Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Wednesday, October 29, 2008

Update Kuliah

Kuliah Maghrib Terkini

Tarikh : 30 Oktober 2008
Hari : Khamis
Penceramah : Ustaz Kamal Ashaari

Tarikh : 02 November 2008
Hari : Ahad
Penceramah : Ustaz Dato Ismail Kamus

Semua kuliah maghrib bermula selepas solat maghrib berjemaah dan akan berakhir pada 9.00malam.Dijemput hadir beramai-ramai dan sila sebarkan info ini kepada rakan-rakan.

Pesan Buat Semua

Hak Orang Muslim dan Saudaranya...

“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ialah lima, Iaitu menjawab ucapan salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin” (Muttafaq `Alaih).

Sebagaimana dikemukakan dalam hadith diatas, berkunjung ke rumah seseorang untuk tujuan mulia sangat dianjurkan oleh Islam. Contohnya, berkunjung untuk menjenguk orang yang sakit, untuk menghantar jenazahnya dan untuk memenuhi undangannya. Apalagi tidak jarang, bila dikunjungi rumahnya, orang yang sedang menyimpan rasa dendam sekalipun, rela melepaskan rasa dendamnya. Menjenguk orang sakit juga berpeluang meringankan penderitaannya. Paling tidak, ada tempat untuk berkongsi kisah tentang bagaimana penderitaannya. Kesempatan itu juga boleh menjadi tempat untuk saling bermaafan. Berilah sedikit sumbangan atau bawa sedikit buah tangan tanda simpati dan kebersamaan. Bukan setakat itu saja, yang mengunjunginya akan mengambil iktibar akan nasib kesihatannya suatu ketika nanti.Mungkin suatu penyakit menghinggapi tubuhnya sebagaimana orang yang diziarahinya.
Ingatan itu akan lebih bermakna apabila kita berkunjung untuk menghantar jenazah seseorang. Akan didapati suatu peringatan bahawa kematian pasti akan menimpa setiap insan yang bernyawa, lambat ataupun cepat. Bila ingatan yang demikian muncul maka menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan terdorong untuk mempersiapkan bekal kebaikan dan tidak rakus akan dunia.
Namun yang sangat dilarang adalah berkunjung untuk tujuan-tujuan tidak baik. Misalnya, berkunjung untuk menumpahkan janji-janji , namun kemudian janji-janji itu tidak ingin ditepati.
Memenuhi undangan sesama muslim adalah suatu kewajipan yang mesti dipenuhi kecuali ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Tunaikan dengan sebaik mungkin hajat saudaramu itu.
Apabila seseorang itu bersin biasanya diucapkan kalimah alhamdulillah dan doakan mereka dengan yarhamukkallah.

Friday, October 17, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Muslimat

Khatam Al-Quran Muslimat

Dikala anak-anak berada di sekolah pagi,beberapa orang muslimat yang prihatin dan sedar kelemahan diri telah berinisiatif untuk belajar Al-Quran dengan bimbingan Ustazah Norhayati dan pada minggu lepas mereka berjaya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.Majlis diadakan bersama dengan sambutan Eidul Fitri Tadika Islam Al-Farabi Masjid Al-Muhtadin.

Syabas dan tahniah para muslimat.Semoga mendapat keberkatan dengan ilmu yang diperolehi dan dalam masa yang sama anak-anak cemerlang dalam pelajaran.



Foto Update

Majlis Meraikan Anak yatim Damansara Damai di Hotel Grand Season KL.


Selamat Hari Raya

Sambutan Eidul Fitri
Alhamdulillah pada 9 Shawal 1429Hijrah yang lalu pihak Hotel Grand Season KL telah sudi menjemput dan meraikan anak-anak yatim Kariah Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.

Setelah mereka dijamu dengan berbagai hidangan dan layanan istimewa dari staff Hotel Grand Season serta beberapa orang artis jemputan antaranya Sharifah Shahira,Kumpulan In Heart(Akedemi Nasyid) dll,anak-anak menerima banyak sumbangan seperti beg sekolah,pakaian dan tak lupa duit raya.
Terima kasih kepada Hotel Gran Season KL,Majalah i-Remaja,Pn.Ziela Jalil dll yang memberikan sumbangan.

Monday, October 6, 2008

Majlis Sumbangan & Meraikan Petugas

Terima Kasih kepada semua Petugas

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dalam semua program pengimarahan masjid sepanjang Bulan Ramadhan.Sesungguhnya sumbangan dan cenderahati dari pihak masjid hanyalah sebahagian sahaja tetapi yang lebih besar hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Jazakallahu khairan..
Ini keratan akhbar sinar harian..

Sunday, October 5, 2008

Update : Foto Ramadhan 3

TAZKIRAH TARIK RAMAI JEMAAH KE MASJID AL-MUHTADIN DAMANSARA DAMAI

Sambutan jemaah ke masjid berbeza dengan Ramadhan-ramadhan yang lalu.
sila lawati laporan media di;
Beberapa foto program Sumbangan Ramandhan yang lalu...

Antara anak kariah yang hadir untuk menerima bantuan.Majlis penyerahan bantuan kepada 208 orang yang telah dikenalpasti iaitu warga emas,fakir miskin,ibu tunggal dan anak yatim.

Antara VIP yang hadir dari kiri Tn.Syed Abd Malek (Ahli Majlis MBPJ),Pn Elizabeth Wong(ADUN Bukit Lanjan),YB Sivarasa Rasiah(MP Subang),Tn.Sarip (Penghulu Mukim) dan Dr.Hj.Zahazan Mohamed(Nazir Masjid Al-Muhtadin)

Pn.Elizabeth Wong bersama adik Amru bin Zainal yang menerima bantuan kerusi roda khas.Setelah menunggu begitu lama dari kerajaan yang terdahulu.Adik Amru sekarang berusia 10thn.


Ucapan aluan dari Dr.Hj.Zahazan bin Mohamed yang mengucapkan terima kasih kpd pihak kerajaan negeri dan mengharapkan kepada anak kariah yang menerima bantuan dapat menerima keadaan keperitan hidup sebagai dugaan dengan kesabaran dan tidak mengabaikan amal ibadat seharian.
Pn.Elizabeth Wong memberikan sumbangan RM1500 kepada masjid dan Rm500 setiap surau sebagai sumbangan moreh.Kariah Damansara Damai terdapat 14 surau.

Thursday, October 2, 2008

Iftar Ramadhan & Sumbangan Eidul Fitri

Keratan Akbar

Ini adalah keratan akhbar program Iftar Ramadhan & Sumbangan Eidul Fitri yang diadakan pada 19hb. yang lalu.Sambutan amat menggalakkan dan semua pihak berpuashati dengan program tersebut.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.