Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai
Kuliah Bulan November 2008
01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.
Kuliah & Khatib Jumaat January 2009
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)
Amanah
Monday, December 15, 2008
Peliknya Seni : Toyism
Sunday, December 14, 2008
Coklat Cloud .... Classic
Seorang remaja perempuan nyaris tercekik apabila beliau tertelan kaca yang terkandung di dalam coklat yang dimakan di rumahnya di Damansara Damai dekat sini semalam.Mangsa Nurul Huda Megat Ahmad, 17, berkata kejadian pada pukul 8 malam itu bermula apabila tekaknya terasa pedih dan sakit selepas beliau memakan sebungkus daripada sepaket coklat yang dibeli di sebuah pasaraya berhampiran rumahnya, Sabtu lepas.
Monday, December 8, 2008
Salam Eidul Adha
Sunday, December 7, 2008
Bukit "Popular" Antarabangsa
Barangkali ini sikap semula jadi makhluk bernama manusia, bahawa selalu lupa dan bertindak melewati batas. Kalau tidak masakan Allah s.w.t. menekan dan mengulangi peringatan demi peringatanNya kepada manusia, namun mereka juga tetap lupa.
Surat As-Ashr Demi Masa adalah gambar sebenar bagaimana liatnya manusia dalam mematuhi arahan Tuhan dan berwaspada dengan janj-janjiNya. Manusia dalam kealpaan dan kerugian!
Apabila berlakunya tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang kelmarin yang meragut empat nyawa setakat ini dan kemusnahan jutaan ringgit harta benda, kita jadi seperti baru tersedar dari tidur yang lena.
Selepas semuanya menjadi malapetaka,barulah kita gopah gapah mahu kembali kepada realiti dan hakikat dan ingin membuat persediaan atau baru menyesal sedangkan kemusnahan dan maut sudah pun meragut jiwa manusia. Lalu kita pun bercakap dan bercakaplah, bertutur dan bertuturlah begitu dan begini. Resolusi pun dicari untuk mengatasinya. Semua pihak dan individu turut bercakap dan memberi pandangan penyelesaian dari orang biasa sampailah kepada Perdana Menteri. Semuanya seperti bersedia ingin perbetulkan keadaan.
Lagak itu sepertilah seorang budak kecil mahu menyusun kaca yang sudah pecah dan hancur. Seharusnya dia berhati-hati dan mengambil sikap menjaga sekeping cermin berharga itu disimpan di tempat paling selamat agar menjamin ianya tidak hancur berkecai.
Selalunya juga bila berlaku tragedi malang seperti itu maka kita pun saling tunding menunding anara satu sama lain. Dalam hal ini pihak berkuasalah dijadikan mangsa walhal sebelum ini amaran dan nasihat sudah pun diberikan. Peringatan demi peringatan sudah dikeluarkan. Sudah berbuih mulut pakar bumi dan alam sekitar memperihalkan keadaan dan kemungkinan yang boleh terjadi. Tetapi kerana manusia ini sering diamuk amarah, ingin melebih dan lagak tinggi, tamak dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat Tuhan, maka berlaku apa yang selalu berlaku itu.
Sebenarnya tidak ada siapa yang bersalah atau tidak bersalah dalam hal ini, termasuk apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu. Semua manusia harus bertanggungjawab dan menerima akibatnya. Setiap dari kita kena sentiasa memikirkan risikonya. Tuhan membina alam maya ini dengan cantik dan indah untuk kegunaan manusia. Yang mengkhianat dan memusnahkan adalah manusia sendiri. Kita!
Tuhan tidak pernah mungkir dan tidak akan mungkir! Tuhan akan memenuhi apa yang manusia kehendaki! Tidak kira baik atau buruk. Di sinilah sifat Allah, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tegasnya yang memusnahkan dunia ialah manusia sendiri, manusia yang tidak insaf, termasuk apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu.
Kita perhatikan apa yang sudah, sedang dilakukan dan apa yang ada dalam kepala kita! Kita sedang merancangkan sesuatu yang bersalahan dengan fitrah alam dan fitrah kehidupan kita sendiri. Renung dan masuklah ke dalam diri, jawabnya sudah lama ada terdampar di sanubari kita. Kadang-kadang kita berbohong kepada diri sendiri.
Peringatan Allah dalam surat Ar Ruum, ayat 41 menjelaskan segalanya dan kita tidak perlu menyesal sebaliknya kita perlu insaf.
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).- Surah Ar Ruum: 41
Begitulah peringatan Allah. Jadi kita tidak perlu menyesal dan menyalahkan kepada sesiapapun melainkan diri kita sendiri. Berjanji dan bertaubatlah tidak mengkhianti perintah Tuhan lagi. Cuma untuk menenangkan perasaan, menghindari akan berulangnya tragedi yang sama, kita perlu mengambil kejadian itu sebagai hikmah. Ada rahsia dan maksud Tuhan disebalik kejadian itu. Tidak sia-sia Tuhan mentadkirkan sesuatu baik yang menggembira dan mengazabkan. Oleh itu jika kita mengguna manfaatnya kita akan selamat dan akan ditambah rahmat.
Hikmahnya, kita perlu jadikan iktibar, panduan dan sempadan dalam kehidupan. Tujuannya bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih teruk lagi. Dan apa yang berlaku itu kita jangan kufur dan menyalahkan Allah kerana bahawasanya Allah sudah tegaskan;
"Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu, Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu siksa dari langit, karena mereka berbuat fasik." - Surah Al Baqarah: 59. Ditegaskan lagi dalam surah Asy-Syura:30; "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh tanganmu sendiri."
Jadi berhubung dengan tragedi di Bukit Antarabangsa ini dan kejadian seumpama dengannya tidak payahlah kita menepuk dada dan bertanyakan selera lagi, tetapi kita kena sama-sama mengakui bahawa kita telah bersalah. Tahziah dan didoakan semoga diberikan Allah kekuatan iman kepada semua yang terlibat dengan tragedi itu!