Menipu Memang Kerja Mereka
Kenyataan Semalam;
Shahrir Samad semalam mengumumkan mulai bulan Ogos ini, kerajaan akan menarik balik subsidi keatas petrol dan diesel. Ertinya mulai Ogos ini, harga minyak akan mengikut harga pasaran dunia. Untuk membaca berita penuh layari http://www.malaysiakini.com/.
Dikala dunia menghadapi krisis makanan, tindakan kerajaan ini pasti akan menyusahkan rakyat jelata. Jika hari ini, ketika subsidi minyak masih lagi ditanggung kerajaan, rakyat merungut tentang kenaikkan harga barang, tidak dapat dibayangkan jika bahan bakar tersebut dijual mengikut harga pasaran.
Tidak mustahil harga sekeping Roti Canai akan menjadi RM 5. Jika ini berlaku, inflasi akan meningkat. Rakyat bawahan akan menderita. Protes dan demonstrasi diatas kenaikkan harga minyak akan berlaku. Mampukah kerajaan mengawal keadaan ini pada ketika itu?

Dengan “ganas”nya kerajaan BN menaikkan harga minyak secara besar-besaran. Petang tadi, Abdullah Badawi membuat pengumuman yang telah menyebabkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh pengguna-pengguna yang berebut-rebut untuk membeli minyak dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir.
Pengumuman mengejutkan. Dengan secara tiba-tiba rakyat dikejutkan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas jam 12 malam ini. TV3 milik Media Prima kroni kepada Abdullah Badawi melaporkan ada stesen-stesen minyak yang sudah mula tutup dengan alasan minyak telah habis. Ini perkara biasa, minyak dikatakan telah habis oleh kerana mereka ingin mendapat untung jika menjual selepas jam 12 malam ini.
Realitinya ialah ;
Petrol NAIK gila!!!
Diesel NAIK gila!!!
Elektrik NAIK gila2!!!
Barang MESTI NAIK gila2!!!
BN memang GILA!!!
No comments:
Post a Comment