Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Tuesday, June 24, 2008

Dialog Penduduk bersama YB Elizabeth Wong

Masalah dan Jalan Penyelesaiannya

Pada 14 Jun 2008 yang lalu telah diadakan Satu Majlis Dialog Penduduk Damansara Damai bersama YB Elizabeth Wong bertempat di Dewan Apartmen Idaman.Kehadiran penduduk amat menggalakkan dan dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah setempat YB Elizabeth Wong telah hadir bersama wakil dari Bahagian Perancang MBPJ dan wakil dari pemaju OSK Properties Management Sdn Bhd.

Sessi Lawatan;
- ketibaan YB Elizabeth Wong bersama rombongannya.
- ke lokasi runtuhan tebing sungai Saujana Damansara projek oleh Talam Corp.
- melawat Masjid Al-Muhtadin
- melawat KAFA Al-Muhtadin dan tapak cadangan pembangunan
- melawat Projek Sutera Damansara yg dipertikai penduduk
- melawat cadangan jalan yg dibantah penduduk
- melawat adik Amru Zainal yg perlukan bantuan.

3.00 petang Sessi dialaog antara isunya ialah;

Projek Pembangunan Sutera Damansara
-pertikaian jalan masuk utama yg menggunakan jalan yg sama di Damansara Damai dimana menambahkan lagi kesesakan.
- pertikaian jalan cadangan dari OSK terletak dibelakang Blok H dan J Idaman berada di Zon Penampan.
- pencemaran alam sekitar dan pencerobohan hutan
- kenderaan berat keluar masuk membahayakan penduduk dan kanak-kanak sekolah terutamanya pada waktu puncak sekolah.
- perlu dihentikan kerana diragui status tanah dan cara pemaju mendapatkan tanah mengelirukan.
- banyak lagi!!!

Isu Infrastruktur dan Kemudahan Awam
- MKLand berdolak dalik dengan MBPJ tentang status Damansara Damai menyebabkan kemudahan amat menyedihkan dan menyusahkan penduduk.

- Cukai pintu MBPJ pungut tetapi manfaat untuk penduduk tiada
- Kerosakan jalan,lampu jalan awampadang permainan dan banyak lagi.
Kilang Simen Haram
-Disahkan oleh wakil MBPJ
-Disahkan oleh YB Elizabeth Wong

-Hingga sekarang masih beroperasi...Apa ni??? PBT buat kerja ke tidak??
Kesimpulan;

- Banyak isu dibangkitkan dan perlukan perhatian yang sewajarnya.
- Jawapan dari wakil MBPJ kurang meyakinkan kerana yg hadir dari bahagian perancang dan teruk kena hentam dengan berbagai masalah berkaitan PBT.
- Jawapan wakil OSK ternyata banyak berselindung dan ambil jalan mudah.
- Jawapan YB Elizabeth Wong banyak kepada jalan tengah dan belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan namun kami percaya akan ada tindakan yang positif.

Harapan kami penduduk Damansara Damai....Kerajaan PR sekarang jangan ulangi kesilapan kerajaan BN dulu dan kami akan terus mendesak agar hak dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan kami.

No comments: