Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Tuesday, April 29, 2008

Bantulah KAFA Al-Muhtadin






Catatan Ringkas KAFA Integrasi Al-Muhtadin Damansara Damai
Pada tahun 2001 hingga 2002 Surau Khalifah Umar Abdul Aziz Apartmen Idaman menubuhkan SRA Khalifah Umar Abdul Aziz di Dewan Apartmen Idaman untuk mengatasi masalah pelajar terbiar di waktu petang.
Pada tahun 2003 pemindahan penduduk dari Kg Bukit Lanjan ke Apartmen Idaman dan memindahkan KAFA Integrasi Al-Farabi ke Damansara Damai.JK pengurusan sekolah memutuskan pelajar KAFA Integrasi Al-Farabi dan KAFA Kh Umar Abdul Aziz Apartmen Idaman digabungkan dan diletakkan di Masjid Al-Muhtadin
Diwujudkan juga TADIKA Al-Farabi dan KAFA Integrasi Al-Muhtadin.Kelas-kelas dibina dengan menggunakan papan lapis di bahagian bawah Masjid Al-Muhtadin dengan kedaifan yang sukar digambarkan.Kemudahan dipertingkat dari masa ke semasa. Prasarana kebanyakkannya adalah dari sumbangan orang ramai dan kerusi eja lupus dari sekolah yang berhampiran.
Pendaftaran kepada Bahagian Pendidikan JAIS menggunakan pendaftaran sedia ada namun mengambil masa yang panjang atas sikap sambil lewa pihak yang berkenaan.Kesabaran anak kariah terus dipermainkan oleh pihak yang berkenaan dan soal pendidikan agama anak-anak dipandang sepi.

Pengurusan Penubuhan KAFA Integrasi Al-Muhtadin Damansara Damai

Beberapa perubahan dalam pengurusan demi melancarkan tugas dan peranan anak kariah dengan tujuan memastikan Bangunan KAFA Integrasi Al-Muhtadin terbina;

Jawatankuasa pengurusan sekolah dibentuk dikalangan anak kariah.
Permohonan kepada JAIS diteruskan.
Perbincangan melalui kuasa politik dan bersama wakil rakyat juga dilakukan.
Perbincangan berterusan dengan pihak pemaju Damansara Damai dan antara butiran yang pernah dinyatakan oleh Tan Sri Mustapha Kamal bin Abu Bakar ialah;
i. MKLand telah menyediakan beberapa tapak sekolah kebangsaan dan juga
tapak sekolah agama.
ii. Lokasi yang sesuai telah dikenal pasti dan menunggu masa untuk dibina.
iii. MKLand bersedia membina sekolah agama dengan pembiayaan olehnya
tetapi perlu ada perundingan dengan kerajaan negeri.
iv. MKLand juga bersedia untuk membekalkan prasarana untuk tujuan kelas
komputer untuk kariah.
Sehingga kini pihak JAIS terus tolak menolak dengan MKLand tentang isu ini dengan berbagai kerenah birokrasi seperti status tanah,pemaju tidak memberi kebenaran bertulis , perlu kebenaran KPM kerana tapak dikaki bukit masjid ialah tapak sekolah kebangsaan dan sebagainya.Sehingga kini segala usaha terus gagal dan mungkin pihak berkenaan menunggu kemarahan anak kariah.

Kami menunggu apa perkembangan seterusnya dari kerajaan baru Pakatan Rakyat.Kepada yang ingin memberikan sumbangan boleh datang terus ke KAFA Al-Muhtadin atau hubungi Ustaz Nasir (Guru Besar) di talian 012-2832136.

No comments: