Pembukaan majlis dengan bacaan selawat dan Asmaul Husna oleh semua yang hadir.Antara tetamu kehormat ialah Us.Maskor (Penyelia KAFA JAIS), Us.Mohd Karim Ibrahim (Tim.Nazir Masjid Al-Muhtadin) serta AJK masjid.
Ini persembahan pertama dan tak diduga!!! Persembahan nasyid oleh pelajar KAFA manakala alatan muzik dipukul dan di mainkan oleh guru2 dan AJK Penyelola KAFA... Macam lepas gian je niii!!! Orang tua2 sesekali dapat dianya tepuk.....meletop!!!
Persembahan yang tidak asing lagi di Damansara Damai dari kumpulan nasyid KAFA Al-Muhtadin.Kumpulan yang memang popular di Damansara Damai.Pada tahun ini buat julung kalinya menjadi Johan Nasyid Amal-Islami Zon Sg.Buloh.
Ini juga salah seorang pelajar Tahun 3 yang cemerlang tahun ini.Naib Johan Hafazan Amal Islami Zon Sungai Buloh dan layak keperingkat daerah.Adik Harith Mursyidi mempersembahkan bacaan Hafazan tiga surah lazim iaitu Surah Al-Fatihah,Al-Humazah dan Al-Qariah.Semoga teruskan usaha dan lebih cemerlang tahun hadapan.
Inilah dia pelajar cemerlang dan pelajar contoh 2008.Anak kepada En.Nik Mohd Fauzi ini buat julung kalinya mencipta sejarah KAFA Al-Muhtadin dengan pencapaian UPSR 5A dan Mumtaz PSRA.Sejarah tercipta tahun ini selepas 5 tahun KAFA Integrasi Al-Muhtadin beroperasi... 2 orang pelajar mendapat Mumtaz.Semoga teruskan kecemerlangan.

No comments:
Post a Comment