Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Tuesday, July 8, 2008

Sutera Damansara lagi.. Notis 21 hari!!

Notis Kepada Tuan Tanah Bersebelahan

Seperti biasa rutin saya pada malam hari ialah bersama-sama penduduk mengadakan rondaan dan kawalan sukarela di sekitar Apt.Idaman Damansara Damai.Sambil menikmati kopi panas jam 1 pagi di pondok Bit Polis saya bersembang dengan bekas Pengerusi Persatuan Penduduk sessi yang lepas.
Beliau memaklumkan bahawa ada surat dari MBPJ berkaitan projek Jabatan Perkhidmatan Haiwan PJ.Saya terkejut dan meminta beliau mengambilnya.Beliau memaklumkan bahawa surat tersebut baru terima pada 3 Julai 2008 yang lalu.
Apabila saya semak surat ini bertarikh 20 Jun 2008 dan cop pejabat pos ialah 1 Julai 2008 ini bermakna selepas 12 hari baru surat ini diposkan.Notis ini perlu dijawab dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat.Kalau ikut tarikh ini bermakna penduduk perlu menghantar bantahan selewat-lewatnya pada 10 Julai 2008 bersamaan hari Khamis.

Sekadar cuba melihat kembali apa sebenarnya drama ini.Saya akan jelaskan sedikit apa yang saya anggap sebagai proses "bangau oh bangau".

1. Program dialog penduduk Damansara Damai bersama YB Elizabeth Wong ialah pada 14 Jun 2008.
2. Berlaku penyerahan surat bantahan beserta tandatangan penduduk ( rujuk foto di bawah ) sebanyak 7 pucuk surat kpd yang berkenaan.Surat Bertarikh 13 Jun 2008 sepatutnya telah diedarkan dan telah diterima oleh pihak MBPJ kerana surat di atas bertarikh 20 Jun 2008.
3. Persoalannya adakah surat tersebut diedarkan atau pun di bakulsampahkan oleh YB? Adalah En. Ashidi dari Bahagian Perancang Bandar MBPJ tidak melapurkan maklumat dialog? Bukankah yang memaklumkan bahawa pembatalan jalan tersebut dari mulut beliau sendiri?
4. Bukan untuk mengada-adakan cerita... pada 21 Jun 2008 beberapa orang penduduk berjumpa dengan salah seorang di SUK dan bertanya berkenaan surat tersebut dan jawapannya ialah surat tersebut belum diterima lagi.Sedangkan majlis telah berlangsung seminggu yang lalu.
5. Bertindak dari surat MBPJ di atas maka beberapa orang penduduk telah menghantar sendiri surat bantahan terus kepada Datuk Bandar MBPJ dan Perancang Bandar pada 8 Julai 2008 semalam dan tak perlulah saya katakan lebih dari itu.
Harapan saya kepada yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negeri buatlah tugas anda dengan telus terutamanya yg berada di MBPJ.Anda sekarang bertugas dengan kerajaan rakyat bukannya kerajaan UMNO. Kalaulah PRU12 BN menang di Selangor saya gerenti Zon Penampan ini telah "di langgar" oleh naga2 kepala tujuh ini....

Monday, July 7, 2008

Carburator Dungu!!!

Apakah tiada artis lain yang layak ??

Sedih sungguh bila melihat budaya yang dibawa oleh PKR di Stadium Kelana Jaya. Adakah PKR lupa pada hari tersebut kehadiran adalah dari pelbagai kaum? Pemuda dan Muslimat PAS beserta dengan kehadiran kanak-kanak yang dibawa bersama disogokkan dengan budaya yang tidak sesuai. Program yang dianjurkan tidak mendapat sambutan ramai berdasarkan kepada namanya “PROTES SEJUTA RAKYAT” yang menghimpunkan mungkin seramai 50 ribu sahaja..

Lihat komen sahabat PAS ini :

Lihat komen Roslan SMS di sini:

Lihat komen YB ADUN Bukit Lanjan di sini:


Pendapat peribadi aku :

Kalau ya pun minat muzik jadi jadi bangang tentang sensitiviti agama ,bangsa dan yang penting fikirkan sama tentang anak-anak yang melihat suasana ini.Sebenarnya BN telah berjaya menggagalkan PROTES ini.Seharusnya PROTES diteruskan dijalanraya sudah tentu tiada hal macam ini.

Sejak bila pulak PAS,PKR dan DAP jadi penakut untuk turun ke jalanraya??

Al-Kuliyyah di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kuliyyah Pembangunan Ummah Bersama Yg Berbahagia Al-fadhil Ustaz Dato Hj. Daud Che Ngah ;
Tarikh : 10 Julai 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.

Dijemput hadir beramai-ramai.
Rebutlah peluang menambah ilmu sementara ada kelapangan.

Sunday, July 6, 2008

Ini Sapa nak JAWAB???

Antara Pakatan dan Tarbiyyah Jamaah...
Satu Penilaian Semula Pimpinan Tertinggi PAS

Kita sayang pada jamaah PAS. Baik yang jadi ahli atau pun yang tak ahli. Nampaknya segelintir pimpinan PAS Pusat dan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak akur dan ada sedikit perasaan egoistik serta berselindung megah dengan jawatan YB dan jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. (tidak semua segelintir parasit yang membawa kepada penyakit kepada jamaah dan Pakatan Sendiri).

Kita paparkan contoh terkini ialah rancangan demo "PROTES" cukup memalukan gerakan Islam khasnya kepada Dato' Tuan Guru Presiden. Persoalannya apakah peranan dewan-dewan atau lujnah-lujnah:-

Pemuda Pas Pusat?
Muslimat Pas Pusat?
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat?
Dewan Harian Pas Pusat?
Dewan Ulamak Pas Pusat?
Semua biro atau lujnah politik?
Ketua Penerangan Pas Pusat?

Adakah salah seorang pimpinan Pas Pusat contoh terbaik Dr. Hatta tidak berbincang dengan ahli jawatan kuasa Pas Pusat mengenai program "PROTES" ? Terlalu banyak persoalan dan andaian.
Sayang orang seperti Dr. Hatta diperbudakkan dan tercalit malu dan tercemar dek program Protes dengan dihiasi bisikan syaitan jelmaan manusia yang lalai.

Sdr YB Salahuddin Ayub dimana pendirian kamu? kenapa agar hambar dalam insiden PROTES yang diisikan budaya menjerit serta melondeh oleh artis murahan?. Jangan berselindung dengan kot dan tali leher apabila bergelar Yang Berhormat.Kami merayu kepada kepada semua yang berjawatan dalam Parti Pas disemua peringkat Negeri dan Pusat hormatilah dan merujuk kepada kedua-dua Tuan Guru kita , Kalau kita tak menghormati siapa lagi kalau bukan ahli dan jamaah serta orang yang simpati dengan jamaah kita.

Teguhkan Perjuangan ;

Apa dipandang padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa dipandang budinya orang
Entahkan ikhlas entahkan tidak

Pegangkan prinsip tegakkan pegangan
Bukan menuding siapa yang salah
Bergerak maju undurnya jangan
Arah haluan padaMu ya Allah

Al Quran Al sunnah pegangan pasti
Rakan taulan tidak dipeduli
Setiap yang bernyawa merasai mati
Tidakkan terpadam hikmah Ilahi

Mengapa dibimbang rakan semeja
Mungkin berbicara menuju neraka
Amal maaruf sebati sebagai kerja
Doa dipohon tiap ketika

Kezaliman ditentang tak kira masa
Mulianya insan kalau beragama
Ingat sentiasa pesanan Yang Esa
Rosaklah akhlak agama ke mana

Selagi mentari terbit di timur
Sebelum Yahudi pulang berkampung
Tegakkan Islam sepanjang umur
Generasi mendatang harus di lindung

Biar mengundi mendapat kalah
Tidakkan berganding mungkar di dunia
Tetapkan diriku wahai Ya Allah
Jauhkan diriku dengan Syaitan berwajah manusia

Wednesday, July 2, 2008

Sutera Damansara lagi.. Tak Reti Bahasa!!

Pejabat Perkhidmatan Haiwan Petaling Jaya

Aku malas dah nak cakap banyak... dah beberapa kali aku post berkaitannya boleh rujuk yang ini;

Ini semua projek wayang je!!! Tujuan utama ialah nak buka jalan sahaja,dah bagi akan datang inilah laluan Sutera Damansara.
Bila aku cakap orang tak percaya...sekarang tengok buktinya;
Foto-foto yang telah diilustrasikan agar seperti projek sebenar bagi meyakinkan penduduk. Memang kelihatan cantik tetapi bagaimana dengan ukuran yang sebenar?? Yang paling penting adalah dari segi keselesaan penduduk dan keselamatan pastinya menimbulkan persoalan.
-ADUN Bukit Lanjan kata dah selesai OSK dan cancel projek ni
-En.Ashidi Perancang Bandar MBPJ kata dah cancel kalau jadi mungkin sebelah kolam Indah Water.
-Mr.Tan OSK pun kata dan cancel
-Maka semua penduduk tepuk tangan gembira!!! Ini bukti apa pulak??
-Jangan cuba bermain2 dengan isu ini... OSK memang cancel tapi sekarang Gapurna Sdn Bhd pulak mengganggu penduduk.
-Sedia aku akan gegarkan SUK minggu depan!!!

Pesan Buat Muslimah

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?


Terkadang bila melayari weblog2 rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Wallahu A’lam.

PDRM & ATM Untuk Darurat

Wooow!! Eksesais Bersepadu Polis dan Tentera Malaysia

Apabila dalam terdesak yang amat sangat maka kerajaan Umno/BN mengunakan segala balatentera bawah naungan yang dikuasai dari berbagai jabatan, badan, media cetak bodek dan elektronik ampu termasuklah terkini Angkatan Tentera Malaysia yang dahulu hanya PDRM sahaja dimanipulasikan, pengunaan ATM menunjukkan kecemasan yang amat sangat dan tidak ada lain niat melainkan dipergunakan di samping polis untuk menghadapi kebangkitan kesedaran rakyat akan kebejatan, kerakusan dan penyelewengan kerajaan Umno/BN mencengkam kuasa yang kian dilihat semakin lupus !
Tidak pernah ada apa latihan pun dalam sejarah Malaysia kerjasama latihan diantara PDRM dan ATM melainkan kini terjadi konon bersedia menghadapi segala kemungkinan jika terjadi !

Apakah kemungkinan boleh terjadi dengan 'ketegasan' pihak polis yang senang belasah, sepakterajang termasuk menyembur air asid terhadap rakyat marhaen yang setia dan sabar sahaja menerima apasaja tendangan atau belasahan mereka ? Tidak pada rakyat negara lain seperti Korea atau Jepun dimana kekerasan polis akan menerima tindakan setimpal dan serupa, rakyat Malaysia sungguh baik dan taat sehingga sanggup dizalimi demi menuntut keadilan dan ketelusan tapi segala tindakan aman mereka akan menghadapi sifat kebinatangan buas serakah pihak polis seperti dunia tiada esok bagi mereka !

Setelah PDRM diperkudakan janganlah pulak ATM dilibatkan sama tetapi mungkin aliran pemikiran profesional di ATM tidak mudah diperlembupawahkan harapnya !
Ke mana agaknya sifat profesional polis Malaysia ? Adakah ini ajaran di Pulapol ? Menghenyak rakyat aman demi menjaga kerajaan rakus kuasa ? Dimana pertimbangan otak waras cemerlang konon dimiliki mereka jika setiap kali rakyat membantah sebarang tindak tanduk zalim dengan aman dihadiahkan dengan kekejaman tanpa perikemanusiaan ?

Kini makin terserlah untuk menpertahankan kuasa yang semakin rapuh dengan kebangkitan tsunami rakyat yang sudah tidak buta fakta dan kebenaran maka kerajaan akan melakukan apa saja untuk menjaga kesinambungan parti khianat pembelot pusaka bangsa !

Janganlah mengajar rakyat Malaysia menjadi berani macam Korea atau Indonesia kerana ini akan menyusahkan PDRM yang akan terpaksa kerja lebih ! Wahai PDRM dan ATM yang kebanyakkan penganut agama Islam berkhidmatlah dengan ingatan Allah SWT dan Islam dalam kepala,kerana ini akan lebih disayangi rakyat Malaysia !
Allahu Akbar .. Allahu Akbar.. Allahu Akbar