Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, June 29, 2008

Isu Nasional : Politik Najis...

Kenali Siapa Shaiful Bukhari Azlan



Aku sebenarnya tak berminat untuk mengulas isu yang mencemarkan nama baik negara kita. Sejak kebelakangan ini kerajaan diasak dengan berbagai isu-isu besar yang nampak seperti tidak mampu ditangkis lagi.Ini cukup menyesakkan pimpinan negara dan akhirnya maka muncul kembali "LIWAT 2" dengan pendokong dramanya hebat-hebat belaka.Kita nantikan episod kedua yang akan bermula hari ini..

Sekadar ingin memberikan respon kerana beberapa orang sahabat blogger dan merupakan xstudent UNITEN.Mereka telah beberapa kali menegur pimpinan PKR yang mengenali Shaiful Bukhari ini tetapi orang yang menegur pula mendapat herdikan...Pelik!!!! Buktinya lihatlah dlm beberapa blog ini seawal bulan Februari 2008 telah diberitakan tentang siapa Shaiful Jahanam ini....
Fikirlah sendiri kerana semua ada akal fikiran dan yang membezakan antara aku,engkau dan mereka ialah iman dan ketaqwaaan.Semoga Allah s.w.t terus melindungi diriku dan ahli keluargaku dari fitnah yang mampu membinasakan.
"Fitnah Itu Lebih Dahsyat Dari Membunuh... Sanggupkah Kamu Memakan Daging dari Batang Tubuh Saudaramu?"

Tuesday, June 24, 2008

Al-Kuliyyah di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Al-Kuliyyah di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Tarikh : 26 Jun 2008 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Maghrib
Pemceramah :
Al-Fathil Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man

dijemput hadir beramai-ramai...
Selepas kuliah dan Solat Isyak pula akan diadakan;

Perjumpaan Tuan Nazir Al-Fathil Ustaz Zahazan bin Mohammad bersama pengerusi dan AJK surau-surau di seluruh Damansara Damai.
Harap semua yang berkenaan hadir dan bersama-sama menyumbang buah fikiran untuk sama-sama kembali mengimarahkan Masjid Al-Muhtadin yang telah lama hilang "MUHTADIN"nya..

Surah Al-Ankabut : Akhirat Yang Utama

Renungkan wahai Sahabatku...

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui” (Al-Qur'an. Surah Al Ankabut: 64).

Paling panjang umur manusia di akhir zaman belum ada yang sampai ribuan tahun. Bahkan rata-rata hanya 60 tahun sahaja. Itupun tidak semuanya dinikmati tanpa dirancang sebaik mungkin. 18 tahun masa kanak-kanak dan remaja umumnya dihabiskan tanpa dirancang. Juga banyak umur dihabiskan untuk hal-hal yang tidak terancang, seperti jatuh sakit. Mungkin hanya 20 tahun yang digunakan untuk hidup di dunia ini dengan perancangan yang baik.

Masa hidup manusia di dunia ini merupakan salah satu petanda benarnya ayat Al-Qur‘an di atas. Hidup yang sebenarnya adalah ketika di akhirat kelak. Bukan hanya kerana kekalnya kehidupan akhirat, tetapi kerana masing-masing bertanggung jawab pada diri sendiri. Oleh itu, cuba bayangkan bagaimana keadaan kehidupan sebenarnya yang akan kita alami kelak di akhirat.

Menurut petunjuk dalam sejumlah ayat Al-Qur‘an dan hadith, bayangan kehidupan kita di akhirat kelak insyaAllah tidak terlepas dari rencana yang kita rancang dan laksanakan rancangannya sewaktu di dunia ini. Kalau rencananya baik, insyaAllah akan baik. Apalagi Allah menjamin tidak akan menganiaya sedikitpun hamba-hambaNya. Kalau ada kebaikan hambaNya walaupun sebesar zarah, akan dibalas jua. Demikianlah sebaliknya.

Dari Al-Quran dan hadith dapat kita memahami bahawa akan rugilah kehidupan di akhirat kalau tanpa perancangan lengkap dan tersusun sebelum sampai ke sana. Sebab walau dirancang atau tidak kita pasti akan sampai ke sana....
Ini janji kita dan Allah s.w.t sebelum lahir ke dunia!!

Masalah Rakyat: SuteraDamansara lagi..

Jabatan Perkhidmatan Haiwan PJ



Ini satu lagi kisah Sutera Damansara...


Setelah beberapa siri bantahan namun masih ada lagi usaha-usaha yang bakal mencetuskan kemarahan penduduk.
Satu cadangan yang tak dapat diterima akal!! Pembangunan sebuah kawasan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah Petaling Jaya di Sutera Damansara.Banyak ke haiwan dipelihara sekitar Damansara Damai ni??

Saya melihat ini adalah satu usaha untuk menghalalkan pembinaan Jalan Susur Sutera Damansara melalui Zon Penampan belakang blok H dan blok J partmen Idaman.Dalam sessi dialog YB Elizabeth Wong,bahagian perancang dan OSK telah memaklumkan bahawa ia tidak diteruskan....Kenapa masih ada lagi yang menghubungi orang2 tertentu untuk menghalalkannya??

Ini bukan suatu fitnah tetapi kenyataan.Saya telah mengenal pasti 5 orang yang terlibat dengan bantahan ini terus dihubungi termasuk saya.Lebih dahsyat lagi tawaran istimewa mula dikemukakan!!!
Saya terus menunggu apa seterusnya selepas ini...Gerakan bantahan akan lebih hebat lagi selepas ini dengan kerjasama PAS cawangan Damansara Damai dan Pemuda PAS Kawasan Subang.Kepada orang MELAYU yang bersama-sama dalam projek ini sedarlah bahawa negara kita hancur bukan kerana bangsa lain tetapi "pemimpin melayu" yang tamak kuasa dan harta dunia seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya.
"RASUAH ADALAH DOSA BESAR DAN MEMUSNAHKAN GENERASI MASA DEPAN NEGARA"

Terima Kasih Sinar Harian

Bincang Sekolah Agama???

Terima kasih kepada semua wakil media yang hadir membuat liputan Majlis Dialog Penduduk Bersama YB Elizabeth Wong.Kami cukup teruja dengan sumbangan wartawan terutamanya dari suratkhabar Cina.Suratkhabar Melayu hanya SINAR Harian sahaja yang datang.

Saya berpendapat tajuk berita ini kurang sesuai!!!

Mungkin juga wartawan SINAR ini tidak sempat habis sessi dialog tersebut dan bila berita disiarkan ada cerita atau kenyataan yang kurang tepat.

Walau bagaimanapun terima kasih sekali lagi buat Izwan Rozlin dari SINAR Harian.Kita boleh mengeratkan lagi kerjasama untuk membantu kerajaan PR dan keutamaan membantu penduduk Selangor.

Dialog Penduduk bersama YB Elizabeth Wong

Masalah dan Jalan Penyelesaiannya

Pada 14 Jun 2008 yang lalu telah diadakan Satu Majlis Dialog Penduduk Damansara Damai bersama YB Elizabeth Wong bertempat di Dewan Apartmen Idaman.Kehadiran penduduk amat menggalakkan dan dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah setempat YB Elizabeth Wong telah hadir bersama wakil dari Bahagian Perancang MBPJ dan wakil dari pemaju OSK Properties Management Sdn Bhd.

Sessi Lawatan;
- ketibaan YB Elizabeth Wong bersama rombongannya.
- ke lokasi runtuhan tebing sungai Saujana Damansara projek oleh Talam Corp.
- melawat Masjid Al-Muhtadin
- melawat KAFA Al-Muhtadin dan tapak cadangan pembangunan
- melawat Projek Sutera Damansara yg dipertikai penduduk
- melawat cadangan jalan yg dibantah penduduk
- melawat adik Amru Zainal yg perlukan bantuan.

3.00 petang Sessi dialaog antara isunya ialah;

Projek Pembangunan Sutera Damansara
-pertikaian jalan masuk utama yg menggunakan jalan yg sama di Damansara Damai dimana menambahkan lagi kesesakan.
- pertikaian jalan cadangan dari OSK terletak dibelakang Blok H dan J Idaman berada di Zon Penampan.
- pencemaran alam sekitar dan pencerobohan hutan
- kenderaan berat keluar masuk membahayakan penduduk dan kanak-kanak sekolah terutamanya pada waktu puncak sekolah.
- perlu dihentikan kerana diragui status tanah dan cara pemaju mendapatkan tanah mengelirukan.
- banyak lagi!!!

Isu Infrastruktur dan Kemudahan Awam
- MKLand berdolak dalik dengan MBPJ tentang status Damansara Damai menyebabkan kemudahan amat menyedihkan dan menyusahkan penduduk.

- Cukai pintu MBPJ pungut tetapi manfaat untuk penduduk tiada
- Kerosakan jalan,lampu jalan awampadang permainan dan banyak lagi.
Kilang Simen Haram
-Disahkan oleh wakil MBPJ
-Disahkan oleh YB Elizabeth Wong

-Hingga sekarang masih beroperasi...Apa ni??? PBT buat kerja ke tidak??
Kesimpulan;

- Banyak isu dibangkitkan dan perlukan perhatian yang sewajarnya.
- Jawapan dari wakil MBPJ kurang meyakinkan kerana yg hadir dari bahagian perancang dan teruk kena hentam dengan berbagai masalah berkaitan PBT.
- Jawapan wakil OSK ternyata banyak berselindung dan ambil jalan mudah.
- Jawapan YB Elizabeth Wong banyak kepada jalan tengah dan belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan namun kami percaya akan ada tindakan yang positif.

Harapan kami penduduk Damansara Damai....Kerajaan PR sekarang jangan ulangi kesilapan kerajaan BN dulu dan kami akan terus mendesak agar hak dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan kami.

Saturday, June 21, 2008

Amal Islami Daerah Petaling 2008

Wakil Kebanggaan KAFA Al-Muhtadin

Agak lama saya tidak posting dlm blog ini kerana terlalu sibuk dengan berbagai urusan.
Pada 14 Jun 2008 seperti yang dirancangkan wakil KAFA Al-Muhtadin menunjukkan bakat dan kehebatan mereka dalam Amal Islami Daerah Petaling Jaya 2008 bertempat di SRAI Seksyen 19 Shah Alam.
Semua peserta hebat-hebat belaka dan penyertaan kita kali pertama ini bolehlah dikategorikan sebagai menimba pengalaman.Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk tahun akan datang.Walau bagaimanapun syabas dan tahniah buat Kumpulan Nasyid Al-Muhtadin dan peserta hafazan adik Harith Mursyidi yang tampil penuh bergaya pada hari tersebut.
Terima kasih buat semua guru-guru dan jurulatih yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing para peserta.Hanya Allah s.w.t jua yang mampu membalas jasa dan pengorbanan anda.Insyaallah akan ada kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.

Sunday, June 8, 2008

Surah Al-Baqarah : Muhasabah Diri

Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah

Saya sering ditujah oleh bisikan-bisikan yang timbul sendiri di dalam otak yang terbatas ini. Apa bisikan itu?Bisikan itu sering mempersoalkan kewajaran kita mengajak manusia kepada Allah sedangkan diri kita masih lagi bergelumang dengan dosa.Apatah lagi dengan ayat Al-Quran berikut, ia menjadi satu tusukan tajam, mahu sahaja berhenti mengajak manusia. Masakan tidak? Penat lelah kita itu hanya menimbulkan dosa dan menambah peluang mendapat azab di neraka. Apakah ayat al-Quran itu? Mari kita lihat:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ? Maka tidaklah kamu berfikir?Surah al-Baqarah 2:44

Hadith dari Sahih Muslim:
A man will be brought on the Day of Judgment and cast into Hell. He will go around in Hell like a donkey in a grinding mill. The denizens of Hell will gather around him and say: “O so-and-so! Didn't you use to enjoin us to what is right and prohibit us from what is wrong? ”That man will say: “I used to order you to do good but I myself never used to do it, and I used to forbid you from doing wrong while I myself used to do it.” [Sahîh Muslim]
Apakah maksud sebenarnya ayat dan hadith di atas ini? Apakah ia melarang manusia yang berdosa daripada menyeru manusia yang lain kepada kebaikan?Komiti Unit Pengkajian Fatwa Islamtoday yang dipengerusikan oleh Shaikh Abdul Wahab at-Turayri telah cuba menyimpulkan kekusutan dan kekeliruan tentang hal ini.Berdasarkan pembacaan ke atas hasil kajian mereka, dapat disimpulkan bahawa:
1) Mereka yang mahu mengajak manusia kepada Allah, atau erti kata lain berdakwah hendaklah memperbaiki cara hidup mereka ke tahap hidup beragama yang terbaik mengikut kemampuan mereka.
2) Orang Islam yang terjebak dengan maksiat, masih bertanggungjawab menyeru orang lain kepada Allah kerana dakwah itu sendiri adalah tugas setiap individu kepada Allah.
3) Ayat dan hadith di atas bukan berisi larangan kepada pelaku maksiat untuk berdakwah, sebaliknya ia adalah satu amaran kepada mereka yang bersifat talam dua muka. Dosa yang mereka hadapi ialah kerana tidak berusaha melakukan apa yang mereka seru kepada orang lain, dan bukannya dosa kerana menyeru manusia kepada Allah.
4) Ayat dan hadith di atas di atas merupakan larangan melakukan perbuatan dosa walaupun pelaku itu mengetahui perihal hukum perbuatan itu. Dan ia bukan bermaksud melarang pelaku dosa atau maksiat daripada berdakwah.
5) Setiap Muslim mempunyai kewajipan untuk mematuhi ajaran Islam dan meninggalkan larangan. Di samping itu, kita juga mempunyai tugas mengajak manusia yang lain kepada kebenaran. Kegagalan melaksanakan salah satu daripadanya tidak bermaksud terus tidak melakukan kedua-duanya.
6) Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan kecuali yang Ma'sum iaitu Rasulullah SAW, maka sekiranya kesempurnaan adalah kriteria mengajak manusia kepada kebenaran, nescaya tiada manusia yang layak melaksanakan tugas berdakwah ini.
Bersama kita bermuhasabah diri...

Wednesday, June 4, 2008

Darah Pun Turut Mendidih!!

Menipu Memang Kerja Mereka

Kenyataan Semalam;
Shahrir Samad semalam mengumumkan mulai bulan Ogos ini, kerajaan akan menarik balik subsidi keatas petrol dan diesel. Ertinya mulai Ogos ini, harga minyak akan mengikut harga pasaran dunia. Untuk membaca berita penuh layari http://www.malaysiakini.com/.

Dikala dunia menghadapi krisis makanan, tindakan kerajaan ini pasti akan menyusahkan rakyat jelata. Jika hari ini, ketika subsidi minyak masih lagi ditanggung kerajaan, rakyat merungut tentang kenaikkan harga barang, tidak dapat dibayangkan jika bahan bakar tersebut dijual mengikut harga pasaran.

Tidak mustahil harga sekeping Roti Canai akan menjadi RM 5. Jika ini berlaku, inflasi akan meningkat. Rakyat bawahan akan menderita. Protes dan demonstrasi diatas kenaikkan harga minyak akan berlaku. Mampukah kerajaan mengawal keadaan ini pada ketika itu?

Kenyataan Hari Ini;

Dengan “ganas”nya kerajaan BN menaikkan harga minyak secara besar-besaran. Petang tadi, Abdullah Badawi membuat pengumuman yang telah menyebabkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh pengguna-pengguna yang berebut-rebut untuk membeli minyak dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir.

Pengumuman mengejutkan. Dengan secara tiba-tiba rakyat dikejutkan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas jam 12 malam ini. TV3 milik Media Prima kroni kepada Abdullah Badawi melaporkan ada stesen-stesen minyak yang sudah mula tutup dengan alasan minyak telah habis. Ini perkara biasa, minyak dikatakan telah habis oleh kerana mereka ingin mendapat untung jika menjual selepas jam 12 malam ini.


Realitinya ialah ;

Petrol NAIK gila!!!

Diesel NAIK gila!!!

Elektrik NAIK gila2!!!

Barang MESTI NAIK gila2!!!

BN memang GILA!!!

Monday, June 2, 2008

100 Toyota Camry

BERITA HARIAN 02 JUN 2008 , ISNIN
KUALA LUMPUR:
Celcom (Malaysia) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.
i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan...woow!! manisnya bahasa

Assalamualaikum w.b.t ;

Sekali pandang peraduan dan tawaran yang dibuat oleh Celcom sangat menarik. Siapa yang tidak tergoda dengan tajuk di atas. Tetapi bila difikir secara sepintas lalu ini mungkin merupakan satu pendekatan yang baik dalam perniagaan, dan bagi pemilik perniagan ia bukan lah satu penipuan kepada pengguna.

1. Dengan perlu menjawab 10 soalan, bagi satu sesi peraduan, dengan setiap sms dikenakan bayaran RM5, bermakna, Celcom tidak perlu mengeluarkan SATU sen pun bagi membiayai harga bagi setiap buah Camry kurang lebih RM190,000.00 atau RM19,000,000.00 bagi 100 buah semuanya.
2. Ini kerana, dengan andaian, katakan kesemua pengguna Celcom, berjumlah 7.8 juta orang, 1.5 juta pasca bayar dan 6.3 juta pra bayar, bermakna sejumlah 7,800,000 x 10 x RM5 = RM390,000,000.00 berjaya dipunggut, walaubagaimanapun ini adalah mustahil.
3. Bagaimana kalau dengan mengambil kira hanya 10% sahaja yang mengambil bahagian, bermakna RM39,000,000.00 akan berjaya dikuitip.
4. Ini bermakna,bagi membiayai keseluruhan 100 buah kereta CAMRY, pihak Celcom dijangka masih berupaya memunggut keuntungan sebanyak RM 20,000,000.00. Angka ini adalah logik dan boleh diterima.
5. Dengan slogan bagi menghargai pelanggan Celcom yang setia, sebenarnya, seluruh atau pelanggan – pelanggan dan pengguna yang lain akan DIPAKSA secara sukarela bagi membiayai atau menderma kepada bakal 100 orang pemenang.
6. Tidaklah diketahui,samada peraduan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN secara terancang dan diHALALkan oleh undang – undang negara ini.

• Mungkin pihak berkuasa, yang diamanahkan menjaga sektor industri ini boleh melihat dan melakukan sesuatu bagi menangani kaedah yang begitu licik, yang dibenarkan oleh undang – undang negara ini.
• Mungkin juga pihak JAKIM dan Mufti boleh meneliti dan membuat tafsiran, samada menerusi hukum Islam yang sebenar atau menggunapakai undang – undang Islam yang ada di negara ini.
AWAS!!! Penipuan kecil-kecilan dari orang kecil TAPI Siapa pulak jadi PENGAWAS Penipuan syarikat BESAR seperti 100 CAMRY??