Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, May 4, 2008

Isu Sensitif : Tadika KEMAS

Apartmen Idaman Damansara Damai
Apt.Idaman ialah antara yang paling awal diduduki pada tahun 2000.Jumlah asal ialah 16 blok dengan jumlah unit lebih kurang 1260 unit rumah kos rendah.Selepas itu ada penambahan 2 blok lagi pemindahan dari Kg Bukit Lanjan.
Apt.Idaman merupakan satu tempat tumpuan namun begitu banyak isu-isu yang timbul kadang2 merimaskan penduduk. Antara isu yang belum selesai hingga kini ialah;

-Persatuan Penduduk kacau bilau tak berkesudahan
-Gerai/penjaja membolot petak pakir
-Apa kisahnya maintenance??
-Bagaimana pengurusan dewan orang ramai? Sewa dan status Tadika KEMAS?
-Tadika KEMAS ada bangunan sendiri tapi masih guna dewan?
Aku malas nak ulas panjang-panjang tapi hari ini nak ulas berkaitan Tadika Kemas sahaja. Antara kisahnya dulu;
-Dulu mereka dengan lagak samsengnya menghalau Sek.Agama kendalian surau semata-mata nak buat tadika.
-Terpaksa sek.agama pindah ke masjid yg baru siap pada masa itu.
-Separuh dari dewan Blok L diambil jadi Tadika KEMAS tetapi khabarnya bil letrik dan air tak pernah bayar.
-penduduk bermasalah bila nak guna dewan yang sempit.

Sekarang;
- Tadika KEMAS ada bangunan sendiri dipadang Blok H.Dulu statusnya tapak gerai tetapi bantahan penduduk tak jadi buat gerai.Baguslah tu....
- Tadika KEMAS di dewan diteruskan juga.Ini bermakna mereka dah ada 2 tempat dan terus menafikan hak penduduk menggunakan dewan.Dalam masa yang sama Tadika PASTI hanya menyewa rumah untuk mendidik anak-anak.Orang PAS boleh terima kesusahan itu tetapi mereka terus melampau2 tak sedar diri.
- Cuba selidik lebih sikit Bangunan KEMAS ni.... projek payung terjun ni!!! khabarnya habuan tutup mulut projek Damansara Sutera.. Status tanah memang main bedal je!

Isu Nasional : Minyak Oh Minyak


Info Untuk Renungan Bersama Rakyat Malaysia

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestik.

Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45

Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja. Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Pesan Beramanah

Renungkan bersama wahai sahabat....
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,(Al-Ahzab:72)

Pesan Bertaqwa

Orang yang paling baik disisi Allah SWT adalah yang paling bertaqwa :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujuraat:013)

Isu Sensitif : Gerai Idaman

Apa Nasib Mereka?
Apartmen Idaman cukup popular di Damansara Damai dan kerana itu ia menjadi tempat tumpuan.Lihatlah gerai tepi jalan yang setiap hari semakin banyak dan terus bertambah-tambah.Aku faham sangat dengan kisah peniaga ni....Kais pagi makan pagi la lebih kurangnya.
Kerajaan terdahulu beberapa kali ingin memindahkan mereka tetapi gagal atas banyak sebab.Antara lokasi yang dicadangkan;
- Padang Blok H dan G >> tak sesuai kawasan sesak penduduk
- Tepi Padang Impian >> tidak dibenarkan pemaju
- Tepi Jalan Utama Apt.Idaman >> saya pun tak setuju bahaya/faktor sesak dan keselamatan.
- Tapak kuari/batu belakang sekolah >>ini kena campur tangan Kerajaan Negeri kerana pemaju memang tak beri kerana katanya rizab sekolah.
Macam-macam masalah timbul dengan adanya penjaja ini.Penduduk membenarkan mereka berniaga atas peri kemanusiaan tetapi mereka merebut petak pakir kereta melampau-lampau. Selepas berniaga tak pernah nak kemas,khemah terus tidak dibuka menyebabkan kekurangan pakir kereta.
MBPJ selalu datang dan beri kompaun tetapi ini bukan penyelesaiannya.Mereka nak berniaga mencari rezeki walau diangkut,disaman dsbnya mereka tetap berniaga.Penyelesaiannya kena buat gerai dan pindahkan mereka.2000 hingga 2008 BN gagal selesaikan masalah ini dan kita tengok Pakatan Rakyat dapat selesai atau tidak.
Ini baru kisah ringkas di Apartmen Idaman.Bagaimana pula nasib penjaja di Harmoni? Lestari? Vista? Permai? dan sekitarnya.Pimpinan Pakatan Rakyat dan PBT kena bijak bertindak dan perlu perbincangan yang mantap.Jangan buat gerai macam Apt.Harmoni...sekarang jadi apa?

Apa Khabar IM Global?


Rumah Sampah a.k.a Woksyop Kereta


Surau Khalifah Umar Abdul Aziz Apartmen Idaman pernah suatu masa dulu memohon agar rumah sampah berhampiran surau dijadikan stor dan Bilik Pengurusan Jenazah kerana keadaan surau yang sempit.Namun berbagai alasan diberi dan akhirnya tak dibenarkan.Semua jemaah akur dengan pengurusan penyelenggaraan pada masa itu Melur Unggul Sdn.Bhd....itu dulu 2001!!


2008 ni penyelenggaraan diambil alih oleh IM Global dan hasil pemerhatian penduduk sekitar Apt.Idaman beberapa rumah sampah telah bertukar fungsi antaranya;
- Menjadi woksyop kereta
- Menjadi tempat rehat/persalinan pekerja pembersihan warga India/Bangladesh
- Menjadi stor bahan lusuh/kotak/plastik oleh warga Indonesia

Cuba tengok bagaimana di apartmen lain.Persoalan;
-Kebenaran siapa?
-IM Global nampak ke tidak?
-Apa jadi dengan JMB?

Saturday, May 3, 2008

Hadith Hari Ini : Apa Kata Hati?

Mintalah pertimbangan hatimu. Kebaikan adalah apa yang dirasakan jiwa dan hatimu tenang kerananya (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Ad Darimi).

Kadangkala kita dihantui keraguan, antara berdosa dan tidak melakukan sesuatu. Dalam keadaan tersebut, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk meminta pendapat hati. Sebab, menurut Rasulullah, pasti ada perbezaan antara kebaikan dengan kebatilan. Bila itu suatu kebaikan, pasti hati dan jiwa kita akan tenang. Sedangkan perbuatan batil atau berdosa,tentunya jiwa kita akan terganggu dan ragu-ragu, walaupun kadangkala dikatakan betul oleh orang lain.
Demikian jawaban Rasulullah SAW ketika ditanyakan oleh Wabishah bin Ma´bad radhiallhu´anha tentang kebaikan. Jawaban tersebut menggambarkan peranan hati nurani terhadap kelakuan kita. Oleh karena perlu menjaga kesucian hati agar selalu tepat dan benar dalam memberi pertimbangan. Bagi yang berhati bersih, seperti seorang Muslim yang taat, ia akan selalu merasa tenteram dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Sebaliknya, ia merasa susah, malu, kalau hendak melakukan perbuatan-perbuatan buruk.
Melihat saja suatu perbuatan maksiat, hatinya akan memberontak untuk mencegah sesuai dengan kemampuannya, dengan tangan atau lisan atau dengan hati sesuai dengan sabda Nabi. Jauh sekali untuk ikut sama melakukannya. Orang seperti ini akan merasa tidak selesa sebelum ia melakukan suatu suruhan Allah, dan merasa suatu kelegaan ketika sudah menyempurnakannya. Hatinya sentiasa ingat dan bergantung kepada Allah SWT.