

Barangkali ini sikap semula jadi makhluk bernama manusia, bahawa selalu lupa dan bertindak melewati batas. Kalau tidak masakan Allah s.w.t. menekan dan mengulangi peringatan demi peringatanNya kepada manusia, namun mereka juga tetap lupa.
Surat As-Ashr Demi Masa adalah gambar sebenar bagaimana liatnya manusia dalam mematuhi arahan Tuhan dan berwaspada dengan janj-janjiNya. Manusia dalam kealpaan dan kerugian!
Apabila berlakunya tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang kelmarin yang meragut empat nyawa setakat ini dan kemusnahan jutaan ringgit harta benda, kita jadi seperti baru tersedar dari tidur yang lena.
Selepas semuanya menjadi malapetaka,barulah kita gopah gapah mahu kembali kepada realiti dan hakikat dan ingin membuat persediaan atau baru menyesal sedangkan kemusnahan dan maut sudah pun meragut jiwa manusia. Lalu kita pun bercakap dan bercakaplah, bertutur dan bertuturlah begitu dan begini. Resolusi pun dicari untuk mengatasinya. Semua pihak dan individu turut bercakap dan memberi pandangan penyelesaian dari orang biasa sampailah kepada Perdana Menteri. Semuanya seperti bersedia ingin perbetulkan keadaan.
Lagak itu sepertilah seorang budak kecil mahu menyusun kaca yang sudah pecah dan hancur. Seharusnya dia berhati-hati dan mengambil sikap menjaga sekeping cermin berharga itu disimpan di tempat paling selamat agar menjamin ianya tidak hancur berkecai.
Selalunya juga bila berlaku tragedi malang seperti itu maka kita pun saling tunding menunding anara satu sama lain. Dalam hal ini pihak berkuasalah dijadikan mangsa walhal sebelum ini amaran dan nasihat sudah pun diberikan. Peringatan demi peringatan sudah dikeluarkan. Sudah berbuih mulut pakar bumi dan alam sekitar memperihalkan keadaan dan kemungkinan yang boleh terjadi. Tetapi kerana manusia ini sering diamuk amarah, ingin melebih dan lagak tinggi, tamak dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat Tuhan, maka berlaku apa yang selalu berlaku itu.Sebenarnya tidak ada siapa yang bersalah atau tidak bersalah dalam hal ini, termasuk apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu. Semua manusia harus bertanggungjawab dan menerima akibatnya. Setiap dari kita kena sentiasa memikirkan risikonya. Tuhan membina alam maya ini dengan cantik dan indah untuk kegunaan manusia. Yang mengkhianat dan memusnahkan adalah manusia sendiri. Kita!
Tuhan tidak pernah mungkir dan tidak akan mungkir! Tuhan akan memenuhi apa yang manusia kehendaki! Tidak kira baik atau buruk. Di sinilah sifat Allah, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tegasnya yang memusnahkan dunia ialah manusia sendiri, manusia yang tidak insaf, termasuk apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu.
Kita perhatikan apa yang sudah, sedang dilakukan dan apa yang ada dalam kepala kita! Kita sedang merancangkan sesuatu yang bersalahan dengan fitrah alam dan fitrah kehidupan kita sendiri. Renung dan masuklah ke dalam diri, jawabnya sudah lama ada terdampar di sanubari kita. Kadang-kadang kita berbohong kepada diri sendiri.
Peringatan Allah dalam surat Ar Ruum, ayat 41 menjelaskan segalanya dan kita tidak perlu menyesal sebaliknya kita perlu insaf.
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).- Surah Ar Ruum: 41
Begitulah peringatan Allah. Jadi kita tidak perlu menyesal dan menyalahkan kepada sesiapapun melainkan diri kita sendiri. Berjanji dan bertaubatlah tidak mengkhianti perintah Tuhan lagi. Cuma untuk menenangkan perasaan, menghindari akan berulangnya tragedi yang sama, kita perlu mengambil kejadian itu sebagai hikmah. Ada rahsia dan maksud Tuhan disebalik kejadian itu. Tidak sia-sia Tuhan mentadkirkan sesuatu baik yang menggembira dan mengazabkan. Oleh itu jika kita mengguna manfaatnya kita akan selamat dan akan ditambah rahmat.
Hikmahnya, kita perlu jadikan iktibar, panduan dan sempadan dalam kehidupan. Tujuannya bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih teruk lagi. Dan apa yang berlaku itu kita jangan kufur dan menyalahkan Allah kerana bahawasanya Allah sudah tegaskan;
"Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu, Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu siksa dari langit, karena mereka berbuat fasik." - Surah Al Baqarah: 59. Ditegaskan lagi dalam surah Asy-Syura:30; "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh tanganmu sendiri."
Jadi berhubung dengan tragedi di Bukit Antarabangsa ini dan kejadian seumpama dengannya tidak payahlah kita menepuk dada dan bertanyakan selera lagi, tetapi kita kena sama-sama mengakui bahawa kita telah bersalah. Tahziah dan didoakan semoga diberikan Allah kekuatan iman kepada semua yang terlibat dengan tragedi itu!
Program Sunathon 2008 telah disertai oleh 36 orang dan masih ramai lagi yang berminat tetapi ini adalah pioneer project!! Tahun depan kita buat lagi ramai insyaallah.Majlis telah di rasmikan oleh Al-Fathil Ustaz Ramli bin Sidom( Pegawai Penyelaras Masjid & Surau JAIS ).
Saksikan beberapa foto yang sempat dipostkan buat tatapan semua.
Majlis Khatam Al-Quran dengan bimbingan oleh Imam 1 Masjid Al-Muhtadin Ustaz Hj.Fadil bin Md Noor.Kelihatan pengerusi majlis ialah En.Zainan bin Ismail antara penggerak utama program di Masjid Al-Muhtadin. Semua peserta bergambar bersama para jemputan antaranya dari kanan Pn Norzayah(Ketua Muslimat Masjid),En.Azizan bin Suradi(S/U Masjid),Ustaz Hajar bin Opir(YDP ISMA PJ), Tn.Syed Abdul Malek bin Syed Hamid Al-Jafree ( Ahli Majlis MBPJ),Us.Ramli bin Sidom (JAIS), Ustaz Fauzi Asmuin (ISMA) dan Timb.YDP ISMA PJ.
Bergambar bersama penggerak utama program muslimat antaranya Pn.Norzayah dan Ustazah Hayati.Ucapan terima kasih kepada Dr.Normah bt Abdullah dari ISMA PJ yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan Jom Sunathon 2008.
Terima kasih kepada Ustaz Ramli bin Sidom yang sudi hadir walaupun saya jemput hanya dengan panggilan telefon.Juga buat Tn.Syed Abd Malek yang sudi hadir walaupun hanya di jemput untuk hadir pada 8.00 pagi hari majlis tersebut.Inilah contoh pemimpin... Walaupun sibuk luangkan juga masa berbanding ada anak kariah sendiri yang memang tahu ada program tadi buat tak reti sahaja...Lebih malang lagi kalau ada di tingkat atas tapi tak nak jengok langsung ke tingkat bawah..
Sedang mendengar taklimat dan menunggu giliran.Debar di dada hanya Allah sahaja yang tahu. Pengerusi majlis mengingatkkan jangan pulak ibu bapa yang pengsan...mana tau kan!!!
Acara sampingan...pertandingan mewarna kanak-kanak juga dibawah seliaan team pendidikan ISMA PJ.
Sembur!!!!!....Mandikan mereka semua
Terima kasih kepada Bomba&Penyelamat Sg.Buloh yang sudi hadir untuk membantu dan seterusnya mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi program ini.
Adik Harith Mursyidi dah selesai...Relex je!!! Boleh baca buku lagi tu... Adik Hanin Maisyarah tertidur kerana menunggu abang tersayang.
Yang bagi peace tu bukan main penakut asalnya..Sebelum sampai giliran menggigil dan huru-hara ketakutan.Dah lepas bukan main peace lagi...Yang sorang lagi tu memang handal,dari awal lagi buat selamba je!!! Macam kena gigit semut api jee!!!
Aksi team Prof.Latif & Young Mercy dari Cyberjaya Medical Collage, team ‘Smart Clamp’ dan sukarelawan ISMAPJ.Ini antara yang bole siarkan...yang lain foto 18 SX. Team Young Mercy sedang melapah!!! En.Hamdan tersengih saje tengok anak terunanya dikerjakan..
Foto khas!!! DUA hero yang paling handal dan liat.Semua dapat giliran yang pertama tetapi selesai adalah yang terakhir.Antara kata2 yang paling menarik "akak yang buat??tak nak akak!!! " melompat dari tempat berbaring beb!!!
Sempat lagi tu Ustaz Halim dengan puteranya bergaya di motor Bomba.Terima kasih ustaz kerana kerjasama yang diberikan.
Terima kasih buat semua petugas samada dari pihak masjid,ISMA PJ dan team Young Mercy. Hanya allah swt yang mampu membalas budi baik tuan&puan.Semoga bertemu lagi dilain program di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.
Banyak lagi foto disini dan disini pun ada lagi!!!
Terima kasih semua... Jazakallahu Khairan.
Ustaz Mohd karim Ibrahim sedang menyampaikan ucapan perasmian dan pesanan buat ibu bapa dan para jemputan.Antara pesanan beliau ialah berikan pendidikan Islam kepada anak-anak dari kecil kerana cabaran hidup sekarang terlalu banyak anasir-anasir yang merosakkan akhlak.Bacaan Ayat suci Al-Quran Surah As-Zhumaar oleh adik Hasya Mursyidah bt.Azizan memulakan majlis.Semoga anak comel ini terus cemerlang.
Persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tadika Islam AlFarabi... Boleh tahan juga,berbakat!!
Inilah anak-anak yang bergraduasi pada tahun 2008.Mereka bergambar bersama-En Saroji dan guru-guru yang mengajar di Tadika Al-Farabi.Buat pengurusan tadika,pihak masjid mengucapkan ribuan penghargaan atas kesudian memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.Walaupun serba dhaif dan kurang kelengkapan namun pendidikan dapat diteruskan.
Kepada anak-anak ini selamat menempuh alam baru persekolahan pada tahun 2009.Selamat maju jaya dan terus cemerlang demi untuk keluarga agama dan negara kita.