Ini satu lagi kisah Sutera Damansara...
Setelah beberapa siri bantahan namun masih ada lagi usaha-usaha yang bakal mencetuskan kemarahan penduduk.
Satu cadangan yang tak dapat diterima akal!! Pembangunan sebuah kawasan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah Petaling Jaya di Sutera Damansara.Banyak ke haiwan dipelihara sekitar Damansara Damai ni??
Saya melihat ini adalah satu usaha untuk menghalalkan pembinaan Jalan Susur Sutera Damansara melalui Zon Penampan belakang blok H dan blok J partmen Idaman.Dalam sessi dialog YB Elizabeth Wong,bahagian perancang dan OSK telah memaklumkan bahawa ia tidak diteruskan....Kenapa masih ada lagi yang menghubungi orang2 tertentu untuk menghalalkannya??
Ini bukan suatu fitnah tetapi kenyataan.Saya telah mengenal pasti 5 orang yang terlibat dengan bantahan ini terus dihubungi termasuk saya.Lebih dahsyat lagi tawaran istimewa mula dikemukakan!!!
Saya terus menunggu apa seterusnya selepas ini...Gerakan bantahan akan lebih hebat lagi selepas ini dengan kerjasama PAS cawangan Damansara Damai dan Pemuda PAS Kawasan Subang.Kepada orang MELAYU yang bersama-sama dalam projek ini sedarlah bahawa negara kita hancur bukan kerana bangsa lain tetapi "pemimpin melayu" yang tamak kuasa dan harta dunia seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya.
"RASUAH ADALAH DOSA BESAR DAN MEMUSNAHKAN GENERASI MASA DEPAN NEGARA"
No comments:
Post a Comment