Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, August 24, 2008

Program 24 Ogos 2008

Seminar "RIBA" Dalam Muamalat Moden

Majlis bermula 9.00 pagi dan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Zaharuddin bin Mohammad dari GAGASAN.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ustaz Ramli bin Sidom Pegawai Penyelaras Masjid JAIS.
Lihat beberapa foto program berkenaan...



Program 24 Ogos 2008

Majlis Aqiqah Blok H Apt.Idaman

Menjelang Ramadhan banyak program diatur oleh penduduk dan anak kariah.Saya akan post mana yang sempat n takde ulasan...Semua program berjalan lancar.
Tengok la foto-foto ni...



Dari lepas Suboh dah mulakan tugas.Bersama penduduk sebagai persediaan sembelih sekor lembu dan 2 ekor kambing.Dah siap tumbang penduduk uruskan untuk masak dll baru boleh gerak ke program di masjid pula.
2.oo petang datang semula bersama jemaah masjid dan semua peserta seminar untuk mengadakan doa selamat dan tahlil.Dengan izin Allah s.w.t rezeki melimpah2... masakan yang disediakan memang lazat dan daging kambing memang uuuummppp!!! Walaupun hujan lebat mencurah2 namun majlis tetap berjalan lancar.
Penduduk terpaksa sewa khemah juga 3 buah kerana pihak yang berkenaan mungkir janji atau ntah la..nanti saya uruskan dan claim pada pihak tersebut.Apa pun teri masih buat semua yang terlibat.

Gotong Royong Masjid

Anak Kariah Bergotong-royong

Program gotong royong pada 23 Ogos 2008 berjalan lancar.
Kehadiran menggalakkan.Walaupun hari Sabtu di ketika ramai yang bekerja dan urusan keluarga yang lain,masih ramai juga yang prihatin dengan keadaan masjid.
Namun begitu kemungkinan besar minggu depan akan dibuat sekali lagi,kerana kawasan masjid yang luas kalau setakat 40 orang buat kerja tak dapat nak siap....

Terima kasih yang hadir dan terima kasih juga kepada yang memberikan sumbangan.

Anak2 ni bersemangat buat kerja...Makan banyak2 nanti boleh tolong lagi!!!
Kita minum dulu!!!...Penat buat kerja,rehat kena nasi goreng,mee goreng n buah rambutan..
Rehat dulu...Lepas ni boleh sambung kerja lagi
Terima kasih kpd sahabat n krew yang memberikan sumbangan rawatan anai-anai untuk masjid dan rumah pegawai secara percuma..Insyallah sekali setahun dia akan buat secara percuma selagi beliau masih tinggal di Damansara Damai.

Cuci bersih2 tau!! Nanti dah siap boleh terus mandi...
Nak gotong royong ke nak sembelih lembu?? Asah sakan nampak!!
Inilah pakar menebang dan menebas semak samun...Kasi clear semua!!!
Baik-baik bang!!! Jatuh ke bawah nanti bangun la sendiri..
Majlis tamat pada jam 1.00 petang.Alamak!! ada program lagi petang ni...Sibuk sungguh la sekarang,Ramadhan dah dekat ni banyak sungguh yang berhajat macam2.Lepas zohor ada jemputan kenduri di Rumah Tn.Hj Rosmi semua jemaah dijemput hadir.Gotong royong dah buat perut pun tengah lapar...kwn2 jgn lupa makan disana.
Saya dan beberapa sahabat yang lain terpaksa hadir ke Masjid Negeri kerana ada program lain. Program 12.30 tengahari tapi 1.00 petang baru kami gerak kerana sibuk program gotong royong tadi...
Terima kasih semua

Ceramah Al-Fathil Dato Hassan Din

Ceramah "3 in 1"

Program sempena Israk&Mikraj,Nisfu Syaaban dan Ihya Ramadhan pada 21 Ogos 2008. Alhamdulillah berjalan lancar dan kehadiran hebat!!! Penuh dewan solat.
Beberapa foto majlis tersebut;



Wednesday, August 20, 2008

Lawati www.tranungkite.net

Pagi ni gatal jari belek-belek web/blog...jumpa pulak iklan ni!!!
Bagus..ada yang tolong iklan!!
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14700&mode=thread&order=0&thold=0

Program Seminar Riba Dalam Muamalat Moden
24 Ogos 2008 (Ahad)
9.00pg - 12.00 tghari
Masjid Al Muhtadin,
Damansara Damai, Selangor

Pembentang Kertas Kerja;
Ust Azharudin Mat Said
Presiden Gabungan Graduan Timur Tengah

Anjuran ;
Gabungan Graduan Timur Tengah(GAGASAN) dengan Kerjasama Biro Pemuda Masjid Al- Muhtadin, Damansara Damai.

Penduduk sekitar kawasan Subang dan Damansara dijemput hadir.

Tuesday, August 19, 2008

Update : Program Minggu Ini

Program Minggu Ini

20hb. >> Mesyuarat Program Gotong Royong
21hb. >> Ceramah Khas oleh Datok Abu Hassan Din Al-Hafiz
22hb. >> Jemputan Silaturrahim Surau Armanee Condo
23hb. >> Gotong Royong Masjid Al-Muhtadin
24hb. >> Seminar RIBA Dalam Muamalat Moden
24hb. >> Majlis Aqiqah Blok H Apt. Idaman

Jom bersama-sama mengimarahkan dan membantu apa yang perlu.

Muktamar 54

Foto Indera Mulia Ipoh

Selesai program terus bergegas ke Ipoh Perak bersama rakan-rakan..Ada hal penting disana!!!
Tengok la sikit foto-foto ni...




Pak Aji Mid bergaya bersama Datok Sri Ir.Nizar Menteri Besar Perak tuu!!! Tengah syok sembang Mak Aji telefon la pulak!!!

Cuba tengok yang bawah ni....Wazi Hamid (Raja Cup Prix Malaysia) pun dah aktif dengan jemaah kita yob!!Siap pakai jubah datang dengan famili,dua orang tu anak dia la!! Kata Wazi "Mak suruh balik kampung wat kerja jemaah..sampai bila nak merempit!!"

Ni la dia rakan2 yang bersama ke Indera Mulia Ipoh...Md Noor,Tn.Hj Che Mid,Khairul Anuar dan Tarmizi "Orang Kaya".Malamnya kami tidur di Hotel Al-Azim 5 star kat Tambun.

Program 16 Ogos 2008

Nak Post Foto Sahaja..
Minta maaf la tak dapat ulas banyak tentang program Masjid Al-Muhtadin.Dapat post foto pun jadi la!!! Sekarang tengah sibuk banyak keje yob!!
Ni foto kuliah muslimat berkaitan Klinik Solat.Kehadiran agak kurang memberangsangkan.Ada la dianggarkan 30 orang shj...Agaknya ramai muslimat yang balik kampung kot!!! Atau mungkin mereka rasa solat mereka dah betul agaknya..


Ni pulak foto anak-anak kita yang join program Bina Insan Negeri Selangor.Kehadiran mencapai target iaitu sekitar 70-80 orang.Namun begitu sambutan dari ibu bapa agak kurang...hanya ada sekitar 20 orang je!!! Ramai yang datang hantar anak shj lepas tu cabuuttt!!!

Secara keseluruhannya perjalanan program amat baik dan memuaskan pihak penganjur dan semua yang terlibat.Insyaallah boleh anjurkan lagi dan segala kelemahan akan diatasi diprogram akan datang.

Thursday, August 14, 2008

Subhanallah!!

Pengurusan Yang "POOR"
Lihatlah hasil dan peninggalan mereka.

Bil elektrik tertunggak lebih RM14,000.00 Fuuuhhh!!! Berapa bulan tak bayar ni??

Tunggakan bil air RM5,000.00....Fuyooo!! Letih nak pikio yob!! Semoga dilimpahkan rezeki buat masjid menjelang Ramadhan ini agar segala yang tertunggak dapat dibereskan.Insyaallah AJK yang baru dilantik akan mnguruskannya dengan penuh kebijaksanaan.

Program Masjid

Jom Ke Masjid Al Muhtadin

Kepada semua jemaah...muslimin dan muslimat...

Jom beramai-ramai kita Ke Masjid Al Muhtadin Damansara Damai. Bawalah anak isteri kita kerana program yang amat bagus akan di adakan esok untuk seisi keluarga.Isteri boleh join;
- Program Muslimat iaitu Klinik Solat >> Bersama perbaiki mutu solat
- Program Bina Insan Negeri Selangor >> Bapak join program yang ini bersama anak yang berumur 7-17 tahun bersama memotivasikan diri untuk berjaya dalam hidup dan pendidikan.
Jom..Jom..Jom..JOM.. Ke Masjid!!!

Tarikh : 16 Ogos 2008
Program :
1. Klinik Solat Muslimat bertempat
di Dewan Solat Masjid Al Muhtadin
( 9.00-2.00 petang )

2. Bina Insan Negeri Selangor

bertempat di KAFA Al-Muhtadin
( 9.00-5.00 petang )

Perasmian :
Al-Fathil Dr.Hj.Zahazan b Mohamed
( Nazir Masjid Al-Muhtadin )

Tazkirah Jumaat : Kubur Akan Berkata-kata

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
- Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
- Hasan (anak Fatima r.a)
- Husin (anak Faimah r.a )
- Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
- Hendaklah ia menjaga solatnya
- Hendaklah dia bersedekah
- Hendaklah dia membaca al-Qur'an
- Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih.
Dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
- Jangan berdusta
- Jangan mengkhianat
- Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
- Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Wallahualam...

Friday, August 8, 2008

Titipan Sabtu

ASAL USUL SOLAT
SUBOH

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZUHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Wallahualam..

Van Jenazah

Kembali di Perkarangan Al Muhtadin



Saya pernah mengulas berkaitan kemana menghilangnya van jenazah masjid.Setelah beberapa siri siasatan akhirnya ia kembali ke Perkarangan Al Muhtadin.
Kemana pergi van ini sekian lamanya??
Malas nak ulas banyak2... semua kerana pengurusan yang lemah dan tiada wibawa.Duit masjid habis van jenazah jahanam.


Alhamdulillah...
Segalanya telah selesai dan segala kerosakan yang disorokkan telah dibaiki.Kini van jenazah kembali sempurna dan sedia untuk digunakan.Terima kasih buat semua sahabat yang membantu mencari dan mengusahakan segala urusan repair,cukai jalan dan lain2.Jaga dan gunalah dengan sebaiknya.Sekali terima kasih buat hamba allah yang tidak jemu2 menderma untuk Masjid Al Muhtadin.Terima kasih juga buat Tn.Hj Che Mid yang banyak membantu, semoga Allah swt melimpahkan rezeki dan kebahagian buat tuan sekeluarga.

Negara Berkebajikan

Kebajikan Untuk Damansara Damai

Salah satu yang menariknya slogan "Negara Berkebajikan" ini didendangkan semasa kempem PRU 12.Saya amat setuju dan menyokong penuh slogan ini dan akan bersama kerajaan.Namun begitu adakah dapat dilakukan dalam masa yang singkat?...Ya! boleh secara berperingkat-peringkat.Nah!! sekarang di Selangor segala telah bermula dengan 7 tawaran menarik dalam Plan MES Merakyatkan Ekomoni Selangor.

Apakah kekangannya??
Dalam kerajaan negeri mungkin sumber kewangannya dan perlaksanaannya.
Bagaimana diperingkat bawahan??
Ini yang menjadi persoalan...agak prejudis menyatakan perkara ini tetapi selepas 4 bulan PRU 12 yang kelihatan terus bergerak lancar ialah PAS.Di sesetengah tempat DAP dan PKR nampaknya berjaya mengatur banyak sistem penyampaian yang berkesan.

Bagaimana di Parlimen Subang??
PAS terus bergerak lancar dan bertambah giat walaupun jentera penggerak tak ramai berbanding yang lain tetapi penggerak memberi arahan maka para pendokong pun akur kepada pimpinan...
PKR bagaimana??
Pada zahirnya lancar tetapi yang tersirat ialah penggeraknya bertelagah dan bercelaru maka pendokongnya makin tercengang-cengang dan kebingungan apa yang perlu dilakukan.Arahan tidak jelas tetapi rakyat kepeningan.

Damansara Damai bagaimana??
Tak tau la apa nak jadi!!
Harap-harap selepas sessi "post mortem" yang lepas akan berubah dan dapat merapatkan kembali persaudaraan agar program-program seperti tempat lain dapat dijalankan.Kuatkan tekad untuk bekerja demi kepentingan rakyat.
Segera bertindak!!!
Kasihan kepada rakan2 dan jiran2 kita yang benar2 memerlukan bantuan.Ramadhan hampir tiba dan Syawal juga akan ditempoh...Bantu mereka di saat kesusahan insyaallah ada bahagian anda di sisi Allah swt..

Sekian.

Tuesday, August 5, 2008

Hadith Hari Ini : Ukhuwah dan Persaudaraan

Jalinkan Silaturrahim


“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim” (Hadith Riwayat Al- Bukhari).


Dalam berinteraksi sebagai makhluk sosial, manusia diibaratkan seperti senduk dan belanga. Maksudnya, dalam interaksi senduk seringkali menyentuh belanga, bahkan sampai mengeluarkan bunyi agak kuat. Namun keduanya seakan-akan selalu bermaaf-maafan dan menjadi teman setia sekian lama. Demikian juga manusia, yang dalam interaksi sesamanya kadangkala menyentuh hati manusia lain. Sebab itu Islam menganjurkan kita untuk selalu memperbaharui silaturrahim.
Sebagaimana namanya, “silah” ertinya hubungan atau menghubungkan, dan “ar-rahmi” ertinya kasih sayang. Dilihat dari maknanya, sudah jelas mengapa Allah sangat menganjurkan hamba-hamba Nya sentiasa memelihara dan memperbaharuinya. Lebih-lebih lagi pada waktu menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Aidil Fitri.

Banyak keuntungan diperolehi dari silaturrahim, antaranya disebutkan dalam hadith di atas iaitu dimudahkan mendapat rezeki dan dipanjangkan umur. Rezeki Allah swt kadangkala diberikan melalui tangan-tangan manusia atau sepatah kata dari orang lain. Sepatah kata yang bijak dan bermanfaat dari orang lain tidak tertutup kemungkinan menggugat dan membuka fikiran kita seluas-luasnya, sehingga mampu melihat peluang-peluang rezeki yang dihamparkan Allah swt setiap hari di dunia ini. Oleh kerana itu, silaturrahim sebaiknya dilakukan bukan hanya dengan orang-orang yang dikenal, tetapi juga dengan orang yang tidak dikenali.

Selanjutnya, umur manusia yang sukakan bersilaturrahim akan mendapat keberkatan. Kerana hidup dalam kedamaian, sebagai akibat kesan kebaikan dari silaturrahim, menjadi benar-benar terisi dan penuh nikmatnya, tidak takut dalam mencari rezeki, dan boleh beribadah kepada Allah dengan semaksima mungkin.

Hari Keluarga PASTI An-Nur

Mari Berkasih Sayang

Hari Keluarga dan Sukaneka adalah program tahunan PASTI.Ia bukan sekadar bermain dan bersuka ria untuk pelajar dan ibubapa,tetapi ia juga merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan semangat persaudaraan antara pihak pengurusan,guru dan para ibubapa.Ianya penting supaya semua pihak memainkan peranan secara aktif untuk sama-sama menjayakan PASTI demi kebaikan para pelajar ke arah membina generasi yang beriman dan beramal soleh di masa hadapan

Foto kenangan program Hari Keluarga PASTI An-Nur pada 03 Ogos 2008 yang lalu.Sekali lagi syabas dan tahniah walaupun baru berusia setahun jagung namun program berjalan lancar.Untuk makluman semua PASTI An-Nur Damansara Damai mula beroperasi pada bulan Januari 2008 dan masih mentah lagi.Insyaallah akan semakin hebat pada tahun mendatang... Takbir!!!