Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, November 30, 2008

Program Komuniti: Sukan Tadika 2008

Karnival Sukan & Pendidikan TADIKA

Program sukan & pendidikan TADIKA sekitar Damansara Damai telah diadakan pada 16 November 2008 yang lalu.Program ini julung kali diadakan dengan gabungan 16 buah tadika di Damansara Damai.
Tahniah kerana kejayaan menganjurkan program ini walaupun dalam masa yang singkat.Para petugas telah menjalankan tugas dengan cemerlang.Sebarang kekurangan itu boleh diperbaiki pada program akan datang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat,juga kepada semua jemputan.Selamat maju jaya kepada semua tadika yng terlibat dan SYABAS buat PASTI An-Nur sebagai penggerak utama.
Perbarisan kontigen Tadika yang terlibat.Inilah bakal pemimpin negara dimasa akan datang.Berika didikan yang sempurna sejak kecil lagi insyaallah mereka akan menjadi pimpinan yang terbaik dimasa depan.
Puteri comel adik Hasya Mursyidah bt.Azizan dari Tadika Islam Cerdik Al-Farabi Masjid Al-Muhtadin memulakan majlis dengan membaca Doa Riadah dan Ikrar Sukan.Adik ini adalah pelajar terbaik Tadika Al-Farabi 2008.Semoga terus cemerlang dan selamat menjejakkan kaki ke Tahun 1 di SK Damansara Damai 1 pada tahun 2009.
Antara peserta dari kontigen Tadika Islam Cerdik Al-Farabi Masjid Al-Muhtadin bergambar bersama guru-guru pengiring.
Inilah barisan penggerak program Karnival Pendidikan & Sukan Tadika 2008.Dari kiri En.Zainan selaku pengarah program,En.Hairol Anuar,En.Rizal Puad,En.Ramzan,En.Shafie dan yang dok renung kamera tu ialah En.Hanapiah@Pak Tam sedang mengaturkan acara.

Ucapan perasmian oleh tetamu khas iaitu Dr.Halimah bt.Ali selaku Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor sedang merasmikan penutupan.Kelihatan tetamu yang hadir ialah Ms.Chua ( Pem.Khas YB Elizabeth Wong),Mr.Chan (Ahli MBPJ) dan En..Mohd Saad Pengerusi Surau Khalifah Umar Abdul Aziz.terima kasih kerana sudi hadir. Berita disiarkan dalam TVPas.com
Ini adalah kontigen yang merangkul Juara Keseluruhan iaitu Tadika Small Khalifah.Bergambar bersama guru-guru pengiring serta tetamu jemputan.Tahniah dan teruskan kecemerlangan.Jumpa lagi tahun 2009.

No comments: