Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, June 8, 2008

Surah Al-Baqarah : Muhasabah Diri

Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah

Saya sering ditujah oleh bisikan-bisikan yang timbul sendiri di dalam otak yang terbatas ini. Apa bisikan itu?Bisikan itu sering mempersoalkan kewajaran kita mengajak manusia kepada Allah sedangkan diri kita masih lagi bergelumang dengan dosa.Apatah lagi dengan ayat Al-Quran berikut, ia menjadi satu tusukan tajam, mahu sahaja berhenti mengajak manusia. Masakan tidak? Penat lelah kita itu hanya menimbulkan dosa dan menambah peluang mendapat azab di neraka. Apakah ayat al-Quran itu? Mari kita lihat:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ? Maka tidaklah kamu berfikir?Surah al-Baqarah 2:44

Hadith dari Sahih Muslim:
A man will be brought on the Day of Judgment and cast into Hell. He will go around in Hell like a donkey in a grinding mill. The denizens of Hell will gather around him and say: “O so-and-so! Didn't you use to enjoin us to what is right and prohibit us from what is wrong? ”That man will say: “I used to order you to do good but I myself never used to do it, and I used to forbid you from doing wrong while I myself used to do it.” [Sahîh Muslim]
Apakah maksud sebenarnya ayat dan hadith di atas ini? Apakah ia melarang manusia yang berdosa daripada menyeru manusia yang lain kepada kebaikan?Komiti Unit Pengkajian Fatwa Islamtoday yang dipengerusikan oleh Shaikh Abdul Wahab at-Turayri telah cuba menyimpulkan kekusutan dan kekeliruan tentang hal ini.Berdasarkan pembacaan ke atas hasil kajian mereka, dapat disimpulkan bahawa:
1) Mereka yang mahu mengajak manusia kepada Allah, atau erti kata lain berdakwah hendaklah memperbaiki cara hidup mereka ke tahap hidup beragama yang terbaik mengikut kemampuan mereka.
2) Orang Islam yang terjebak dengan maksiat, masih bertanggungjawab menyeru orang lain kepada Allah kerana dakwah itu sendiri adalah tugas setiap individu kepada Allah.
3) Ayat dan hadith di atas bukan berisi larangan kepada pelaku maksiat untuk berdakwah, sebaliknya ia adalah satu amaran kepada mereka yang bersifat talam dua muka. Dosa yang mereka hadapi ialah kerana tidak berusaha melakukan apa yang mereka seru kepada orang lain, dan bukannya dosa kerana menyeru manusia kepada Allah.
4) Ayat dan hadith di atas di atas merupakan larangan melakukan perbuatan dosa walaupun pelaku itu mengetahui perihal hukum perbuatan itu. Dan ia bukan bermaksud melarang pelaku dosa atau maksiat daripada berdakwah.
5) Setiap Muslim mempunyai kewajipan untuk mematuhi ajaran Islam dan meninggalkan larangan. Di samping itu, kita juga mempunyai tugas mengajak manusia yang lain kepada kebenaran. Kegagalan melaksanakan salah satu daripadanya tidak bermaksud terus tidak melakukan kedua-duanya.
6) Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan kecuali yang Ma'sum iaitu Rasulullah SAW, maka sekiranya kesempurnaan adalah kriteria mengajak manusia kepada kebenaran, nescaya tiada manusia yang layak melaksanakan tugas berdakwah ini.
Bersama kita bermuhasabah diri...

No comments: