Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Thursday, May 1, 2008

Masalah Rakyat: Kera dan Berok Kehilangan Tuannya


Kera dan Beruk Kehilangan Tuan..

Penduduk Damansara Damai tahu situasi ini dimana kera dan beruk berkeliaran adalah kerana mereka kehilangan tuan.Dulu dibela dan diberi makan sekarang terbiar kerana tuannya dah hilang!!!
Saya juga telah menghubungi PERHILITAN dan terima kasih kerana pantas memantau khabarnya tengah pasang perangkap.Namun saya akan terus memberi maklumat kerana beberapa hari yang lepas BEROK kelihatan berkeliaran di kawasan Masjid Al-Muhtadin dan mengganggu pelajar KAFA Al-Muhtadin.
Terima kasih kepada SINAR dan Anuar Omar kerana kerjasama anda dan siarkan berita ini. Buat Anuar Omar tahniah atas pencapaian peribadi semoga terus cemerlang bersama Skuad Cakna di Pulau Pinang selepas ini.

Masalah Rakyat: Damansara Sutera.. Tindakan PBT?



TIDAK GOPOH SAMPAI LEMBAB ??

Dalam beberapa isu tempatan dan juga negeri aku dan jemaah sering berbeza pendapat.Namun ini adalah suatu yang lumrah demi kebaikan bersama.Walaubagaimanapun, ada sebilangan jemaah menyatakan bahawa pandangan aku itu menggambarkan aku adalah seorang yang gopoh dalam melihat pergerakkan kerajaan Negeri selangor dibawah pimpinan pakatan Rakyat.

Padaku, memang kita dilarang menjadi gopoh, tetapi kita kena ingat juga, Islam melarang kita menjadi lembab dalam bertindak.Terutama kelembapan itu boleh menyebabkan kerajaan pimpinan pakatan rakyat akan ditimpa fitnah dimasa akan datang.Disini, aku melampirkan surat pihak yang berkenaan kepada PBT dan umumnya Damansara Damai menyaksikan projek Damansara Sutera terus rancak berjalan,lori-lori simen bermaharaja lela siang hari tanpa memperdulikan keselamatan anak-anak sekolah.Lihatlah lampiran ini;

Masalah Rakyat: Damansara Sutera.. Projek Siapa?




Damansara Sutera : Banyak Persoalan Belum Terjawab

Projek ini memang menjadi buat mulut Damansara Damai.Tanah mula dibersihkan dan hutan "clear" semasa rakyat bercuti Aidil Fitri yang lalu.Kenapa begitu?? Apa yang tersembunyi??
Masalah telah diajukan kepada yang berkenan dan pernah disiarkan dalam akhbar SINAR HARIAN dan YB yang dulu telah datang melawat.Beliau sendiri tidak tahu adanya projek tersebut.Bantahan rakyat terus dilakukan melalui beliau.
Beberapa orang penduduk telah mendapatkan maklumat di agensi berikut;
-Jabatan Ukur >> cetak dan maklumat tiada
-Pejabat Tanah >> no plot tidak wujud/plot di tempat lain
Persoalan??
- Projek tiada dalam plan asal Damansara Damai.
- Mana rizab tanah perkuburan yang pemaju kata ada 50 ekar?
- Adakah unsur rasuah dalam menjayakan projek ini?
- Apa tindakan pihak yang berkenaan dengan surat-surat bantahan penduduk?
- Dimana hilangnya Sungai Hampar??
- Jabatan Alam Sekitar tidak melihat ke projek ini?
Saya sertakan sebahagian surat bantahan penduduk untuk sama-sama kita nilai dan perhatikan antara perangai dan kerja-kerja mereka.....
......................................................................................................................................
Surat 1
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK BAGI ISU DAMANSARA SUTERA
No. ***, Jalan PJU *****, Saujana Damansara, 47830 Petaling Jaya, Selangor.

27 November 2007

Tuan Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman
Datuk Bandar PJ
Tingkat 2 Ibu Pejabat MBPJ ,Jalan Yong Shook Lin,46675 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan

Tuan,

MINTA DIADAKAN SATU DIALOG MENGENAI ISU PROJEK PERUMAHAN BARU DAMANSARA SUTERA TERMASUK PENGGUNAAN JALANRAYA UTAMA DI DAMANSARA DAMAI

Merujuk kepada perkara diatas, kami selaku AJK Bertindak bagi isu diatas yang mewakili seluruh penduduk kawasan Damansara Damai ingin mencadangkan diadakan satu dialog bersama mengenai isu projek perumahan tersebut.

Butiran dialog tersebut adalah seperti dibawah:

Tarikh : 7hb Disember 2007
Masa : 10.00 pagi
Tempat : MBPJ

Kami juga ingin menjemput pihak JAS, JPS, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Pengurus Projek dan KPKT pada sessi dialog tersebut.

Diharap pihak MBPJ dan agensi lain yang terlibat bersetuju melapangkan masa pada hari tersebut demi profesionalisme dan tanggungjawab kepada rakyat. Sila beri maklumbalas dengan segera. Sekian terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..
...................................................................................................
Surat 2
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK BAGI ISU DAMANSARA SUTERA
No. ***, Jalan PJU *****, Saujana Damansara, 47830 Petaling Jaya, Selangor.

10 November 2007

OSK Property Management Sdn Bhd
16th Floor, Plaza OSKJalan Ampang50450 Kuala Lumpur
(U/P: MR. TEONG KING HUA – DIRECTOR)
(U/P: MR. TAN BOON CHUAN – C.O.O.)

Tuan,

BANTAHAN MENERUSKAN PROJEK PERUMAHAN BARU DAMANSARA SUTERA DAN BANTAHAN PENGGUNAAN JALANRAYA UTAMA DI DAMANSARA DAMAI OLEH OSK PROPERTY MANAGEMENT SDN BHD DAN KONTRAKTORNYA

Merujuk kepada perkara diatas, kami selaku AJK Bertindak bagi isu diatas yang mewakili seluruh penduduk kawasan Damansara Damai membantah sekeras-kerasnya pembinaan projek perumahan tersebut dan membantah penggunaan jalanraya utama di Damansara Damai bagi projek diatas.

Untuk pengetahuan semua pihak:

1) Pengurus Projek – OSK Property Management Sdn Bhd
2) Pemaju Perumahan Bersama - Semponia Sdn Bhd & Country Wheel Sdn Bhd
3) Pemilik Tanah - Permodalan Negeri Selangor Berhad
4) Lot No. – PT. 9814 dan PT. 9815, Mukim Sg Buloh, Daerah Petaling
5) Keluasan Anggaran – 100 ekar
......ringkaskan sebab panjang surat ni.....
Untuk informasi, kami AJK Bertindak Isu Damansara Sutera tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi mahupun media cetak dan elektronik jika kepentingan masyarakat Damansara Damai di permainkan atau diperkotak-katikan. Sekian terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..
Salinan kepada:

1. Pengarah dan Menteri - Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
2. Menteri Besar Selangor – YAB Dato’ Seri Mohd Khir b. Toyo
3. Datuk Bandar MBPJ – Tuan Hj Mohamad Roslan b. Sakiman
4. ADUN Bukit Lanjan - YB Yong Dai Yeng
5. Ketua Bahagian UMNO Subang – YB Dato Mokhtar Dahalan
6. Permodalan Negeri Selangor Berhad – CEO dan Ahli Lembaga Pengarah
7. Country Wheel Sdn Bhd dan Semponia Sdn Bhd – Pemaju
8. Pejabat Tanah dan Galian Petaling – Pegawai Daerah Petaling
9. OSK Property Holding – CEO dan Ahli Lembaga Pengarah
10. Pengarah dan Menteri - Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Pusat
11. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi – Jabatan Perdana Menteri
YB baru memang layak mengkaji dengan statusnya sebagai EXCO Alam Sekitar.. Kerajaan Pakatan Rakyat tolong tengok projek ini....

Masalah Rakyat: Keluhan Penduduk Harmoni



Apartmen Retak Apa Kesudahannya..

Masalah Apartmen Harmoni retak telah disuarakan sekian lama kepada kerajaan yang dulu.Ini bermakna masalah ini telah terlalu lama dan tiada tindakan.Macam-macam janji akhirnya kemarahan rakyat terus diuji....PRU 12 terlungkup peti undi Damansara Damai!!!

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat diajukan lagi masalah ini.YB baru pun dah datang melawat dan setelah hampir sebulan apa tindakan yang dibuat? Penduduk sedang menunggu tindakan selanjutnya.Sekarang masa untuk menunjukkan prestasi kerja, rakyat sedang memerhatikan tindakan.

Persoalannya adakah tindakan yang ada ini bersifat sementara atau kekal?? Pihak berkenaan telah membuat kajian atau sekadar lepas batuk di tangga?? Perlu nak tunggu apartmen roboh?? Apa nasib penduduk disini??....Harap bertindak segera!!

KRT Impian & Badan Khairat Kematian&Kebajikan Damansara Damai

Program Kesihatan Anjuran KRT & BKKK Damansara Damai

Pada 27 April 2008 telah diadakan program masyarakat anjuran KRT Apt.Impian dan kerjasama dengan BKKK Damansara Damai.Alhamdulillah semua berjalan lancar dan sambutan amat menggalakkan.Antara program yang dilaksanakan ialah;

-Pemeriksaan Kesihatan Percuma
-Jualan Amal Kejiranan Wanita
-Kempen Menambah Keahlian BKKK
-Kempen Derma Darah

Kempen derma darah dengan kerjasama Tabung Darah Negara mendapat sambutan yang hebat.Target penganjur sekitar 40 orang penderma tetapi kehadiran untuk menderma mencecah 100 orang dan setelah pemeriksaan dilakukan hanya 67 orang layak menderma. Terima kasih kepada Team Tabung Darah Pusat Perubatan Pantai yang hadir bagi pihak Tabung Darah Negara.Penganjur akan menganjurkan program lagi pada masa akan datang.

Dalam kesibukan program tersebut terdengar juga cakap-cakap dimana wakil rakyat kita? Program seperti ini penganjur jemput pun tiada wakil dari pihak Kerajaan Pakatan Rakyat. Pada hari yang sama ada 3 program besar antaranya Perasmian Balai Polis Komuniti Damansara Damai dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor dan Forum Keselamatan/Majlis Sifar Jenayah anjuran MSJ & PIBG SK Damansara Damai 1.

Dimana wakil Pakatan Rakyat?? Telefon terus bercakap dgn YB tetapi lepas tu senyap terus!! Ada yang ke SUK jumpa PA beliau tapi sama jugak!! Agaknya memang sibuk la sekarang YB kita ni.... Jangan buat perangai macam orang dulu-dulu OK!!

Hadith Terpilih : Jangan Meminta Jawatan

“Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan mengangkat seseorang memegang suatu jawatan kerana ia memintanya atau rakus terhadapnya” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sabda Nabi Muhammad s.a.w tersebut sering tidak dipedulikan oleh kebanyakan orang muslim di zaman ini. Pastinya kebanyakan orang memintanya dengan berbagai cara, meskipun kemampuannya jauh dari cukup untuk memegang jawatan tersebut. Mengapa demikian sikap melampau sebahagian kita melanggar suatu larangan Rasulullah SAW itu?

Umumnya difahami bahawa jawatan adalah “kenderaan” untuk mencari berbagai kemewahan dunia bagi diri sendiri dan kelompoknya. Antara lain, untuk mencari kemewahan harta benda, kebanggaan, dan lain-lain. Dengan kata lain, ketika hasrat untuk mencari kemewahan dunia sudah begitu meluap-luap, kita menjadi lupa diri. Kita lupa bahwa diri kita adalah seorang muslim yang memiliki batas-batas dalam bertindak, seperti larangan meminta jawatan.

Berbeza dengan kisah Nabi Yusuf di zamannya, beliau meminta jawatan di Mesir pada waktu itu kerana ingin menyelamatkan orang ramai dan negaranya. Beliau juga pandai melaksanakan amanah dan memiliki keahlian yang tinggi di bidang itu. Terbukti sesudah itu, Mesir mampu mengatasi krisis bahan makanan selama bertahun-tahun.

Sebaliknya di negeri kita lain pula keadaannya, pemegang jawatan adalah sebahagian dari penyebab berlakunya masaalah dan krisis. Terbukti kebanyakan mereka adalah yang menjadi "serigala" yang amat ganas dengan menganggap jawatan adalah peluang untuk mengayakan diri sendiri dan orang disekeliling. Maka berlakulah penyeleweng, rasuah, pilih kasih, penindasan dan sebagainya.Bekerjalah dengan seikhlasnya tanpa meminta jawatan wahai saudaraku!!

Hadith Pilihan : Iman Yang Sempurna

“Ada tiga perkara yang apabila dimiliki seseorang,ia memiliki iman sempurna. iaitu memberi salam terhadap setiap orang, dan mengeluarkan infaq di jalan Allah, meskipun hanya sedikit” (Hadith Riwayat Imam Bukhari).
Iman yang sempurna tidak mudah dimiliki meskipun sudah memiliki gelaran Haji dan sebagainya. Tidak cukup dengan hanya ibadah wajib seperti sembahyang sehingga dapat menunaikan haji. Sebagaimana hadits di atas, dari tiga perkara yang dihuraikan Rasul SAW tentang kesempurnaan iman,salah satunya adalah memperlakukan orang lain sebagaimana kita suka diperlakukan oleh orang lain.
Hal ini memang jarang disedari kebanyakan orang.Umumnya orang ingin diperlakukan dengan baik.Namun jarang merenungi apakah selama ini ia sudah baik memperlakukan orang lain sebagaimana ia mahu diperlakukan.Kadangkala orang hanya memperlakukan orang lain dengan baik terhadap orang-orang yang sederajat atau lebih tinggi pangkat darinya. Atau hanya baik terhadap orang yang sama atau lebih banyak hartanya darinya. Sedangkan terhadap orang miskin atau rakyat biasa, kerap dianggap hina atau tidak dilayani dengan baik dalam sesuatu urusan.
Namun ia ingin diperlakukan dengan baik, seperti meminta bahagian dalam sesuatu urusan rakyat yang sudah menjadi ditugasnya.Lebih-lebih lagi di saat ia memerlukan sesuatu, terutamanya pangkat dan jawatan. Bermacam istilah digunakan seolah-olah ingin memperlakukan rakyat jelata dengan baik,seperti “demi rakyat” dan sejenisnya. Itulah cerminan kadar keimanan kita yang sebenarnya. Maka lakukanlah yang terbaik untuk mencapai kesempurnaan iman.