Majlis juga turut diserikan oleh pengacara majlis yang dijemput iaitu DJ Ahmad Nazri bin Yusof dari Radio IKIM.Kelunakan suaranya dapat menghidupkan suasana.
Ustaz Mohd karim Ibrahim sedang menyampaikan ucapan perasmian dan pesanan buat ibu bapa dan para jemputan.Antara pesanan beliau ialah berikan pendidikan Islam kepada anak-anak dari kecil kerana cabaran hidup sekarang terlalu banyak anasir-anasir yang merosakkan akhlak.
Bacaan Ayat suci Al-Quran Surah As-Zhumaar oleh adik Hasya Mursyidah bt.Azizan memulakan majlis.Semoga anak comel ini terus cemerlang.
Persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tadika Islam AlFarabi... Boleh tahan juga,berbakat!!
Para pelajar kusyuk mendengar pesanan dan ucapan oleh Ustaz Mohd karim bin Ibrahim.
Inilah anak-anak yang bergraduasi pada tahun 2008.Mereka bergambar bersama-En Saroji dan guru-guru yang mengajar di Tadika Al-Farabi.Buat pengurusan tadika,pihak masjid mengucapkan ribuan penghargaan atas kesudian memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.Walaupun serba dhaif dan kurang kelengkapan namun pendidikan dapat diteruskan.
Kepada anak-anak ini selamat menempuh alam baru persekolahan pada tahun 2009.Selamat maju jaya dan terus cemerlang demi untuk keluarga agama dan negara kita.

No comments:
Post a Comment