Sekitar Mesyuarat Agung Kali Pertama 2008
Pada majlis yang amat bersejarah itu 20 Julai 2008, rata-rata anak kariah menunjuk rasa gembira dan cukup brpuashati akan sinar baru insyaallah di masjid ini.Mesyuarat Agong Kali Pertama yang telah dirasmikan Oleh Yang Berhormat Dr.Shafie Abu Bakar merangkap Pembantu Khas kepada Exco Agama Negeri Selangor.
Beliau memaklumkan bahawa inilah masjid yang pertama melakukan mesyuarat agung selepas dari perubahan kerajaan negeri.Beliau juga berharap dengn adanya Al-Fathil Ustaz Dr.Zahazan bin Mohammad dapat membantu untuk menjadi Masjid Al-Muhtadin sebuah masjid yang gemilang dengan program2 ilmu yang bermanfaat.
Ternyata majlis ini telah merungkai semua kekusutan anak kariah berkaitan soal agama dan juga hubungan masyarakat dan diharapkan menjadi pengajaran kepada UMNO bahawa campurtangan mereka telah menyebabkan banyak masaalah berlaku sebelum ini sehinggakan keadaan masjid tidak terurus, laporan kewangan selama 4 tahun tiada dalam simpanan AJK Masjid dan bertambah parah lagi bil TNB yang tertunggak mencecah RM 12K. Diharapkan Semua masjid di Malaysia kan kembali di tadbir oleh orang yang kasih pada masjid. Wassalam

No comments:
Post a Comment