Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001.Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003.Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003.Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004.Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.
Kuliah Bulan November 2008
Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008; 01 Nov - Us.RojihanUmum Kuliah Maghrib 02 Nov - Us.IrwanUmumKuliah Suboh 02 Nov - Dato Ismail KamusKuliah Maghrib 03 Nov - Us.Mohd Karim IbrahimRisalah Tauhid 04 Nov - perbincangan anak kariah 05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith 06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi 07 Nov - Us.Hadi TalhaFiqh Jinayat 08 Nov - Perbincangan anak kariah 09 Nov - JemputanKuliah Suboh 09 Nov - Us.HairulHaji&Umrah 10 Nov - Us.NidzamSoaljawab Feqah 11 Nov - Us.MalekMohamadMunyatul Musolli 12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith 13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi 14 Nov - Us.ShamsulTasauf 15 Nov - Perbincangan Anak Kariah 16 Nov - Us.Nizam KadirUmumKuliah Suboh 16 Nov - Us.OsmanAl-Quran&Sains 17 Nov - Us.AzrulSirah Nabawiyyah 18 Nov - Us.Mohd KarimRisalah Tauhid 19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith 20 Nov - Us.Ridzuan Md NorFiqhussyirah 21 Nov - Us.Ahmad KamalHadith Qudsi 22 Nov - Perbincangan Anak Kariah 23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh 23 Nov - Us.Hj Md NoorUmum 24 Nov - Us.NidzamSoaljawab Feqah 25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid 26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed300 Hadith 27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil 28 Nov - Perbincangan Anak Kariah 29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum 30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh 30 Nov - Us.Mohd KarimRisalah Tauhid
** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin.Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.
Kuliah & Khatib Jumaat January 2009
M1 - 02 Jan -Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar(Imam 2) M2 - 09 Jan -(Jemputan) M3 - 16 Nov -Hj.Fadil Md Noor(Imam 1) M4 - 23 Nov -Dr.Hj Zahazan Mohamed( Nazir ) M5 - 30 Jan -(Jemputan)
Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)
Sunday, August 24, 2008
Ceramah Al-Fathil Dato Hassan Din
Ceramah "3 in 1"
Program sempena Israk&Mikraj,Nisfu Syaaban dan Ihya Ramadhan pada 21 Ogos 2008. Alhamdulillah berjalan lancar dan kehadiran hebat!!! Penuh dewan solat.
Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan Selangor pada Hari Jumaat 01 Oktober 2004M Bersamaan 16 Syaaban 1425H
SINGA ISRAEL ASIA
Bersamalah kita teguhkan azam dan cita-cita semoga sejarah Batu Putih tidak berulang di hari muka.Walaupun luas 0.2 hektar,ia tetap tanahair kita bukannya Singapura. Fakta sejarah ia milik Kesultanan Johor. Pada 23.05.08 kedaulatannya dirogol jiran yang tidak ada asas sejarah ke atasnya. AWAS Apa lagi selepas ini? Pulau Pisang? Wilayah Iskandar?
Sejarah - AJK Kariah Masjid 2003
Nazir : Ustaz Hussain Othman (Idaman) Tim.Nazir : En Husin Bavutty @Haniffa (Lestari) Setiausaha : En. Al Razi Kamarudin (Harmoni) Pen.S/U : En. Azizan Suradi (Idaman) Bendahari : Ustaz Helmi Ahmad (Impian) AJK : 1. En Azahari Sairin (Idaman) 2. Ustaz Karim (Permai) 3. En Zainal Abidin Hashim(Saujana) 4. En Abd Latiff Daud (Saujana) 5. Tn.Hj Rahim (Bayu) 6. En Aziz Idrus (Indah) 7. En Mohd Noor (Impian) 8. En Bakri (Lestari) Imam : 1. Ustaz Shahril Abd Mutalib 2. Ustaz Zulkhairi Bidin Bilal : 1. Ustaz Zakri 2. Ustaz Rashid Siak : 1. En Hafizullah 2. Pakcik Khamis ** Senarai AJK dicalonkan oleh kariah surau-surau sehingga majlis perasmian diadakan.
Sejarah Duka 2004-2008
Masjid Al-Muhtadin Menjadi Tunggang Langgang Kerana Puak Ini!!
Nazir Al-Muhtadin 2008
Inilah Pilihan Terbaik Dari Anak Kariah Damansara Damai. Al-Fathil Ustaz Dr.Hj Zahazan bin Mohamed dilahirkan di Melaka. Mendapat pendidikan awal di SK Kg.Gelam, SMK Agama Sultan Muhammad, Melaka. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan.Ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab di UM. Seterusnya menyambung pengajian Phd juga di UM. Kini Pensyarah di UIAM.Aktif dalam bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel akhbar dan majalah. Penyampai kuliah Tafsir di IKIM.fm.T elah menerbitkan 6 buah buku ilmiah.
AJK Masjid TERKINI 20.07.08
Nazir : Al-Fathil Dr.Hj Zahazan Muhamad Tim. Nazir : Al-Fathil Ust.Mohd Karim Ibrahim Setiausaha : En Azizan Suradi Pen. Setiausaha : En Termizi Zamuji Bendahari : En Mohd Nordin Omar
AJK ; Ust.Nasir Hassan Ust.Wan Mohd Samawi En.Najmi Dawam En.Mohd Nor Awang En.Zainan Ismail En.Hakimi Abd Mutalib En.Azizol Adam En.ShahrulNyzwan (Wakil Pemuda) En.Mohd Azfar Mohd Saad (Wakil. Wanita) Pn Norzayah Abdullahh (Pem. Kira2 I) Tn.Hj Ashraf Mohd Iqbal (Pem. Kira2 II) Pn. Aishah Abd Rahman Imam 1 : Uz. Hj Mohd Fadil Md Noor Imam 2 : Uz.Mustafa Kamal A.Bakar Bilal 1 : En Shaidi Che Nat Bilal 2 : Uz. Abd Razak Ahmad Siak 1 : En.Mohd Ramzan Sidek Siak 2 :En Megat Ahmad Pembantu Am : Tn.Hj Che Mid Ariffin
Info selanjutnya berkenaan AJK baru akan diupdate dlm masa terdekat. Sama-sama kita Imarahkan Al-Muhtadin.
Infaq dan Wakaf
Berilah Infaq kepada Al-Muhtadin agar masjid dapat ditadbir dengan profesional. Akaun Maybank Berhad Sri Damansara 564397003513.
Amal Islami Zon 1 Petaling 2008
Kumpulan Nasyid KAFA Al-Muhtadin Johan dan akan mewakili Zon 1 ke peringkat PJ pada bulan Jun 2008... Tahniah semua guru-guru dan harap teruskan kecemerlangan
Amal Islami Zon 1 Petaling 2008
Harith Mursyidi dari KAFA Al-Muhtadin mendapat tempat ke-2 dalam Hafazan Amal Islami Zon 1 Petaling.Anak ini akan mewakili KAFA Al-Muhtadin dan Zon 1 ke peringkat Daerah PJ pada Bulan Jun 2008.Tahniah untuknya dan juga semua guru KAFA
Sukan Tadika Al-Farabi 2008
Pembacaan Ikrar dan Doa Riadah diketuai oleh sicomel bernama Hasya Mursyidah
Sukan Tadika Al-Farabi kali ke-5 2008
Tahniah kepada semua yang menjayakan terutamanya guru-guru Tadika dan KAFA,ibubapa,pelajar dan penghargaan tak terhingga buat AEON Bandar Utama yang memberikan sumbangan tenaga sebagai pembantu serta sumbangan hadiah.Sekalung tahniah kepada lembaga pengelola tadika dan KAFA yang terus komited kepada pendidikan anak-anak Damansara Damai
Al-Harith akan bersama jemaah prihatin dan seluruh anak kariah menjaga dan mengimarahkan Al-Muhtadin dengan berbagai majlis ilmu dan kearah memasyarakatkan masjid.Teguran sahabat akan sentiasa diterima walaupun dangkal dan hipokrit.
Kelahiran : JAVA,SABAK BERNAM
Profession: Che'gu Tukang
harithmursyidi@yahoo.com
No comments:
Post a Comment