Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Thursday, July 31, 2008

Diari Program Masjid

Bulan Syaaban 1429/Ogos 2008

Versi telah diedit pada 05/08/2008
Ramadhan semakin hampir,disaat pihak JK Kariah baru dibentuk cabaran memerlukan kegigihan untuk mengurus Al-Muhtadin.Berikut antara program yang sedang dirancang dan akan dijalankan dengan segera.Kepada anak kariah marilah bersama membantu dan melicinkan perjalanan program berkenaan.
Ini adalah program yang telah dipastikan akan berlangsung;

1. 3 Ogos 2008 >> Kuliah Muslimah "Selamat Datang Ramadhan"
2. 4 Ogos 2008 >> Mesyuarat AJK/Pegawai masjid kali ke-2
3. 11 Ogos 2008 >> Mesyuarat AJK/Pegawai masjid kali ke-3
4. 16 Ogos 2008 >> Klinik Solat - Khas Untuk Muslimat
5. 17 Ogos 2008 >> Kem Bina Insan Negeri Selangor ( UPSR&PSRA )
6. 21 Ogos 2008 >> Ceramah Khas Ramadhan bersama Datuk Hassan Din Al-Hafiz
7. 23 Ogos 2008 >> Gotong Royong Perdana Masjid Al-Muhtadin
8. 24 Ogos 2008 >> Seminar "Riba Dalam Muamalat Moden" kerjasama GAGASAN
9. 24 Ogos 2008 >> Program Aqiqah & Kesyukuran Penduduk Apt. Idaman
10. 29 Ogos 2008 >> Qiamullail pelajar & Ibubapa PSRA,UPSR,PMR dan SPM 2008
11. Tarikh belum pasti >> Bancian Fakir Miskin,Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim tanpa mengira agama dan kaum.

Maklumat lanjut akan diberikan setelah segala perancangan diuruskan dengan teratur.

Sinar Jumaat

Carilah Ketenangan di Masjid dan Surau
Ustaz Zainudin Hashim

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna. Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkan rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." Ayat itu jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?
Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

KAFA Al-Muhtadin : Motivasi PSRA

Foto Program Motivasi

Tiada ulasan panjang lebar untuk program ini.Sekadar beberapa foto menunjukkan suasana Program Motivasi PSRA KAFA Integrasi Al-Muhtadin yang disampaikan oleh pakar motivasi Dr.Hj Hussain Salleh dan Ustaz Maskor Jemeni.Majlis Penutupan oleh Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin Al-Fathil Ustaz Mohd Karim bin Ibrahim.

Suasana sedih penuh linangan air mata pelajar bersama ibubapa diakhir program yang penuh keinsafan.Semoga mereka menjadi anak-anak yang berguna dan inilah bakal pimpinan negara.Paling saya sebak ialah melihat anak2 tercari2 dimana ibubapa mereka....kesian kpd anak2 yg ibubapanya sentiasa sibuk dan tiada masa terluang untuk hadir...lebih sedih lagi ibubapa hadir tapi duduk bersembang sahaja diparking kereta...borak tak habis2!!

Impian Penduduk Idaman

Dewan Komuniti Terbuka

Penduduk Apt.Idaman tak perlukan jalan di Belakang Blok H dan J yang kami perlukan ialah Dewan Komuniti yang boleh digunakan pelbagai guna.Lihatlah foto kawasan lapang ini yang memang biasa kami gunakan untuk pelbagai majlis.Di padang ini 24 Ogos 2008 akan berlangsung Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Bulan Ramadhan anjuran blok H dengan kerjasama Surau Khalifah Umar Abdul Aziz.Jemputlah hadir beramai-ramai lepas solat zuhor...Ada tazkirah oleh Ustaz jemputan

Lihatlah foto dewan terbuka dan pusat komuniti di Sabak Bernam ini...kalaulah pihak berkenaan dapat wujudkan disini alangkah baiknya.Penduduk akan terus berusaha untuk mendapatkannya dengan bantuan pelbagai pihak.Semoga harapan ini tercapai insyaaallah...

Saturday, July 26, 2008

Semalam Yang Padat

Program Khidmat Masyarakat

versi telah di edit;
Semalam seperti hari yang sebelumnya juga.Beberapa lawatan dilakukan sekitar Damansara Damai.Saya bersama-sama Abang Saad ( Imam Surau Khalifah Umar Abdul Aziz ) mengiringi pembantu khas YB Elizabeth dan Mr.Chan Ahli Majlis MBPJ melawat ;
1. Adik Amru yang cacat di Blok P Apt.Idaman
2. Melawat Sungai Hampar yang semakin cetek dan sebu!!
3. Melawat zon pemampan belakang blok H Apt.Idaman
4. Melawat tapak cadangan sekolah agama

Inilah keadaan Sg Hampar yg semakin sebu dan cetek!! Bila pihak yang berkaitan nak bertindak??

Hasil perbincangan insyaallah memberi khabar yang gembira untuk anak kariah namun kita tunggu bila dah pasti segala yang dipinta berhasil baru diwar-warkan.Selepas itu terus ke Masjid Al-Muhtadin untuk melihat persediaan Motivasi pelajar PSRA di KAFA Al Muhtadin.... segala berjalan lancar insyaallah.Petang ini dah bermula dan malam nanti penutupan majlis disempurnakan oleh Ustaz Mohd Karim bin Ibrahim ( Timbalan Nazir ).

Belek2 SINAR hari ni....ada lagi kes longkang besar/sungai bersebelahan Saujana Damansara!!!! Apa ni??? Apa kerja yg mereka buat?? Sinar dah 2 kali keluar...YB Elizabeth pun dah datang tapi apa yang Talam Corp. dan JPS buat??? Tendang Bola ke??

Friday, July 25, 2008

Petikan dr Harakahdaily

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam
Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat


Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.
Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.
Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:
1.�Unsur Gharar
Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.
Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).
2.�Riba
Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.
Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih. Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.
3.�Judi
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.
Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.Beberapa jawapan kepada kekeliruan mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:
a. Sumbangan atas alasan hibah
Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah. Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."
Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan. Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.
Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."
b. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal.
Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram. Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."
Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.
c. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.
Penutup dan kesimpulan
Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram. Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.Justeru itu, umat Islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.-

Thursday, July 24, 2008

Pesan : Jangan Mengumpat!!

Jauhkan Dirimu Dari Ghibah

“Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya” (Al-Quran Surah Al-Hujurat:12).

Berbincang dan berbual-bual dengan kawan2 sambil makan daging tentunya amat menyenangkan terutama bagi orang sihat dan tidak berpenyakit. Namun alangkah menjijikkan bila makan daging manusia, lebih-lebih lagi yang sudah meninggal dunia.
Namun itulah yang biasa dilakukan sebahagian dari masyarakat kita ketika berbincang dengan kawan-kawannya. Sebagaimana dikatakan dalam ayat di atas, melakukan ghibah atau mengumpat orang lain sama dengan memakan daging sesama manusia.

Bahkan Rasulullah SAW pernah menjelaskan lagi persoalan ini ketika menjawab pertanyaan tentang itu. Rasulullah mengatakan, “Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Ditanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada pada orang yang diceritakan itu?” Rasulullah menjawab, “Kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah menfitnahnya (mengada-adakan cerita)” (Hadith Riwayat Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Imam Ahmad).
Perincian Rasulullah SAW itu mengajak kita untuk sangat berhati-hati, agar kita tidak terjebak dalam memakan daging manusia ketika berkata-kata bahkan lebih dahsyat lagi umpama kita memakan daging saudara kita sendiri. Apatah lagi ghibah telah terbukti menghancurkan silaturrahim, kasih sayang, atau ukhuwah. Lebih-lebih lagi, pernah diingatkan Rasulullah SAW bahawa kebanyakan manusia masuk neraka kerana lisannya yakni percakapannya.