


Blogger Al-Muhtadeen Online mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung laman blog ini dan dengan tulus ikhlas maaf zahir batin.
Program Sunathon 2008 telah disertai oleh 36 orang dan masih ramai lagi yang berminat tetapi ini adalah pioneer project!! Tahun depan kita buat lagi ramai insyaallah.Majlis telah di rasmikan oleh Al-Fathil Ustaz Ramli bin Sidom( Pegawai Penyelaras Masjid & Surau JAIS ).
Saksikan beberapa foto yang sempat dipostkan buat tatapan semua.
Majlis Khatam Al-Quran dengan bimbingan oleh Imam 1 Masjid Al-Muhtadin Ustaz Hj.Fadil bin Md Noor.Kelihatan pengerusi majlis ialah En.Zainan bin Ismail antara penggerak utama program di Masjid Al-Muhtadin. Semua peserta bergambar bersama para jemputan antaranya dari kanan Pn Norzayah(Ketua Muslimat Masjid),En.Azizan bin Suradi(S/U Masjid),Ustaz Hajar bin Opir(YDP ISMA PJ), Tn.Syed Abdul Malek bin Syed Hamid Al-Jafree ( Ahli Majlis MBPJ),Us.Ramli bin Sidom (JAIS), Ustaz Fauzi Asmuin (ISMA) dan Timb.YDP ISMA PJ.
Bergambar bersama penggerak utama program muslimat antaranya Pn.Norzayah dan Ustazah Hayati.Ucapan terima kasih kepada Dr.Normah bt Abdullah dari ISMA PJ yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan Jom Sunathon 2008.
Terima kasih kepada Ustaz Ramli bin Sidom yang sudi hadir walaupun saya jemput hanya dengan panggilan telefon.Juga buat Tn.Syed Abd Malek yang sudi hadir walaupun hanya di jemput untuk hadir pada 8.00 pagi hari majlis tersebut.Inilah contoh pemimpin... Walaupun sibuk luangkan juga masa berbanding ada anak kariah sendiri yang memang tahu ada program tadi buat tak reti sahaja...Lebih malang lagi kalau ada di tingkat atas tapi tak nak jengok langsung ke tingkat bawah..
Sedang mendengar taklimat dan menunggu giliran.Debar di dada hanya Allah sahaja yang tahu. Pengerusi majlis mengingatkkan jangan pulak ibu bapa yang pengsan...mana tau kan!!!
Acara sampingan...pertandingan mewarna kanak-kanak juga dibawah seliaan team pendidikan ISMA PJ.
Sembur!!!!!....Mandikan mereka semua
Terima kasih kepada Bomba&Penyelamat Sg.Buloh yang sudi hadir untuk membantu dan seterusnya mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi program ini.
Adik Harith Mursyidi dah selesai...Relex je!!! Boleh baca buku lagi tu... Adik Hanin Maisyarah tertidur kerana menunggu abang tersayang.
Yang bagi peace tu bukan main penakut asalnya..Sebelum sampai giliran menggigil dan huru-hara ketakutan.Dah lepas bukan main peace lagi...Yang sorang lagi tu memang handal,dari awal lagi buat selamba je!!! Macam kena gigit semut api jee!!!
Aksi team Prof.Latif & Young Mercy dari Cyberjaya Medical Collage, team ‘Smart Clamp’ dan sukarelawan ISMAPJ.Ini antara yang bole siarkan...yang lain foto 18 SX. Team Young Mercy sedang melapah!!! En.Hamdan tersengih saje tengok anak terunanya dikerjakan..
Foto khas!!! DUA hero yang paling handal dan liat.Semua dapat giliran yang pertama tetapi selesai adalah yang terakhir.Antara kata2 yang paling menarik "akak yang buat??tak nak akak!!! " melompat dari tempat berbaring beb!!!
Sempat lagi tu Ustaz Halim dengan puteranya bergaya di motor Bomba.Terima kasih ustaz kerana kerjasama yang diberikan.
Terima kasih buat semua petugas samada dari pihak masjid,ISMA PJ dan team Young Mercy. Hanya allah swt yang mampu membalas budi baik tuan&puan.Semoga bertemu lagi dilain program di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.
Banyak lagi foto disini dan disini pun ada lagi!!!
Terima kasih semua... Jazakallahu Khairan.
Ustaz Mohd karim Ibrahim sedang menyampaikan ucapan perasmian dan pesanan buat ibu bapa dan para jemputan.Antara pesanan beliau ialah berikan pendidikan Islam kepada anak-anak dari kecil kerana cabaran hidup sekarang terlalu banyak anasir-anasir yang merosakkan akhlak.Bacaan Ayat suci Al-Quran Surah As-Zhumaar oleh adik Hasya Mursyidah bt.Azizan memulakan majlis.Semoga anak comel ini terus cemerlang.
Persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tadika Islam AlFarabi... Boleh tahan juga,berbakat!!
Inilah anak-anak yang bergraduasi pada tahun 2008.Mereka bergambar bersama-En Saroji dan guru-guru yang mengajar di Tadika Al-Farabi.Buat pengurusan tadika,pihak masjid mengucapkan ribuan penghargaan atas kesudian memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.Walaupun serba dhaif dan kurang kelengkapan namun pendidikan dapat diteruskan.
Kepada anak-anak ini selamat menempuh alam baru persekolahan pada tahun 2009.Selamat maju jaya dan terus cemerlang demi untuk keluarga agama dan negara kita.
Ucapan oleh Tuan Nazir Dr.Hj Zahazan bin Mohamed mengalu-alukan kedatangan Dato Ismail Kamus dan semua muslimin dan muslimat.Semoga semua dirahmati Allah swt
Dato Ismail Kamus sedang menyampaikan ceramahnya.Walaupun suasana di luar hujan lebat namun jemaah dapat mendengar amanat yang beliau sampaikan.
Kehadiran cukup memberansangkan walaupun hujan lebat.Ceramah yang amat bernas disampaikan oleh penceramah jemputan membuat anak jemaah dapat mengubat kerinduan kepada para guru-guru yang tersohor dimana sebelum ini telah di"peti ais"kan oleh pihak yang berkenaan.Alhamdulillah sekarang kita boleh bersama para guru yang amat dihormati oleh semua golongan dan tidak mengira parti.
Selepas majlis seperti biasa....jamuan yang telah disumbangkan oleh ramai para jemaah.Majlis ini juga sempena kesyukuran kepada para jemaah haji.Selamat menunaikan fardhu haji kepada Pak Bilal kita ustaz Abd Razak bin Ahmad.Semoga mendapat haji yang mabrur...Insyaallah!!