak 7 pucuk surat kpd yang berkenaan.Surat Bertarikh 13 Jun 2008 sepatutnya telah diedarkan dan telah diterima oleh pihak MBPJ kerana surat di atas bertarikh 20 Jun 2008.
3. Persoalannya adakah surat tersebut diedarkan atau pun di bakulsampahkan oleh YB? Adalah En. Ashidi dari Bahagian Perancang Bandar MBPJ tidak melapurkan maklumat dialog? Bukankah yang memaklumkan bahawa pembatalan jalan tersebut dari mulut beliau sendiri?
4. Bukan untuk mengada-adakan cerita... pada 21 Jun 2008 beberapa orang penduduk berjumpa dengan salah seorang di SUK dan bertanya berkenaan surat tersebut dan jawapannya ialah surat tersebut belum diterima lagi.Sedangkan majlis telah berlangsung seminggu yang lalu.
5. Bertindak dari surat MBPJ di atas maka beberapa orang penduduk telah menghantar sendiri surat bantahan terus kepada Datuk Bandar MBPJ dan Perancang Bandar pada 8 Julai 2008 semalam dan tak perlulah saya katakan lebih dari itu.
Harapan saya kepada yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negeri buatlah tugas anda dengan telus terutamanya yg berada di MBPJ.Anda sekarang bertugas dengan kerajaan rakyat bukannya kerajaan UMNO. Kalaulah PRU12 BN menang di Selangor saya gerenti Zon Penampan ini telah "di langgar" oleh naga2 kepala tujuh ini....

Monday, July 7, 2008

Carburator Dungu!!!

Apakah tiada artis lain yang layak ??

Sedih sungguh bila melihat budaya yang dibawa oleh PKR di Stadium Kelana Jaya. Adakah PKR lupa pada hari tersebut kehadiran adalah dari pelbagai kaum? Pemuda dan Muslimat PAS beserta dengan kehadiran kanak-kanak yang dibawa bersama disogokkan dengan budaya yang tidak sesuai. Program yang dianjurkan tidak mendapat sambutan ramai berdasarkan kepada namanya “PROTES SEJUTA RAKYAT” yang menghimpunkan mungkin seramai 50 ribu sahaja..

Lihat komen sahabat PAS ini :

Lihat komen Roslan SMS di sini:

Lihat komen YB ADUN Bukit Lanjan di sini:


Pendapat peribadi aku :

Kalau ya pun minat muzik jadi jadi bangang tentang sensitiviti agama ,bangsa dan yang penting fikirkan sama tentang anak-anak yang melihat suasana ini.Sebenarnya BN telah berjaya menggagalkan PROTES ini.Seharusnya PROTES diteruskan dijalanraya sudah tentu tiada hal macam ini.

Sejak bila pulak PAS,PKR dan DAP jadi penakut untuk turun ke jalanraya??

Al-Kuliyyah di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kuliyyah Pembangunan Ummah Bersama Yg Berbahagia Al-fadhil Ustaz Dato Hj. Daud Che Ngah ;
Tarikh : 10 Julai 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.

Dijemput hadir beramai-ramai.
Rebutlah peluang menambah ilmu sementara ada kelapangan.

Sunday, July 6, 2008

Ini Sapa nak JAWAB???

Antara Pakatan dan Tarbiyyah Jamaah...
Satu Penilaian Semula Pimpinan Tertinggi PAS

Kita sayang pada jamaah PAS. Baik yang jadi ahli atau pun yang tak ahli. Nampaknya segelintir pimpinan PAS Pusat dan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak akur dan ada sedikit perasaan egoistik serta berselindung megah dengan jawatan YB dan jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. (tidak semua segelintir parasit yang membawa kepada penyakit kepada jamaah dan Pakatan Sendiri).

Kita paparkan contoh terkini ialah rancangan demo "PROTES" cukup memalukan gerakan Islam khasnya kepada Dato' Tuan Guru Presiden. Persoalannya apakah peranan dewan-dewan atau lujnah-lujnah:-

Pemuda Pas Pusat?
Muslimat Pas Pusat?
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat?
Dewan Harian Pas Pusat?
Dewan Ulamak Pas Pusat?
Semua biro atau lujnah politik?
Ketua Penerangan Pas Pusat?

Adakah salah seorang pimpinan Pas Pusat contoh terbaik Dr. Hatta tidak berbincang dengan ahli jawatan kuasa Pas Pusat mengenai program "PROTES" ? Terlalu banyak persoalan dan andaian.
Sayang orang seperti Dr. Hatta diperbudakkan dan tercalit malu dan tercemar dek program Protes dengan dihiasi bisikan syaitan jelmaan manusia yang lalai.

Sdr YB Salahuddin Ayub dimana pendirian kamu? kenapa agar hambar dalam insiden PROTES yang diisikan budaya menjerit serta melondeh oleh artis murahan?. Jangan berselindung dengan kot dan tali leher apabila bergelar Yang Berhormat.Kami merayu kepada kepada semua yang berjawatan dalam Parti Pas disemua peringkat Negeri dan Pusat hormatilah dan merujuk kepada kedua-dua Tuan Guru kita , Kalau kita tak menghormati siapa lagi kalau bukan ahli dan jamaah serta orang yang simpati dengan jamaah kita.

Teguhkan Perjuangan ;

Apa dipandang padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa dipandang budinya orang
Entahkan ikhlas entahkan tidak

Pegangkan prinsip tegakkan pegangan
Bukan menuding siapa yang salah
Bergerak maju undurnya jangan
Arah haluan padaMu ya Allah

Al Quran Al sunnah pegangan pasti
Rakan taulan tidak dipeduli
Setiap yang bernyawa merasai mati
Tidakkan terpadam hikmah Ilahi

Mengapa dibimbang rakan semeja
Mungkin berbicara menuju neraka
Amal maaruf sebati sebagai kerja
Doa dipohon tiap ketika

Kezaliman ditentang tak kira masa
Mulianya insan kalau beragama
Ingat sentiasa pesanan Yang Esa
Rosaklah akhlak agama ke mana

Selagi mentari terbit di timur
Sebelum Yahudi pulang berkampung
Tegakkan Islam sepanjang umur
Generasi mendatang harus di lindung

Biar mengundi mendapat kalah
Tidakkan berganding mungkar di dunia
Tetapkan diriku wahai Ya Allah
Jauhkan diriku dengan Syaitan berwajah manusia

Wednesday, July 2, 2008

Sutera Damansara lagi.. Tak Reti Bahasa!!

Pejabat Perkhidmatan Haiwan Petaling Jaya

Aku malas dah nak cakap banyak... dah beberapa kali aku post berkaitannya boleh rujuk yang ini;

Ini semua projek wayang je!!! Tujuan utama ialah nak buka jalan sahaja,dah bagi akan datang inilah laluan Sutera Damansara.
Bila aku cakap orang tak percaya...sekarang tengok buktinya;
Foto-foto yang telah diilustrasikan agar seperti projek sebenar bagi meyakinkan penduduk. Memang kelihatan cantik tetapi bagaimana dengan ukuran yang sebenar?? Yang paling penting adalah dari segi keselesaan penduduk dan keselamatan pastinya menimbulkan persoalan.
-ADUN Bukit Lanjan kata dah selesai OSK dan cancel projek ni
-En.Ashidi Perancang Bandar MBPJ kata dah cancel kalau jadi mungkin sebelah kolam Indah Water.
-Mr.Tan OSK pun kata dan cancel
-Maka semua penduduk tepuk tangan gembira!!! Ini bukti apa pulak??
-Jangan cuba bermain2 dengan isu ini... OSK memang cancel tapi sekarang Gapurna Sdn Bhd pulak mengganggu penduduk.
-Sedia aku akan gegarkan SUK minggu depan!!!

Pesan Buat Muslimah

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?


Terkadang bila melayari weblog2 rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Wallahu A’lam.

PDRM & ATM Untuk Darurat

Wooow!! Eksesais Bersepadu Polis dan Tentera Malaysia

Apabila dalam terdesak yang amat sangat maka kerajaan Umno/BN mengunakan segala balatentera bawah naungan yang dikuasai dari berbagai jabatan, badan, media cetak bodek dan elektronik ampu termasuklah terkini Angkatan Tentera Malaysia yang dahulu hanya PDRM sahaja dimanipulasikan, pengunaan ATM menunjukkan kecemasan yang amat sangat dan tidak ada lain niat melainkan dipergunakan di samping polis untuk menghadapi kebangkitan kesedaran rakyat akan kebejatan, kerakusan dan penyelewengan kerajaan Umno/BN mencengkam kuasa yang kian dilihat semakin lupus !
Tidak pernah ada apa latihan pun dalam sejarah Malaysia kerjasama latihan diantara PDRM dan ATM melainkan kini terjadi konon bersedia menghadapi segala kemungkinan jika terjadi !

Apakah kemungkinan boleh terjadi dengan 'ketegasan' pihak polis yang senang belasah, sepakterajang termasuk menyembur air asid terhadap rakyat marhaen yang setia dan sabar sahaja menerima apasaja tendangan atau belasahan mereka ? Tidak pada rakyat negara lain seperti Korea atau Jepun dimana kekerasan polis akan menerima tindakan setimpal dan serupa, rakyat Malaysia sungguh baik dan taat sehingga sanggup dizalimi demi menuntut keadilan dan ketelusan tapi segala tindakan aman mereka akan menghadapi sifat kebinatangan buas serakah pihak polis seperti dunia tiada esok bagi mereka !

Setelah PDRM diperkudakan janganlah pulak ATM dilibatkan sama tetapi mungkin aliran pemikiran profesional di ATM tidak mudah diperlembupawahkan harapnya !
Ke mana agaknya sifat profesional polis Malaysia ? Adakah ini ajaran di Pulapol ? Menghenyak rakyat aman demi menjaga kerajaan rakus kuasa ? Dimana pertimbangan otak waras cemerlang konon dimiliki mereka jika setiap kali rakyat membantah sebarang tindak tanduk zalim dengan aman dihadiahkan dengan kekejaman tanpa perikemanusiaan ?

Kini makin terserlah untuk menpertahankan kuasa yang semakin rapuh dengan kebangkitan tsunami rakyat yang sudah tidak buta fakta dan kebenaran maka kerajaan akan melakukan apa saja untuk menjaga kesinambungan parti khianat pembelot pusaka bangsa !

Janganlah mengajar rakyat Malaysia menjadi berani macam Korea atau Indonesia kerana ini akan menyusahkan PDRM yang akan terpaksa kerja lebih ! Wahai PDRM dan ATM yang kebanyakkan penganut agama Islam berkhidmatlah dengan ingatan Allah SWT dan Islam dalam kepala,kerana ini akan lebih disayangi rakyat Malaysia !
Allahu Akbar .. Allahu Akbar.. Allahu Akbar